Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 31 Mei 2012

Kari Burung Puyuh Berserai

Hari ni saya masak kari burung puyuh untuk makan malam... burung puyuh ni saya beli pada kawan pejabat saya, dia ni rajin orangnya, burung puyuh ni dia ternak sendiri, pandai cari side income kan.. Saya guna resipi Mat Gebu disini kari-daging-berserai. Saya gantikan daging dengan daging burung puyuh ni..Memang sedap sebab terasa serainya... wangi jer masa menumis bahan tumisnya tu sehingga menarik perhatian Kak Jeeha yang sememangnya peminat kari.

"Wah, mama masak karilah, best", katanya yang datang dari depan rumah ke dapur , bila aroma kari itu menerpa deria baunya..

"Mama masak kari apa tu"? tanyanya lagi

"Kari Burung Puyuh", jawab saya

"Tak sabar nak makan, baunya pun dah buat Jeeha lapar", katanya. Wah sungguh teruja sungguh anak saya yang sorang ni bila lauk kegemarannya dimasak.

Mari kita semak resipi dari Mat Gebu ni... masakan ini juga telah dicuba oleh kak azlita  masam manis... kak azlita lagi kreatif, saya buat biasa ajer. Terima kasih Cik Mat Gebu dengan resipi yang sedap ini..



KARI BURUNG PUYUH BERSERAI

BAHAN-BAHANNYA:-)
5 ekor burung puyuh
4 biji kentang saiz sederhana, kupas, belah 4 setiap sebiji dan rendam
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
2 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama Baba's)
1/2 cawan pati santan
1 camca besar penuh kerisik
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
1/2 camca besar gula melaka

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai, hiris halus

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari, dilurut

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Rempah kari dibancuh bersama bahan2 kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan cili dan tumis hingga garing. Masukkan bahan kisar + rempah kari tadi dan tumis hingga pecah minyak.
  2. Masuk kentang (toskan dulu), gaul rata, masak sekejap dan masukkan burung puyuh. Tambah air jika perlu. Masak hingga kentang empuk, masukkan asam gelugor dan pati santan, kacau rata dan biar mendidih.
  3. Tambah garam secukup rasa, gula melaka dan tomato, masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api, Hidangkan bersama nasi atau roti prata....
Selamat mencuba kawan-kawan !

2 ulasan:

  1. salam kenal...

    wah nmpk sgt menyelerakan...ado resepi..nak suh wife cubo buek la..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Papa Mifz sudi meninggalkan komen..

      Suruh jangan tak suruh ... resipi dah ado tingga nak buek jo :D

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)