Melihat di FB kawan, terasa ingin di kongsi disini ^__^
KISAH
RASULULLAH S.A.W DAN BUAH LIMAU
Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi
oleh
seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita
itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik
sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan
senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas
dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah s.a.w akan menjemput para sahabat
makan bersama apa yang diterimanya, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau
itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan
senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri
untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak
hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.
Lalu mereka bertanya mengapakah
Rasulullah tidak menjemput mereka makan limau yang nampak sedap itu. Dengan
tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu
terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan
bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau
memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya
habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda tidak akan
memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari
orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.
Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan
para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.
Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.
p/s: Kita
hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan
kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan
terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah. (^__^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D
Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)