Assalamualaikum dan salam sejahtera kekawan semua :)
Sudah lama saya mencari jering tua yg sesuai untuk dibuat goreng, jadi masa jalan-jalan dipasar tani stadium shah alam tu, jumpalah buah jering ni, semua keluarga saya suka makan jering ni tapi yg tak tahan baunya lah kan... inilah makanan saya masa kecik-kecik dulu sebab keliling rumah ada jer arwah atuk tanam pokok-pokok termpatan ni kan... selain dibuat gulai ianya sedap juga digoreng berlado dengan ikan bilis.... emmm sedapnya (ni tekak sendiri lah kan)
Goreng jering ikan bilis berlado... |
Nak juga tempek resepi disini... untuk rujukan anak-anak nanti... tak taulah tahun 2020 nanti buah jering ni ada lagi ke tidak kihkih..
RESEPI GORENG JERING IKAN BILIS BERLADO
Bahannya :-
- 10 biji buah jering
- 1 mangkuk kecil ikan bilis
- 5 biji cili merah besar *
- 3 biji bawang merah kecil* (*kisarkan)
- Minyak masak
- Garam
Caranya :-
- Kupas jering, buang kulit putihnya itu, kemudian potong empat.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng jering tersebut sehingga kekuningan, angkat ketepikan.
- Kemudian goreng pula ikan bilis sehingga garing , angkat ketepikan
- Goreng pula cili yg telah dikisar, letakkan sedikit garam , goreng sehingga wangi, selepas tu masukan jering dan ikan bilis yg digoreng tadi, gaul hingga mesra bersama cili.
- Angkat dan siap utk dihidang
saya tak pernah makan jering masak mcm ni...selalunya buat ulam sja. boleh cuba resipi ni. En suami paling suka jering
BalasPadamKakcik suka makan jering, tapi dah lama sangat tak makan...
BalasPadamSedapnya makan dgn nasi panas-panas kan.... terlior la pulak....
BalasPadamSedappnya kak...hubby sy suka makan jering ni..tapi sini susah sikit nak jumpa...:)
BalasPadamasslam yatie..acik pun pernah masak sambal jering ni..tapi acik takmakan pun masa tu..masak je..
BalasPadamPerghh sedapnya..kalau dpt lauk mcmni mkkn ngan ns pns mmg confirm bertambah2 mkn.. tq share resepi.. :)
BalasPadamSedapnya. Menambah 2 pinggan xsedar.
BalasPadamcampur dengan ikan bilis...sedapnya
BalasPadammmmm.....sedapnya....mesti bertambah2 makan nasi nie.....
BalasPadamSaya kan..tak penah try makan jering.
BalasPadamsaya rasa jering lagi oke dari petai dari segi bau lah. kalau dari segi makan dua2 sedap
BalasPadamfavourite sye :D snggh follow sni.
BalasPadamSalam kak yatie.. dh lamaa xmakan jering.. biasa buat ulam je. tun xleh mkn byk sgt, angin.. kalau sepinggan nasik tu, biasa habis seketul jering je.
BalasPadamsaya boleh makan jering rebus jer, yg cicah dgn kelapa… yg lain dari tu mmg tak berani nak cuba… hihihi
BalasPadamOoooo kena goreng dulu jugak yeh....Tak pernah makan jeringlah CH....sedap ke? Petai makan le....
BalasPadam