Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 16 Disember 2013

IKAN SIAKAP PERCIK PANGGANG ..... EEMMMM DAPPP ^___^

Assalamualaikum kekawan ... apa khabar ? Lama betul saya tidak update blog.. penuh bersawang ni.. nak update guna handphone malaslah pulak hehehe , banyak cerita yg hendak di kongsi disini selama seminggu bercuti ni... kami pergi cuti-cuti Melaka dan balik kampung juga...

Jadi cuti dah lama ni maka kerja pun berlonggoklah atas meja yg minta diselesaikan ehe :P,
Untuk entri hari ni saya hidangkan lah ikan siakap percik yg saya buat pada hari sabtu... semalam tak masak sebab pergi kenduri kahwin... pergghh kenyang makan nasi arab yg dihidangkan oleh keluarga pengantin tu..


Masa masak ni untuk makan malam sebenarnya.. tapi oleh kerana aroma percik yg menyucuk hidung anak2 bertiga maka makan malam kami diawalkan pada pukul 6 petang hahaha.. memang sedap, sekali hadap jer kami lima beranak ikan ni ...

Sebenarnya saya nak merasmikan pemanggang ajaib yg saya beli di Langkawi tempohari... memang ajaib sungguh lah semasa memanggang ikan tu tak letak pun minyak... tengok cantik jer kuning masak ikan tu dipanggang.. saya masak kuah percik tu asing  lepas tu baru di tuang keatas ikan dibakar tu... pemanggang ni boleh guna depan belakang itu yg istimewa... saya beli hanya RM52.90 di Idaman Suri... berbaloi sungguh... mudah kerja saya... lepas ni nak cuba masak yg lain pula :)


RESEPI IKAN SIAKAP PERCIK PANGGANG

Bahannya :-
  • 1 ekor ikan siakap
  • 10 tangkai cili kering*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 biji bawang merah kecil *
  • 3 batang serai dihiris kecil*
  • 5 biji buah keras* (* dikisar)
  • 1 sudu teh asam jawa (saya guna asam jawa adabi tu)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam 
Caranya :-
  1. Kunyit dan garamkan ikan siakap, kemudian panggang sehingga masak
  2. Di kuali yg lain tumis kan bahan kisar sehingga naik bau wangi
  3. Kemudian masukan asam jawa dan santan serta garam, kacau lagi sehingga naik minyak.
  4. Kemudian hiris daun kunyit masukan kedalam kuali tadi, kacau sebati.
  5. Lepas tu sapukan kuah percik pada ikan yg dipanggangkan tadi. kemudia sapukan pula disebelahnya pula, panggang selama lima minit  kemudian terbalikan masakan selama lima minit lagi,
  6. Siap untuk dihidang bersama nasi putih yg panas... emmm dappnya :)
p/s nanti saya BW kekawan ye :)

9 ulasan:

  1. Oh... kakak baca resepinya dah tahu sedap Nur.
    Kakak rasa kalau kena dua ekor pun boleh habis juga kalau ini resepinya:)

    BalasPadam
  2. Setuju dgn kak Zakie..dua ekor pun licinnn!

    BalasPadam
  3. ikan percik panggang...eeemmmm dapnyaaa...
    murah harga pemanggang ajaib tu...jenis apa tu kak?
    tgh mencari jugak ni...

    BalasPadam
  4. saya tak pernah cuba lagi resipi ni...kena cuba lah..hari cuti nnt

    BalasPadam
  5. Ch...baru baru ni Okje gi idaman Suri gak...tak perasan pulak ada pemanggang ajaib yg berharga RM52 henggit ni...menyesal tak beli!

    BalasPadam
  6. wah! sedapnya kak Ikan percik .. rasmi guna pemanggang ajaib lah kan...hehe..
    dok berangan nak juga kuali tu...:)

    BalasPadam
  7. assalam yatie..teringin acik nak mencuba..dah ambil dan simpan resepi..
    nak buat tunggu beli pemanggang dulu..sebab acik pun cadang nak pi langkawi

    BalasPadam
  8. wahh ikan percik pun guna pemanggan ajaib… nak jugak satu :)

    BalasPadam
  9. Sedapnya.. Nyum nyum.. lain kali boleh cuba resepi tu. Pemanggang ajaib kita pun dr langkawi, jenama HIG. Hehe..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)