Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..
Kekawan perempuan.. kali ke 2 ni lagi ramai yg hadir.. |
Baru sekarang saya dapat update entri untuk reunion SMBG batch of '82-'86 kali ke 2 dan mesyuarat penubuhan Koperasi Usahawan Gading. Nak juga abadikan kisahnya di blog kecil saya ini. Perjumpaan ini pada hari Sabtu 17 Januari 2015.
Kekawan lelaki yg segak bergaya :) |
Pada kali ini lebih ramai kekawan yg dapat hadir pada perjumpaan kali ini. Pada perjumpaan kali ini kami telah ada pakaian koperat untuk Reunion SMBG ke 2..
En Jamil wakil dari Jabatan Koperasi Selangor yg dilantik sebagai pemerhati utk mengesahkan mesyuarat kami pada petang tersebut. |
Ini adalah Ahli Lembaga Pengarah Penaja bagi penubuhan Koperasi Usahawan Gading.. kami sebulat suara melantik mereka semua menjadi Ahli Lembaga Pengarah Tetap bagi koperasi tersebut.
Pada hari itu juga kami meraikan kekawan yg menyambut Ulang tahun kelahiran bagi bulan Januari .. Semoga mereka di berikan umur yg panjang, murah rezeki serta kesihatan yang baik.
Biasalah saya sebelum beredar pulang saya akan pergi ke meja kekawan perempuan utk bergambar kenangan.. Dari kanan (kita lihat gambar tu) Noralina, Rosmahaniza dan Sulina.. masih cantik menawan mereka ni kan :)
Lepas tu beralih pulak kemeja lagi satu.. dari kanan Nina (lupa nama penuh) Norhayati Ibrahim, Maziah dan sebelah tu lupa pulak, nampak benar mak ni dah kilauan emas bak kata Hainom Okje :D
Dan yg ini pula dari kanan, Aswana, Sarimah, Mariam dan Kartilawati, yg berdiri dibelakang tu Rahimah.
Gambar yg ini teristimewa kerana bersama kawan yg sudah 6 tahun tinggal di Australia.. balik bercuti kerana kebetulan anak2 cuti sekolah.. Normilah yg bertudung hitam tu, dari kanan yg berdiri tu Rahmah, Norshidah, Fatonah dan Noralida (ini adalah kembar Noralina yg gambar diatas tadi)
Pemberian cenderahati dari Normilah utk semua kekawan yg hadir pada perjumpaan itu, lebih kurang 60 orang.
Pada hari itu kami mendapat Diari tahun 2015 yg dikulit depannya gambar semasa reunion pertama itu hari.
Begitu juga kami diberi kalendar tahun 2015 sebagai door gift semasa perjumpaan itu. Pada hari itu kami juga ada membuat cabutan bertuah yg mana hadiah adalah dari semua yg hadir, iaitu membawa hadiah masing2 dan dicabut utk kekawan yg lain.
seronok reramai bersama kan kakak
BalasPadamall the best
BalasPadamDahsyat tu CH.....siap ada baju korporat....ni bukan calang calang reunion ni tau. Mesti ahlinya semua korporat jugak ni.
BalasPadamHihi....kilauan kilauan pun vouge gitu...
banyaklah ceritamu ceritaku topik mengenai anak2 betul tak?
BalasPadamPernah cuba buat re-union untuk kawan-kawan sekolah rendah, tapi susah nak satukan semuanya sebab tak ada alamat dan sebahagiannya lagi sudah berpindah alamat ke kawasan berbatu nisan....
BalasPadamyg dah berpindah alamat kekawasan berbatu nisan tu yg sedih JR :(
PadamMasa re-union pertama baru tahu ada kekawan yg dah ramai berpindah kesitu.. saya ni tunggu turn JR.. :(
Semoga perancangan koperasi berjalan dengan baik...Dapat berkumpul dengan kawan2 lama sangat menggembirakan...:)
BalasPadamBila dah berkilauan emas buat re-union, mmg macam2 cerita & ragam boleh jumpa kan..
BalasPadamCantik la baju korporat warna oren :)
berkilauan emas..ayat doc wat saya tergelak la..hahahaha..
Padamberkilauan emas pun masih lg berbisa tau..kan kak..hehehe..
bila reunion mmg best sbb ada yg lama tk jmpa kn
BalasPadamSalam tie
BalasPadamMaaf lambat jengok.. lama berehat dari berblog.
Tahniah koperasi gading.
Anak makchaq sorang pernah sekolah kat situ.
Tentu banyak cerita yang dikongsikan bila dapat kumpul dengan kawan2.
BalasPadamBagusnya siap ada baju korporat lagi untuk reunion. Kira lepas ni bolehlah kekal aktif. Setiap tahun dapat berkumpul kalau panjang umur. Saya ni pun kalau ditanya nama kawan-kawan sekolah rendah, menengah mahupun di universiti, haruslah ada yang lupa. Tak payah tunggu berkilau :)
BalasPadam