Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 10 Jun 2013

PUSAT PERUBATAN HOMEOPATHY SELAYANG ... Kawal Stress Kamu Yatie..... ^__^

Hari sabtu baru ni saya pergi ke Pusat Rawatan Homoephaty di Selayang, adik saya yg mengajak saya kesini, lately ni migrine kerap melanda saya, risau juga takut hyperstress. Jom saya bercerita sambil tengok gambar ye....

Suka budak 3 orang ni bila satu bakul mainan yg disediakan  oleh pusat rawatan ini, jadi tidaklah boring dia orang menunggu kan :D

Budak yg baju hitam tu anak saudara saya Fitri, dia menghadapi Hipetiti C, sewaktu umur 2 tahun dia kena lukemia, so ada kesan sampingan utk ubatan yg dia makan.. Apabila periksa dgn doktor tu, doktor kata dia ada masalah buah pinggang dan limfoma...  

Doktor tengah periksa Najeeha, anak saya yang ini mengalami gastrik dan  bermasalah pada perut, doktor suruh makan madu dan buah epal byk2.
 Nabil pula terlupa nak ambil gambar, ambil gambar ni pun kakak Nabilah yg ingat tu dia ambilkan. Nabil pula kekurangan kalsium dan suka berkhayal hehehe... doktor kata Nabil pun perlu makan madu dan banyakan minum susu. Kakak Nabilah pula masalah pada hidung dan tekak, memang pun bangun tidur pagi selalu bersin.. serta tonsil di tekaknya selalu membengkak...
Yang warna merah itu adalah yg bermasalah, saya mempunyai masalah  Paru-paru dan  perut, saya ni sama dengan najeeha, bila salah makan cepat sangat sakit perut..

Waktu saya pula di periksa oleh doktor tu... doktor mengesan menggunakan satu alat yg kita pegang dan letakan ditangan dan dibaca menggunakan sisterm komputer tu...



Tengok tahap stress... full red graf tu tak yg separuh pun


Ni pulak scan satu badan, bila doktor takan yg box yg warna hitam dan pergi kepinggang saya ianya berbunyi kuat, doktor kata saya ada masalah pereputan tulang, masa tu saya tak beri tahu pun saya ada slip disc, bila cakap mcm tu baru saya teringat dan ceritakan pada doktor... 


Yang lain semua elok putih dan hijau, bila bab stress terus merah menyala ....

Tengok otak saya yang penuh dengan warna merah dan oren...huhuhu

ini adalah warna otak yg normal 


Doktor pun menulis apa ubatan yg  perlu  kami ambil.....

Kakak ni isteri doktor tu... baik sangat beriye beliau menerangkan ubatan yg perlu  kami ambil,

Tengok ubat saya yg paling banyak semua 6 jenis, nabil 2 jenis jer, nabilah  3 jenis dan najeeha sama macam saya  5 jenis.  Anak buah saya tu pulak 2 jenis. 
Kos untuk semua termasuk konsultansi dan ubat adalah RM270.00, namun saya sangat puat hati sebab doktor tu check dan terangkan satu persatu, memang jelas, anak2 saya pun boleh faham...

9 ulasan:

  1. bagus la doc tu xplain... skng ni, doc suka main hentam jer bagi ubat, bgtau penyakit yg bukan2 mcm kami pernah kena hu3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu yg bagus doktor tu lia, tanya jer apa soalan, jwpnnya akak puas hati.. dah tigahari mkn ubat ni rasa perubahannya..

      Padam
  2. perlu penjelasan konkrit dari seseorang doktor, barulah pesakit boleh faham sepenuhnya kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul PM , bila doktor jwp dgn confident dan faktanya sekali, lagi kita faham ...

      Padam
  3. saya pun rasa nak check sama..bagus juga kalau boleh dijadikan rutin... prevention is better than cure :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Nur, akak pun nak check 3 bulan sekali tgok perubahannya ;-)

      Padam
  4. wah ni dah macam overhaul la kiranya........ harap2 baik2 aja ye.... jangan stress dah lepas ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha MP... akak macam kereta lah pulak, harapnya camtu lah, moga akak dapat kawal stress :D

      Padam
  5. Tak pernah lagi pergi perubatan alternative CH

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)