Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 4 November 2013

NASI AYAM GORENG BEREMPAH MUDAH ^___^

Assalamualaikum dan salam sejahterah , serta selamat menyambut awal Muharam kekawan....

Ini cerita nasi ayam pada hari ahad lepas, masa jalan-jalan nak beli ayam, Najeeha pun cadangkan buat nasi ayam, "mama beli kaki ayam tu buat sup" kata jeeha.. penggemar kaki ayam jeeha ni... kaki ayam ni pun dah RM5 sekilo kekawan , tak da lah saya beli sekilo, saya beli RM3 jer nak buat sup untuk regu dengan nasi ayam. Untuk ayam goreng berempah tu saya beli peha dan kepak ayam... bahagian ni yg budak-budak sukakan...

Saya terlupa pulak membeli daun salad dan timun, jadi saya regukan dengan kobis, carot dan tomato.. buat macam nasi arab pulak tu... hehehe pandai saya cover line...

Saya masak dalam rice cooker jer, gambar tak nampak pulak kuning nasi ayam tu...

Sup kaki ayam saya yg begitu beriye mendidih... aromanya membuat Nabil bertanya berkali-kali bila boleh makan ni.... lupalak saya nak ambil gambar ayam goreng berempah tu...

Resepi saya mudah jer... main campak-campak bahan yg ada tu. Jom tengok resepi nasi ayam yg mudah nii :)


RESEPI NASI AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan nasi :-
  • 3 cawan nasi ( 5 beranak punya makan ehe)
  • 3 1/2 cawan air rebusan sup
  • 1 sudu kecil minyak sapi
  • 1/2 kiub pati ayam maggi
  • 1 inci halia
  • 1 ulas bawang putih(di hiris)
  • 1 ulas bawang merah kecil (dihiris)
  • 1 biji pelaga, bunga lawang dan bunga cengkeh
  • sedikit serbuk kunyit

Caranya :-
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi dalam kuali, Tumis bahan dalam kuali sehingga wangi.
  3. Lepas tu masukan air rebusan sup, sedikit serbuk kunyit untuk kuningkan nasi serta sedikit garam.
  4. Kemudian tuangkan kedalam rice cooker. Masakan...


Bahan-bahan untuk ayam goreng berempah:

5 bahagian kepak dan 5 bahagian peha  ayam (ikut suka hati anda ye )
1 1/2 sudu  teh ketumbar*
11/2 sudu teh jintan manis*
1 1/2 sudu teh jintan putih*
4 batang serai*
Sedikit kunyit hidup*
1 labu bawang besar *
3 inci halia*
5 ulas bawang putih* (*kisarkan)
Garam
Minyak

Caranya :-

  1. Gaul bahan-bahan kisar serta garam selama 2 jam... lagi lama lagi sedap sebab bahan dah meresap kedalam daging ayam.
  2. Kemudian panaskan kuali dan goreng ayam sehingga masak
  3. Angkat dan letakan ke tepi
Bahan-bahan sos cili:

*3 biji cili besar
*1 biji tomato
*1 ulas bawang putih (* kisarkan)
Garam dan gula


Cara-cara:
  • Kisar bahan bertanda *. 
  • Campurkan dengan cili kisar dan masak dengan api perlahan.Masukan sedikit air
  • Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga pekat.

Bahan Kicap

2 sudu besar kicap masin
3 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air sup ayam

Caranya :-

  1. Masukan semua bahan dalam periuk, masak sehingga mendidih.
  2. Kemudian angkat masuk dalam mangkuk.
Memang mudah jer masak ayam berempah saya ni, hidangan ini untuk lima beranak tau, kalau nak makan ramai sila tambah sukatan tersebut.

"Selamat mencuba ^___^ "

8 ulasan:

  1. rancangan untuk esok adalah nasi ayam... boleh gak buat cara cam gini .... ehmmmmm

    BalasPadam
  2. sedap..ayam goreng berempah..

    BalasPadam
  3. Assalam
    Selamat thn baru

    Nasi ayam feberet ank dara kat umah sy. Sedapp kalu yg berempah,
    smlm menu nasi ayam gak he hee

    BalasPadam
  4. Nasi ayam kalau regunya dgn ayam berempah sedap Yati. Anak kakak pun suka kaki ayam sup sebab kembang kan..

    BalasPadam
  5. lama Nur tak buat nasi ayam...
    sedapnya...

    salam maal hijrah...

    BalasPadam
  6. tengok yati punya nasi ayam terus lapo... jeles punya pasal buat jugak nasi ayam! mata ni mmg x leh tengok, nak saja!

    BalasPadam
  7. Lama jugak xmasak nasi ayam ni. Tqsm 4 sharing.

    BalasPadam
  8. Nasi ayam ni kalau dah lsma tak buat mmg teringin jugak tekakkan CH...hehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)