JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 22 Mei 2012

Gulai Ketam Dengan Pucuk Ubi

Salam semua,

Semalam masak gulai ketam dengan pucuk ubi, dah lama tak masak gulai ni, en suami memang suka ketam masak dengan pucuk ubi ni, sampai berhirup kuahnya bila makan hahaha... pucuk ubi gulai ketam ni manis rasanya. Hari ahad tu beli pucuk ubi bila tengok ketam ada lagi dalam peti ais. Anak-anak pun suka tapi yang tak laratnya bila suruh kopek kan kulitnya nak makan, memang bekerjalah kalau makan ketam ni kan.

Saya beli ketam yang sedang saiznya manis rasanya
 Mari kita tengok resipi yang semua orang tahu masak hahaha :))

GULAI KETAM DENGAN PUCUK UBI



Bahan-bahannya

1.5 Ekor ketam
2. 3 biji bawang merah kecil
3. 1 biji cili merah
4. 10 biji cili api
5. 1/2 inci kunyit hidup
6. 250gm santan
7. Sehelai daun kunyit
8. 1 batang serai
9. 1 ikat pucuk ubi
10. Garam secukup rasa

Cara-caranya.

1. Kisar cili api, cili merah, bawang dan kunyit hidup
2. Celur pucuk ubi dahulu selama 15 minit
3. Kemudia masukan separuh  santan dalam periuk bersama bahan kisar dan seikit garam.
4. Masuk kan ketam kedalam periuk tunggu ia menggelegak baru masuk daun kunyit, serai dan sekerat asam keping.
5. Selepas tu baru masuk pucuk ubi yang telah dicelur, masakan lagi selama 10 minit. Rasa garam, jika perlu ditambah, tambahkan sedikit.
6. Boleh lah dihidang :))


Disebalik cerita daun pucuk ubi.... ^__*

Tengok pucuk ubi yang dijual seikat ni, banyak
batang ubi dari daunya :))

Dapatlah banyak ni bila diambil pucuknya sahaja
Bila tengok daun pucuk ubi ni teringat zaman kanak2
dulu2 bila main masak-masak dengan pucuk ubi
ada yang dibuat rantai sebagai aksesori :))


Daun ubinya pula buat main masak-masak ehe ;))
Dan semestinya kakak 2 orang tu tanya mama, mama buat apa
tu, mama pun cerita lah zaman mama kanak2 dulu2,
inilah permainan mama hehehe :)

Model si rantai pucuk ubi hahah :)

4 ulasan:

  1. asslm Yati...sedap pula tgk lauk ketam + pucuk ubi tu...myelerakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'salam qaseh,

      Terima kasih kerana meninggalkan jejak, cuba lah memang sedap pun pada selera saya...

      Padam
  2. hehe.. sya ingat rantai tu! dulu pun pernah buat rantai mcm tu. ;D
    *sedapnya pucuk ubi lama x makan. ketam mmg leceh nak makan kan. hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu lah permainan kita dulu2 kan, tak de mengeluarkan kos dan sungguh kretif hehehe

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)