JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 15 Mei 2012

Kami raikan jua.... ^__^




Semalam buat suprise untuk en suami bersama anak-anak. Kakak Nabilah jadi master mind nya... banyak arahan yang dibuat... pada petang ahad sebelumnya dia orang dah sibuk buat birthday card utk abah mereka. En suami balik semalam lebih kurang pukul 7.00 petang. Dah dekat nak maghrib, lepas maghrib budak bertiga tu turun dulu, dia orang kata abah belum habis zikir. Saya pun sediakan kek dan nasi arab lamb beli lah apa lagi :))

Nabil sejak abah dia balik asyik bagi hint jer kat abah dia, kakak sibuk suruh diam, macam2 kerenah anak2 kan... kemudian terdengar en suami turun.. kakak yang pegang kek, kak jeha tukang nyanyi, nabil bawa hadiah dan kad, mama pula jadi tukang rakam... maka jadi lah yang macam video di bawah....



Nabil yang beriya sangat tiup lilin tu kan...


 Hahaha cuba tengok tu, en suami pakai baju pagoda dgn kain pelikat jer sbb nak suprise lah konon, cerianya budak tiga orang tu kan tapi cuba tengok muka en suami muka orang kepenatan, ye lah hampir seminggu outstation di Pahang.

Sambut sekali dengan "Hari Ibu" untuk mama, tu lah atas kek tu ada Happy Mother Day...

En suami dah 44 tahun this year, moga umurnya diberkati Ilahi , kesihatan yang baik dan murah rezeki :))

Dinner kami Nasi Arab Lamb dan ayam ~ yummy~
Lepas tu sibuk suruh abah buka hadiah yang dibeli oleh kakak Nabilah. Tengok kakak nabilah suruh abah ambil gambar dengan hadiah tu macam tu. Abah dia layan jer walaupun dalam kepenatan...

Mari kita tengok gambar candid pulak...

tengok tu nabil tengah nak ambil buah ceri tu



Rakaman yang pertama tak jadi sebab api lilin terpadam, lupa tutup kipas he he he

Sempat juga kakak ambil gambar saya suapkan kek pada abah dia ^__^

Begitulah berakhirnya celebrate birthday en suami dengan ceria... gambar tengah makan tak de sebab masing-masing tekun menikmati dinner yang super duper... ye lah tu.. beli  jer....

4 ulasan:

  1. bagusnya anak-anak tahu raikan abah mereka ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hilang kepenatan abahnya Nadiah, bila anak2 meraikan ...
      Tengok muka en suami akak merah kepanasan dan kepenatan, semuanya demi keluarganya kan ^__^

      Padam
  2. Wah seronoknya. abahnya pun mesti happy sangat! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye As, abahnya senyum saja bila anak-anak meraikan walaupun penat.. ialah seminggu tak jumpa anak-anak

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)