Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 7 Mei 2012

Tiada progress... so...

Hari Jumaat petang saya balik rumah emak di Kuang, saya keluar kereta semakin kuat bau busuk tu, saya kata pada emak, kata nak buat pada hari rabu hari tu, meluahkan rasa tak puas hati saya. Emak kata mak dah telefon banyak kali tapi dia asyik kata sabar ye mak cik saya memang nak buat. Sampai bila nak bagi alasan macam tu.

Hari sabtu pagi adik lelaki saya pun balik rumah mak jugak. Adik saya pun tak puas hati, dia kata hari isnin dia akan terus buat aduan, lepas tu emak kata, adu saja lah, kita dah banyak kali kata dan berunding dengan dia. Adik saya kata ni dah hampir 2 bulan kita bagi dia peluang tapi dia tak ambil tindakan apa-apa pun. Ini dah kira menyakiti hati jiran, kita banyak kali bertolak ansur dengan mereka.

So.. hari ni adik saya telah menelefon bahagian yang berkenaan dan membuat aduan. Kita tengok apa tindakan seterusnya...

Semakin menjijikan.. sebab hari panas jadi kering dan bau
semakin busuk :/
Kesian mak saya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)