JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 7 Jun 2013

Mee Hoon Goreng Sayur Rampai ;-)

Assalamualaikum kekawan dan salam jumaat terakhir Rejab, hari isnin dah masuk syaaban, sekejap masa berlalu kan. Kekawan semua dah sarapan, samada dirumah atau di ofis, sarapan apa ye... mesti sedap kan ;-)
Sarapan kami hari ni Mee Hoon Goreng Sayur Rampai hehehe sebab apa dipanggil sayur rampai sebab sayuran carot, putik jagung, kobis bunga mcm kita masak sayur campur... kekadang saya panggil mee hoon goreng singapore.... suka hati ko jer Yatie hihihi
Jom kita tengok resepi yg mudah jer.. meh meh meh

RESEPI MEE HOON GORENG SAYUR RAMPAI


Bahannya :-
  • 1 bungkus mee hoon (saya guna mee hoon Sufi)
  • 3 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 15 biji cili padi * (* dikisar)
  • Semangkuk udang (kulit udang direbus buat stok)
  • Semangkuk ayam dipotong kecil
  • 1 1/2 batang carot
  • semangkuk kobis bunga
  • 1 peket putik jagung
  • 1 kiub perisa ayam
  • 1 1/2 biji tomato (potong dadu)
  • Garam
  • Daun sup


  1. Panaskan minyak, kemudian goreng ayam dan udang sederhana masak. angkat ketepikan.
  2. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi, lepas tu masukan udang dan ayam yg digoreng tadi bersama jagung, carot dan kobis bunga.
  3. Selepas itu masukan air rebusan udang dan kiub ayam, kacau sebati kemudian masukan garam  dan mee hoon. Kacau  lagi..
  4. Apabila air mengering masukan tommato dan daun sup g telah dihis,riskacau sehingga mesra
  5. Siap utk dihidang ;-)


8 ulasan:

  1. ni mcm meehun singapore gitu kan style masak dia...

    BalasPadam
  2. hihihi... boleh pulak nama dia mihun goreng rampai yer.. ni mesti kes banyak sayur potong² atas tu..

    BalasPadam
  3. bangun pagi terus nampak bihun yg sedap ni... tak aci, kena pergi cari bihun kat kedai la lepas ni... boleh buat sarapan utk esok :)

    BalasPadam
  4. salam kak..

    wah, banyaknya cili padi dibubuh..apapun, nampak sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe boleh kurangkan cili padi tu kalau tak pedas Bbwana... tak pedas pun kalau masak sebungkus bihun tu ;)

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)