JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 5 Mei 2012

Tertunai Hajat Di Hati Nabil ^___^

Semalam ada program Ihya Sayyidul Ayyam pada setiap awal bulan hari Jumaat. Jadi penceramah jemputan pada minggu ini ialah Ustaz Don Danial Don Biyajjid,  yang terkenal dengan Program 30 minit bersama Ustaz Don. Bagi memenuhi permintaan Nabil saya bawa Nabil ke pejabat untuk sama mendengar ceramah ustaz Don dan berjumpa dengan ustaz Don.

Mula-mula tengok ustaz Don, Nabil punya lah terpegun, rasa tak percaya ustaz idolanya ada di depan mata. Tak berkelip-kelip matanya melihat ustaz Don. Bila ustaz Don buat lawak dia pun ketawa sama, sampai ustaz Don terperasan... "Ha, tetamu kecil saya ni pun faham apa yang saya cakap", Nabil tertunduk malu bila ustaz pandang dia dan kata begitu.

 Habis program bawa Nabil jumpa ustaz Don untuk bersalam dan bergambar. Rasa bersyukur sangat ustaz Don sudi baca doa dan usap ubun-ubun Nabil. Nabil rasa suka sangat.

Saya tanya Nabil " Ustaz baca apa kat Nabil?'

"Ustaz baca al fatihah 3 kali lepas tu dia tiup kat kepala Nabil, tapi kenapa ustaz tu tak baca 10 kali al fatihah kat Nabil", jawab Nabil

Hai, demand juga anak saya ni, nak suruh baca al fatihah sampai sepuluh kali

"Lepas tu dia baca apa lagi?" soal saya lagi

"Ustaz baca doa untuk Nabil, best la mama", jawab Nabil

 Nabil sungguh teruja dapat jumpa ustaz Don, siap cerita dengan kakak dua orang tu, punya lah jelous kakak berdua tu.

He he he sebenarnya mama juga teruja juga nak bergambar dengan ustaz Don, menyentuh juga ceramah ustaz Don dan banyak-banyak doa dan zikir yang diberi untuk diamalkan.

Nanti next entri saya akan sharekan rakaman video ceramah ustaz Don ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)