Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 4 Disember 2013

GORENG DAGING KENTANG BERLADO

Assalamualaikum kekawan dan salam ceria serta sihat selalu ^___^

Hari ni macam blur jer nak buat entry hehehe , meh lah kita tengok goreng daging kentang berlado ni ye... sebenarnya nak habiskan stok daging korban ni... nampak sangat saya ni rajin memasakkan ..

Saya sekarang tengah berpantang makan goreng-gorengan ni sebab kolestorel dah meninggi didalam badan ni huhuhu yg paling menakutkan yg lemak tepu tu... doktor kata boleh dapat hypertension puan .... sebab nya naik dua kali ganda dari sepatutnya ...

Nampkanya saya terpaksa berkawan semula dengan pakcik Quaker Oat ni huhuhu... malam saya makan ni jer.. saya makan nasi siang jer , itu pun separuh dan dilarang keras mengambil makanan bergoreng, bye bye ikan goreng sambal huhuhu peberet saya ni...

Jom tengok resepi yg sempoi ni hehehe :)

RESEPI GORENG DAGING KENTANG BERLADO











Bahannya :-

  • 1/2 kg daging  (hiris nipis sesuai utk digoreng)
  • 5 biji cili merah *
  • 3 biji bawang merah* (*dikisar bersama)
  • 2 biji kentang (dipotong-potong ikut anda suka saya kerat dua lepas tu potong nipis)
  • Garam
Caranya :-
  1. Garamkan daging dengan sedikit kunyit, lepas tu goreng sehingga masak. ketepikan
  2. Kemudian goreng pula kentang yang dipotong tadi sehingga masak. Ketepikan
  3. Lepas tu tumis pula cili kisar tadi, letak sedikit garam, rasa masinnya, goreng sehingga wangi
  4. Tutup api gas, masukan daging dan kentang yg digoreng tadi kedalam sambal di tumis tadi, gaul hingga mesra.
  5. Angkat siap untuk dihidangkan :)

6 ulasan:

  1. nampak menyelerakan..kena pulak dgn nasi panas2..fuh sedap tu..

    BalasPadam
  2. sukanya ada kentang dalam daging....
    nur pun kena berkawan dengan pakcik Quaker Oat jugalah...

    BalasPadam
  3. sedappnya Kak...
    Takpelah kak berpantang sikit.. demi utk kesihatan...hehe..sy ni pun dah ada tanda2 kolestrol tinggi...:)

    BalasPadam
  4. berlado lado ni memang lauk favourite ni..simple resepi..try arrr
    beringat-ingat yek kalau makan daging..hehe

    BalasPadam
  5. sempoi2 pon sedap tuh... tun pun kurangkn mknn goreng, tp ikan mmg nk goreng jugak sbb xbape blh telan ikan kukus or bakar. huhu... beli olive oil la kak, kalau nk guna utk stir-fry atau masak mee/nasi goreng tun mmg akan guna olive oil.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)