Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 30 April 2015

RESEPI KEK AIS KRIM

Assalamualaikum kekawan...
Saje jer tau kawan saya di FB tu tunjuk kek ais krim ni kat wall kita..
Penyudahnya buat saya telan air liur laju-laju :D
Apa taknya tengok jer dah menangis nak sepotong hahaha..
Beriyelah saya save kan disini.. tapi nak buat kurun bila.. :)

Resepi Kek Ais Krim
=============================
Bahan-bahan :
8 biji kuning telur
4 biji putih telur
110 gm tepung Superfine
120 gm gula halus
120 gm badam halus
60 gm air
2 camca sedang minyak jagung
50 gm badam cincang
60 gm coklat urai


Bahan-bahan A (untuk aiskrim):
40 gm gula halus
2 biji kuning telur
180 gm susu segar sejuk1 camca teh vanila
Putar hingga pekat


Bahan-bahan B (untuk aiskrim):
180 gm krim putar
90 gm susu segar sejuk
1 camca teh vanilaPutar hingga pekat
Bahan-bahan C (untuk aiskrim):
80 gm gula halus
3 biji kuning telurDipukul hingga pekat
Bahan-bahan disapu di atas kek:
250 gm krim putar
100 gm susu segar
Cara:
Kacau kuning telur bersama sebahagian gula hingga kembang.
Masukkan badam halus dan air. Kacau hingga rata. Kacau putih telur bersama sebahagian lagi gula hingga pekat. Masukkan tepung dan adunan kuning telur. Kacau hingga rata. Masukkan minyak jagung.
Kacau lagi. Tuang adunan ke dalam acuan 25.40 sm x 25.40 sm (10 inci x 10 inci). Bakar 30 minit. Apabila kek masak sejukkan dan belah dua.
Susun kek di dalam acuan berukuran 22.88 sm x 22.88 sm (7 inci x 7 inci). Tuang setengah bahagian aiskrim yang dibubuh coklat urai dan letakkan kek di atasnya. Tuang pula aiskrim yang dibubuh badam.
Ratakan. Kemudian simpan di dalam kotak dingin beku enam jam.

Cara membuat aiskrim:
Satukan bahan-bahan A, B dan C. Kacau hingga sebati. Bahagi adunan dua bahagian. Satu bubuh badam cincang bakar dan satu lagi bubuh coklat urai.
Cara membuat bahan-bahan untuk disapu di atas kek:
Sejukkan kedua-dua bahan dan pukul hingga pekat. Kemudian sapu pada seluruh kek.
*bahan ats kek boleh ikut kreativiti akak2

10 ulasan:

  1. Leceh juga nak buat ni Yati
    Tapi rasanya mesti sedap. Biasanya macam tu yg leceh itulah yg sedap:)

    BalasPadam
  2. ya allah nikmatnya kalau dapat makan ....

    BalasPadam
  3. fulamak...meleleh airliur saya kak..

    BalasPadam
  4. amboii kak..buat terliur lah...haha

    BalasPadam
  5. Aduh, CH. Saya tengok pun tak sampai hati nak biarkan air liur tak meleleh tau! Macam ni punya cara, cuti 4 hari ni saya memasak sambil nyanyi je lah kat dapur. Banyak sangat resepi dah save tapi tak buat-buat lagi. Nak pasang azam tahun baru, lama lagi....

    BalasPadam
  6. Step nya itu waduhhh..'suker' sekali jugak ehh.SB jamu mata saja tgk kek eskrem tu, CH

    BalasPadam
  7. Ok. Ada masa nnti nk cuba lah...:)

    BalasPadam
  8. kaknoor pun kena study dulu, panjangggg nyeee kan

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)