Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dibawah lindungan Allah dan rahmat Nya..
Perkongsian dari rakan wasap.. dikongsi pula disini .. semoga memberi manfaat buat kita..
ILMU MEMAGAR DIRI DAN RUMAH DARI ANCAMAN SIHIR DAN PENCURI
ILMU ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan
dan kekhusyukan.
Waktunya..
Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari Selasa bagi memagar
diri dan hari Jumaat bagi memagar rumah.
Caranya.
1) Duduk bersimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.
2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana
Allah Taala (jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus,
buat berasingan).
3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca
Ayat Kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja.
Semasa membaca Ayat Kursi itu, cuba bayangkan bahawa di hadapan kita ada satu tembuk yang amat kebal. Sesudah selesai membaca Ayat Kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.
4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tadi.....tetapi untuk kali kedua bayangkan pula
bahawa tembuk itu berada dibelakang kita, seterusnya ulangi lagi untuk
tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah.
Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.
5) Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk
yang afdalnya amalkan seminggu sekali.
Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselamatan kita semua.
Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah saja pada Allah Yang Maha Esa
[9:57am, 4/24/2015] Aswana: 4 Tanda Hidup Tak Berkat
Sebenarnya banyak tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan
Antara tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :
1. Duit banyak, tapi cepat habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup sahaja. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia.
Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena lah bertambah. Tapi tak, kita jadi semakin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat kerja, tak siap-siap
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung.
Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.
4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main Facebook, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan.
Tapi nak luang masa baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.
Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini.
Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti.
Na’uzubillah...
Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah Ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing sebelum ajal datang menjemput kita....
terima kasih atas perkongsian kak yati...amat berguna...
BalasPadamTerima kasih CH dengan perkongsian ini. Banyak membuka mata dan minda. Ilmu untuk memagar diri dan rumah tu saya rasa nak juga amalkan. Yalah, kalau setakat 5 minit seminggu tak akanlah tak mampu kita nak buatkan. Tapi bila nak buat perkara baik ni memang banyak dugaannya....
BalasPadam