Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 28 April 2015

JOM GELIKAN HATI .. Ceria lah sikit petang hari ini (^___^)

Salam petang yg ceria kekawan :)

Dikongsi dari wasap group .. ^__^


Jom gelikan hati baca peribahasa moden ni 😄 😃 ..😁 ..😂
😄 ALANG-ALANG MANDI BIAR GUNA SABUN.
😄 BIAR PUTIH TULANG, JANGAN KUNING GIGI
😄 CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TAK RASA APA-APA PUN.
😄 DARI MANA HENDAK KE MANA , KENAPA KAU TANYA,MENYIBUK PULA.
😄 DIAM-DIAM UBI, BERISI, DIAM-DIAM ORANG, BISU.
😄 GAJAH MATI MENINGGALKAN GADING,HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGAL DUNIA.
😄 HABIS MADU SEPAH DIKITAR SEMULA.
😄 SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA TINGGAL SIKIT.
😄 HARAPKAN PAGAR, PAGAR MEMANG TAK BOLEH DIHARAP.
😄 HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK TAK APA.
😄 HIDUP SEGAN, MATI DITANAM.
😄 HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI,LEBIH BAIK KALAU HARI TAK HUJAN.
😄 JAUH DI MATA SAKIT DI HATI.
😄 KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG, NAK MAKAN ESOK KAIS ESOK JELAH
😄 KALAH JADI ABU, MENANG JADI ARANG, SERI JADI ABU BAKAR.
😄 KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE BAWAH.
😄 KECIL-KECIL CILI PADI, KECIL LAGI BIJI CILI.
😄 LEMBU PUNYA SUSU, CAP TEKO DAPAT NAMA.
😄 MASUK TELINGA KIRI, KELUAR TELINGA KANAN, TERSUMBAT KAT MULUT, MELELEH KAT HIDUNG.
😄 MEMBUJUR LALU, MELINTANG PUKANG.
😄 ORANG MEMBERI KITA MERASA,ORANG TAK BERI KITA PAKSA DIA.
😄 PATAH TUMBUH , HILANG REPORT POLIS.
😄 PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA, PONDAN TIANG TELEPON.
😄 SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT HABIS PULUT.
😄 SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN PULA MAKANAN DI DALAM MULUT.
😄 SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA BENANG HABIS.
😄 SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK DAPAT MASUK    JUGA.
😄 SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN HILANG PENDAPATAN, YANG PALING SESAL CUKAI PENDAPATAN
😄 TIADA ROTAN PELEMPANG PUN BERGUNA.  

23 ulasan:

  1. hahahhaa..biar putih tulang, jgn kuning gigi!

    BalasPadam
  2. Berlegar-legar di whatsapp ni Yati.
    Siapa punya idea tak tahulah..:)

    BalasPadam
  3. Aduhai... hilang adab sopan tata tertib perempuan Melayu terakhir tau. Memang tak boleh tahan nak gelak. Puas saya tutup mulut rapat-rapat jangan sampai terbahak-bahak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan ceria ptg hari MD... hilang stress sikit ;)

      Padam
  4. Balasan
    1. Pondan tiang telefon tu yg tak boleh blah .. kan atie hahaha ;)

      Padam
  5. Heheee!..orang tak beri,mintak jugak la..

    BalasPadam
  6. Bukan saja rimau mati tinggalkan belang, ada juga manusia mati tinggalkan belang. Sebab itu kita dianjurkan hidup sederhana agar mati kita tidak tinggalkan belang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tinggalkan belang apa tu JR..
      Belang kuat gaduh ke ;)

      Padam
  7. Mohon share ye Yati.
    Copy paste nak share ngan Cik Asben and Bujang Sulong..

    BalasPadam
  8. Rajinlh org yg buat benda ni..
    baru smpt menyinggah. ?.

    BalasPadam
  9. kalau sedang sedih dan berduka lara mesti tersenyum simpul membaca ni akak pun nak share jugak lah boleh tak

    BalasPadam
  10. kakak ajak Iqa baca sama ,tergelak kami berdua ...memang peribahasa lucu...menceriakan

    BalasPadam
  11. Sapa la punya idea yg lucu ni yer....apapon mmg buat kami trgelak :)

    BalasPadam
  12. Pandai betul dia orang ni mereka mencipta.. kelakar...
    Yang paling sesal cukai pendapatan... banyaknya.. gst lagi kena..hadoi..

    BalasPadam
  13. Pandai betul dia orang ni mereka mencipta.. kelakar...
    Yang paling sesal cukai pendapatan... banyaknya.. gst lagi kena..hadoi..

    BalasPadam
  14. http://www.diarijejakahangat.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html

    Jom Join

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)