Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 3 Mei 2012

Gulai Telur Itik Dengan Belimbing Buluh

Hari sabtu tempohari saya balik rumah emak di Kuang sambil melawat anak saudara yang masuk hospital Sg Buloh kerana demam denggi. Alhamdulillah anak buah saya dah sihat dan discaj pada hari selasa. Balik dari melawat tu, saya jalan-jalan belakang rumah emak, nampaklah pokok belimbing buloh ni tengah buah dengan lebatnya. Saya pun ambillah sikit utk saya masak dgn telur itik yang saya beli di pasar asnaf sabtu lalu, ada di peti ais rumah :)) kalau ada rumah mak saya dah masak di rumah emak jer..

En suami suka sangat gulai telur itik ni... sama dengan nabilah dan najeeha, nabil tak suka, dia suka telur masak kicap jer :)) senang banyak kerja mama.

Gulai Telur Itik Dengan Belimbing Buluh.. yummy
 Belimbing buluh emak ni jenis besar-besar berwarna hijau, ada juga belimbing berwarna kuning, yang warna kuning ada rumah bapa mertua saya..

Bahan-bahan nya :)

Saya suka tumbuk lada tu...

Pecahkan telur didalam piring


Kemudian masukan telur itik kedalam kuali kecil


Selepas tu baru dialihkan kedalam periuk

Tengok tu cantiknya dia menggelegak..
Sekarang kita tengok resipi sepenuhnya.. ^__^

GULAI TELUR ITIK DENGAN BELIMBING BULOH










Bahan-bahannya

1. 4 biji telur itik
2. 3 biji bawang merah kecil
3. 1 biji cili merah
4. 10 biji cili api
5. 1/2 inci kunyit hidup
6. 250gm santan
7. Sehelai daun kunyit
8. 1 batang serai
9. 10 buah belimbing buloh
10. Garam secukup rasa

Cara-caranya.

1. Kisar cili api, cili merah, bawang dan kunyit hidup
2. Masukan sedit santan dan bahan kisar kedalam kuali kecil.
3. Pecahkan telur itik di piring, kemudian masukan kedalam kuali kecil.
4. Apabila telur dah separuh masak, alihkan ke dalam periuk yang telah diletak santan, sedikit garam dan  bahan kisar.
5. Buat yang no3. berulang sehingga siap.
6. Selepas semua siap, baru masukan belimbing buloh, serai yang dititik dan daun kunyit.

Tak perlu letak asam keping kerana belimbing buloh sudah ada rasa masam yang begitu enak.

Ok.. selamat mencuba ^__^

2 ulasan:

  1. Assalam Dik Yati...wah Akak panggil ni masak lemak cili api tak panggil gulai..agaknya orang selatan panggil gulai...kita kat utara ni kalau gulai tu...sama lah maksudnya dengan kari yang ada rempah tu! Apa2 pun Akak tak pernah beli telor itik...tapi biasalah buat masak lemak telor ayam jer dengan belimbing buloh ni!..memang kick lah!...Nanti kalau pergi pasar naktry beli telor itik pulak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la kak watie, orang selatan panggil gulai, abang ipar saya orang utara bila masak kari panggil gulai.. mula-mula keliru sikit, pastu baru faham. Saya panggil masak kari tu.. kari jugak macam Kari kepala ikan merah..

      Cubalah kak watie guna telor itik pulak.. best sebab telor dia besar..

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)