Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 24 Disember 2013

TOL NAK NAIK.... JOM IKUT JALAN HUTAN ... EHE :D


Assalamualaikum kekawan... ceria dan sihat selalu :)

Tahun depan kata pak menteri tol akan dinaikan ... sesiapa yg tak hendak bayar tol boleh ikut jalan lama... tak pe lah pak menteri kami ikut jalan hutan jer lah ye, naik gajah hehehe...

Cerita di Afamosa lagi ye kekawan... apa lagi selagi ada binatang yg boleh ditunggang , budak bertiga ni semua nak dicuba... tersangatlah excited nak naik gajah ni... masa ni di Safari park tu lah...

Naik gajah ni seorang RM10 tapi jika beli barangan cenderahati yg berharga RM30 boleh naik dua orang, jadi kakak saya beli topi cowboy tu nak buat kenangan dirumahnya.. maka dapatlah kami 4 beranak naik gajah tu... kakak saya tak mahu naik, dia kata gajah tu busuk, tapi masa kami naik elok pulak gajah tak bau busuk, agaknya gajah yg dalam kandang tu yg busuk agaknya...


Tempat nak naik gajah tu, muka semua happy :)

Bila gajah dah mula bergerak, muka semua dah cuak... cuba tengok muka nabilah tu dah takut semacam jer hahahha...

Pengembaraan bermula untuk meredah hutan, balik kg atok kata nabil.. bila tahun nak sampai ni Nabil hehehe...

Meredah sungai pulak... memang advanture betul naik gajah tu balik kampung kan hehehe..

Dalam jugak sungai tu kekawan hingga mencecah perut gajah tu ...

Okey dah sampai sila turun ye anak-anak, gajah nak rehat, penat bawa kita 4 orang ni kihkihkih...


11 ulasan:

  1. kena try gak ni..
    belum berkesempatan nak naik gajah..hu

    BalasPadam
  2. seronoknya....tengok muka budak2 yg happy mak pun tumpang sekali, kan Yati.
    nampak jauh je perjalanan tu, kalau kat zoo negara tu kejap jer naiknya...tp zaman busu naik, dia kata kesian kat gajah tu, nangis sampai keluar air mata! he he he

    tol naik, dah banyak kereta yang lalu kat jalan motor pulak sekarang ni. tu la pilihan yg pak menteri bagi!

    BalasPadam
  3. Wah siap naik gajah....agaknya orang dulu dulu gitulahkan CH...berkurun nak sampai destinasi hehe...

    BalasPadam
  4. wah! siap naik gajah tu Kak.. sy pun teringin nak rasa naik gajah ni masa kecik2 dulu..haha

    BalasPadam
  5. Dah tak payah pergi jauh-jauh ke Thailand ye Yati. Dekat Melaka pun boleh naik gajah. Kakak tengok suka tapi rasanya kalau kat sana kakak tak beranilah Yati. Anak-anak juga yg happy.

    BalasPadam
  6. wah..seronoknya kak. siap redah sungai tu. saya penah naik kat zoo Melaka, tapi just pusing2 situ jelah. Tu pun dah seram..tinggi.

    BalasPadam
  7. ye la kat situ boleh la nak merasa naik binatang2 ni...

    BalasPadam
  8. Boleh yerk naik gajah Interesting... kenaler gi sini kalo camtu

    BalasPadam
  9. happy je tgk muka kak yati naik gajah..cam gayat je la nak naik..

    BalasPadam
  10. nampak macam bestkan naik gajah ni..kalau saya yatie kompom tak berani takut hehe :D

    BalasPadam
  11. Owh, ada gajah kat sana rupanya… nanti boleh bawa budak2 ke sana (tahun bila tu tak tahu la…. ekkekekke)
    hahahha, nanti boleh imagine kak Yati pergi keje naik gajah….

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)