Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 13 Mei 2013

Perjalanan kami semalam ;-)

Semalam kami balik kg en suami di  Kg Chohong Jasin Melaka, pukul 7.45 pagi kami dah keluar rumah, kami balik ni kerana ada kenduri arwah untuk semua ahli keluarga en suami yang telah pergi ke ramahtullah. Jadi,hari Sabtu ini   projek saya buat apam strawberry versi 3D dan kek coklat gananace utk dibawa ke kg..

Apam Strawbeery ni trade mark saya lah bila buat apam hehehe


Sebelum ke kg, singgah di Senawang jumpa kak T yg kenal di alam maya yg hendakan pokok belalai gajah, agak sedih juga tak dpt tolong buatkan dua pokok di semai ini kerana saya demam denggi 2 minggu, jadi pokok2 saya pun tak terbela, jadi saya cabut jer pokok belalai gajah tu dr pasu saya dan alihkan ke pollybag. Moga pokok belalai gajah tu hidup subur bawah jagaan kak Ti..

Ini lah kak T dan saya, kak nabilah yang tolong ambilkan,
tengok pokok tu tak banyak daun pun :(
Lepas jumpa Kak T, kami singgah pula di R & R Air Keruh, lebih kurang pukul 9.00 pagi untuk berhenti sarapan pagi kerana kami tak bersarapan keluar rumah tu... kakak dua orang tu mencadangkan sarapan di A &W, kakak nak burger dan air root beer floot yang yummy tu... en suami suruh bungkus makan dalam kereta, kemudian bertukar fikiran bila tengok tempat wakaf tu eleok jer bersih dan dekat dgn kereta kami parking tu maka, makanlah kami disitu

Tengok kak Nabilah makan burger tu... laparrrr katanya :D
Sampai kekampung dalam pukul 10.30 pagi, masa dia orang tengah sibuk memasak, saya pun tolong apa yang patut dan en suami pula kena basuh beras utk masak nasi. Lepas solat zohor orang masjid pun datang untuk bacaan yassin dan tahlil ringkas arwah. Ini jer gambar yg sempat saya ambil sebab sibuk pula untuk menghidang, masa baca yasin tu saya join sama...

Bacaan yassin kaum ibu :D

Kaum ibu sedang sibuk mengambil makanan

Akhir sekali sebelum balik kami memotong kek untuk hari ibu, ini lah sebahagian ibu-ibu dirumah itu... selamat hari ibu buat semua ibu-ibu di dunia :D


Pukul 5.00 petang kita orang pun balik, dlm kereta tiga beranak tu pakat tidur sebab penat bermain dengan sepupunya dan kekawan disitu, lebih kurang pukul 7.00 malam kami sampai di rumah. Ini cerita perjalanan kami semalam...

p/s kekawan pergi mana semalam :)

15 ulasan:

  1. penat nyer pusing2 gitu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe org Baca pun peningkan... tp akak hepi lia ;-)

      Padam
  2. sambut hari ibu sekali ye..bestnyaa

    BalasPadam
  3. kita yang bacanyer rasa cam penatnyer... tapi gembira kala berkumpulkan.. selamat hari ibu... walaupun terlewat nak wish gak...

    BalasPadam
  4. Seronok sesekali berkumpul ramai2,,,kami kat sini wekend tak kemana pun...satunya takde sedara mara kt langkawi ni..tambahan pulak..hujan..duk umah je lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hujan disana Suri, tmpt akak panas terik smlm, smpi tak cukup kipas masa Di kmpg...

      Padam
  5. seronok kan ada xtvt hujung minggu... tambah lagi kalau dapat balik kg... paling untung kalau kg dekat.... kg saya jauh nak balik kena aply cuti beberapa hari baru berbaloi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok SR bila jumpa sedara mara ni... hehehe memang untuk kg dekat, boleh balik hari jer :D

      Padam
  6. Seronok bila sesekali berkumpul kan? apatah lagi bila buat aktiviti bersama meraikan hari2 tertentu..
    selamat hari ibu jg Kaka:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Atie jika ada aktiviti memang seronok..

      Selamat hari ibu utk Atie jugak :D

      Padam
  7. wah, dua sambutan dalam satu... mmg best bila dapat kumpul ramai2 :)

    BalasPadam
  8. Cantiknya apam tu... Seronok bila ada aktiviti mcmni..sambil merapatkan lagi silaturrahim kan.. :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)