Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 22 April 2015

KEK BUAH BERKEJU

Salam petang yg ceria kekawan :)

Ni kes saya balik sekodeng FB.. tengok kawan post pulak kek keju yg nampak gebus gebas ni.. eheh macam biasa lah saya ni.. save kat sini dulu .. lepas tu kita cuba kan.. tak gitu kekawan :)





Kek Buah Berkeju
Bahan-Bahan:-
240 g tepung gandum*
1 1/2 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan ayak)
250 g gula halus
250 g mentega
230 g cream cheese
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1 1/2 camca teh esen vanilla
140 g tepung gandum* (yang berasingan dari tepung di atas ya..)
300 g buah2an campuran (mix fruit)*
50 g kacang walnut, cincang kasar*(*disatukan dan gaul hingga rata) - xletak pon.. tak pe
Cara-Cara:-
Panaskan oven pada suhu 170C. Lenser tin berukuran ( 10 x 10 x 3) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan
Dalam mixing bowl, satukan mentega dan cream cheese, pukul hingga rata.
Masukkan gula dan esen vanilla. Pukul hingga putih.
Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
Akhir sekali masukkan buah2an yg telah digaul dengan tepung, hingga habis. Gaul rata.
Tuang adunan ke dalam tin kek dan ratakan.
Bakar 50 - 55 minit.
(*Periksa dengan kaedah mencucuk lidi satu ke bahagian tengah kek dan jika keluar bersih, bermakna kek telah masak).
Keluarkan kek dan sejukkan 10 minit sebelum diterbalikkan ke atas jaringan. Sejukkan kek sepenuhnya sebelum dipotong...

13 ulasan:

  1. akak, moist tak texture kek ne?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak belum cuba lagi zilla.. baru skodeng kat FB jer.. nanti akak cuba :)

      Padam
  2. boleh cuba juga kek buah berkeju ni... hi hi hi...

    BalasPadam
  3. Nampak sedap, sapa-sapa yang berjaya buat resepi ini harap dapat pos sekeping untuk saya rasa, hehehehehe...

    BalasPadam
  4. Kek buah, sedap.
    Kek keju, sedap.

    So, kalau di combine kedua nya..harus lah super sedap! :)

    BalasPadam
  5. nyumm.... sedapnya kek... selalau sy beli je kak.. hehe

    BalasPadam
  6. Mesti sedap ni kan, CH. Ada buah, ada walnut dan yang paling penting perkataan keju tu aje dah buat saya terliur. Nanti kalau buat, silalah up gambar besar-besar kat dalam blog ni ya!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)