Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 1 April 2015

MAKARONI BAKAR

Assalamualaikum kekawan... Salam petang yg ceria :)

Anak saya yg Najeeha dah berkali-kali minta saya buatkan makaroni bakar.. tapi saya ni tak berkesempatan lagi nak membuatnya.. pastu saya belum berani nak mencubanya.. ehe..
Sebelum ni saya tak kisah cuba aje , jadi ke tak jadi cuba dulu.. tadi jalan2 kat FB adalah pulak di wall saya Makaroni Bakar ni.. tengok macam mudah.. jadi saya save dulu disini nanti cuba lah.. 




Selera malam ini, Baked Macaroni Truffle with Chicken Ham. Makaroni Bakar sama Truffle & Sosage Ayam. Bon Appetit. Resepi baru.
Bahan2nya
500gm makaroni - direbus dalam air garam, tiga suku masak, di toskan & gaul dengan mentaga/minyak zaitun
1 cawan besar susu lemak cair (full cream milk)
200ml krim memasak (cooking cream)
6 keping ayam sosage (Chicken Ham) di potong ikut citarasa
1 biji bawang besar di kisar atau di potong dadu2 kecil
3 ulas bawang putih dicincang2 halus
2 helai daun Bay Leaf
1 sudu teh serbuk lada hitam
Secubit herba Itali (yang kering)
Secubit herba Dill (yang kering)
Secubit serbuk buah pala (Nutmeg)
3 biji telur - di pukul dadar
Garam secukup rasa
Minyak Truffle (Kalau tak ada tak mengapa)
Mentega atau minyak zaitun untuk menumis
Keju Mozzarella & Cheddar (dalam semangkuk)
Cara2nya
Panaskan mentega / minyak zaitun, letakan bawang besar, goreng hingga ia lembut. Masukkan bawang putih. Goreng hingga ia wangi. Letakan susu & krim memasak. Gaulkan rata2, letakan ayam sosag anda, gaulkan rata2. Letakan daun herba bay leaf, herba serbuk itali & dill. Bila kuah nya mula nak mendidih letakan makaroni anda, gaulkan supaya semua nya dapat meresap kuah nya. Letakan serbuk lada hitam, garam secukup rasa. Bila sudah masak, alihkan pada dulang pembakar. Sapukan sedikit minyak atau mentega di dulang / casserole anda. Rata2kan makaroni anda dalam casserole/dulang pembakar, supaya kelihatan kemas. Tuangkan telur yang sudah di pukul. Taburkan dengan keju mozzarella dan cheddar di atas nya. Taburkan serbuk herba dill, serbuk buah pala & lada hitam. Panaskan oven pada suhu 180 Celsius. Renjiskan dengan minyak 'Truffle' sedikit saja. Masukkan dalam oven dan bakar di api atas selama 10mins. Atas makaroni nya harus ada tanda2 bakar keemasan. Renjiskan lagi minyak 'Truffle'. kalau tak ada minyak 'Truffle' tak mengapa rengiskan dengan minyak zaitun saja.
Suka · 

12 ulasan:

  1. makaroni bakar favourite anak teruna farah dan juga farah...

    BalasPadam
  2. Sedap ni Yati. Bakarnya pun tak lama 10 minit aje.
    Yg lama sikit nak sediakan semuanya tu..

    BalasPadam
  3. saya suka sangat makaroni bakar ni.. baru terpk nak buat semalam.. hehe..

    BalasPadam
  4. favourite saya nie..tapi kat rumah tak ada oven...pakai pemanggang ajaib boleh tak..

    BalasPadam
  5. salam...
    kalau nur suka letak cheese byk2....
    sedapnya....

    BalasPadam
  6. Last bt raya lps...
    terliur dtg memlm ni....

    BalasPadam
  7. oii yg ni sedapnya..lagi2 kalau mewah dengan cheese.tapi smp Sekarang tak terbuat.haha

    BalasPadam
  8. sedap ni kaknoor belum lagi terbuat, dok nak buatttt je

    BalasPadam
  9. Okje lama gak tak buat Macaroni bakar ni CH.....awak dah menyebut ni mcm teringinlah pulak. Banyak cara sebenarnya kan nak buat benda ni... Ikut selera memasing

    BalasPadam
  10. Ahah, yang ini saya nak riak sikitlah. Sikit jer ek, bolehlah....~_^ Saya dah cuba buat. Senanglah juga walaupun masa baca resepi macam susah jerk (saya ni kalau resepi 2,3 barang, 2,3 steps pun saya rasa susah, pemalaslah katakan...)

    BalasPadam
  11. ehehe sedap2.. mmg kalo buat ni laju je habis..
    sedapnyeee tengok cheese tu.. rasa nak mkn something yg ada bnayk2 cheese pulak

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)