JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 4 Jun 2013

TRAGEDI YG TIDAK AKAN SAYA LUPAKAN SEUMUR HIDUP....

Pada hari jumaat 31 Mei 2013, saya terima panggilan telefon dari emak mengatakan abah sakit, kebetulan saya cuti pada hari itu, jadi bergegaslah saya pulang ke Kuang. Sampai di kuang, abah telah dibawa ke klinik oleh adik saya yg ustaz tu. Sekembali abah dari klinik, saya tengok abah ok aje seperti biasa, saya tanya pada adik saya, apa yg doktor maklumkan, doktor kata gula abah kena pantau selalu. Jadi kami mengambil keputusan membeli mesin utk pemeriksaan gula abah.

Pada petang tu hujan lebat yg amat sangat hinggalah waktu maghrib, abah bersiap sedia hendak ke masjid, saya kata "hujan lebat sangat, abah solat ajer dirumah", abah mengangguk setuju, saya kata "kita pergi solat subuh nanti kalau isyak hujan masih tak reda". Abah mengangguk juga, dalam pada saya selesai solat maghrib, Nabilah menjerit memanggil saya " mama, atuk nak pergi masjid jugak solat isyak, atuk dah berpayung kat luar tu", bergegas saya keluar rumah, saya pun memujuknya, tapi abah berkeras jugak hendak ke masjid. Saya tiada pilihan lain, "ok, abah tunggu dalam kereta kejap, kita pergi solat isyak di masjid bersama" kata saya. Saya berat hati nak tinggalkan abah, walaupun abah kata, nanti dia tumpang kawan balik masjid.

Sampai di masjid, rupanya ada ceramah oleh seorang ustaz, pada dalam pukul 8.10pm masa tu , oleh kerana hari hujan, jemaah lelaki yg ada cuma sekitar 8-9 orang ajer dan saya ajer seorang perempuan. Saya pun duduk diruang solat jemaah perempuan, abah duduk bersandar di dinding yg saya sendiri boleh nampak. Bila masuk waktu isyak, bilal hanya azan saja, ceramah di sambung balik, habis ceramah pukul 9.00pm dan baru solat isyak tunaikan, dalam pada itu saya selak langsir mengintai abah, saya lihat abah tak bangun dari tempat duduknya, dan pak cik sebelah membangunkan abah tapi abah tak ade respon, pak cik rasa nadi abah dan jantung, sambil menggeleng kepala.... "APA, ABAH TAK ADA KE" fikir saya... rasa lemah seluruh anggota badan saya, namun saya teruskan juga solat isyak berjemaah, imam membaca surah pendek ajer, mungkin mereka semua hendak menguruskan abah dengan segera.

Habis jer solat saya meluru ke arah abah yang telah dibaring oleh imam, rupanya abah hanya pengsan jer tadi, sekarang badannya basah dengan peluh, seorang pak cik bertanya pada saya, "ayah awak ni ada kencing manis", saya kata "ada", "Jom segera dibawa kehospital" kata pak cik tu, terus abah di usung ke kereta saya, namun saya tidak daya utk memandu kereta, Alhamdulillah ada adik tu yg sudi menghulur bantuan, pada masa itu saya tak bawa handphone dan saya sendiri hilang segala no telefon di kepala saya, terpaksa saya minta adik tu berhenti sekejap dirumah utk memberitahu keluarga, saya nampak van abang along saya keluar, saya tahan van dan beritau pergi hantar abah cepat ke hospital, saya terus berlari macam lipas kudung saya kerumah, terus bagi tau mereka yg sedang berkumpul di rumah, abah pengsan, dlm pada saya ambil beg utk terus ke hospital, sampai saya di tepi jalan kereta tak ada, rupanya anak buah saya dah meluru kekereta saya dan terus bawa pergi ke hospital.

Saya tengok van along saya, saya pun terus mengajak along ikut ke hospital, smpi di hospital saya terus pergi ke tempat kecemasan, bertanya pada bahagian pendaftaran di mana abah saya, mereka mengarahkan pergi ke zon merah kerana belum ada pendaftaran, smpi di zon merah doktor tengah merawat abah saya, rupanya dalam perjalanan ke hospital, lagi sekali abah pengsan, Alhamdulillah, abah saya sedar semula, semalaman abah saya berada di wad kecemasan di wad pemerhatian,  Adik lelaki saya dua orang yg menunggu abah di wad tersebut, saya pulang kerumah hampir pukul 1 pagi. 

Baru saya rasa sakit di siku saya, bila saya tengok ada kesan berdarah, pada saya berlari tu saya terjatuh semasa di rumah kerana telekung saya tersangkut di kerusi, terus tersungkur, memang kelam kabut betul saya sampai telekung pun tak sempat nak buka pada masa itu, panik saya kerana ini kali pertama saya mengalami situasi cemas....

Pukul 8.00 pagi abah dibenarkan keluar hospital, tapi doktor suruh pantau gula abah selalu, jadi saya lah nurse dirumah itu utk pantau abah, setiap 4 jam saya ambil darah check gula abah, pukul 12 tengah malam saya bangun check lagi, dan bagi abah minum milo bila gula bacaan gulanya turun...

Sujud syukur saya pada Ilahi kerana masih lagi memanjang usia abah saya walaupun umurnya kini telah 85 tahun... Namun begitu saya pasti satu hari nanti abah pasti pergi meninggalkan kami untuk kembali kepada Ya Khalid .... Pencipta sekalian makhluk...

berhati-hati saya mencucuk jari abah..
Nabil beriye menengok nya...
Kemudian suakan pada alat pemeriksaan ini..

Bacaan 10.8... after meal...
Ini lah alat pemeriksaan gula tersebut, jenama one touch..

32 ulasan:

  1. semoga d beri kesihatan yg baik kepada ayah akak... sebak sy baca...

    BalasPadam
  2. semoga ayah CH kembali sihat dan sentiasa di dalam lindunganNya =)

    BalasPadam
  3. Untungnya masih ada ayah...sy tak de dah hampir 5 thn...meninggal pd usia 71 thn. 12 hari sebelum anak ke-2 sy lahir.

    Selamat berbakti kepada yg dikasihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alfatihah utk ayah fazian, akak pun kena tabah jua, jika satu hari akak akan kehilangan insan yg akak kasihi...

      Padam
  4. alhamdulillah moga ayah k.yati terus dikurniakan kekuatan & disembuhkan sakitnya. Teharu saya baca entyr akak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq LL, akak pun berharap begitu, semoga abah akak diberikan kesihatan yg baik semoga terus dpt beribadat kpd Ilahi...

      Padam
  5. saya yang baca pun turut suspen.. Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur.. moga bacaan kencing manis ayah terus terkawal

    BalasPadam
  6. ya allah yatie..acik pun rasa berdebar membcanya..moga abah yatie cepat sihat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq acik, tghri tadi call mak Tanya keadaan abah, mak kata abah dgn dunianya Di masjid, sbb pukul 2 pagi mak bangun nak buang air, sebelum tu mak tengok pintu berkunci, maknanya abah tak keluar, lps buang buang air mak intai abah dibilik, tak ADA, mak dah suspen, lps tu tgok langsir sliding door bergoyang2, rupanya abah dlm tu, mak tanya abah buat APA disitu, abah kata cari pintu keluar selepas duduk Di serambi masjid nak balik rumah, mak pimpim abah masuk bilik, abah kata dah jumpa pun pintu rumah... Aduh sedih saya she cerita mak :'(

      Padam
  7. semoga diberi kesihatan yang baik pada ayah kak yatie..

    BalasPadam
  8. Semuga abah Yati cepat sembuh, jaga pemakanannya.

    BalasPadam
  9. saya pernah juga mengalami keadaan cemas begini. masa tu emak di kampung, terjatuh dan patah kaki. saya nak balik memandu dah lemah longlai... asyik nangis je. sampai separuh jalan baru ingat kereta tak ada minyak... pusing semula.... hishhhh, macam tu la kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye lah cheq sue, bila dah panik ... semua dah lupa ...

      Padam
  10. Ya Allah.. moga abah Kak Yati cepat sembuh ya.. sedih bila baca ni .. sy teringat arwah ayah sy kak...:(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Atie... memang sedihkan bila orang dikasihi sakit... Al Fatihah utk arwah ayah Atie...

      Padam
  11. syukurkan.. rasanya memang macam2 bermain difikirankan... isyh berdebar usah ceritalerkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Zila... masa tu akak rasa nak pengsan sama, Alhamdulillah diberi kekuatan oleh Ilahi....

      Padam
  12. mak dan ayah PM pun ada diabetes , tapi terkawal sebab mereka jaga makan dan makan ubat mengikut jadual...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abah akak dah lebih 20 tahun menghidapi diabetes PM memang pantau Makan Dan ubatnya ikut jadual... hari tu kami sekeluarga diuji, tak pernah pun jadi mcm ni, skrg doktor tak kasi mkn ubat krn gula dah normal dlm bdn, bila mkn ubat tu yg gula kurang dlm darah...

      Padam
  13. Assallamualaikum kak Yatie..

    Sabar ye kak.. Dugaan semua ni kan. Bukan saja pada abah akak tp pada kalangan ahli keluarga juga.

    Kalau ada diabetes, gula darah mmg selalu perlu dipantau. Tak boleh tinggi dari bacaan normal ataupun rendah dari bacaan normal. Memang boleh pengsan kalau tak dijaga..

    BalasPadam
  14. Nampak jugak uzurnya abah CH tuakan...Umur sama lebih kurang dengan emak Okje...
    Yelah org tua ni apa lagi yg nak di buat kalau tak beribadat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam tulah hainom... semakin berumur semakin uzur mereka, yg termampu skrg hanya berdoa semoga terus diberi kesihatan yg baik...

      Padam
  15. Semoga terus sihat...alhmdulillah kita masih punyai ayah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Rohah... semasa mereka adalah kita harus terus mengasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi kita semasa kecil kan :)

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)