JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 11 Julai 2015

BISKUT RED VELVET CHOC CIPS COOKIES

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..
Hujung minggu ni projek buat kuih ke.. Jom kita cuba pula biskut ni macam sedap jer :)






RED VELVET CHOC CIPS COOKIES
Bahan-bahan :
120 gm margerin Planta
10 gm minyak sapi
100 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
50 gm badam cincang
1 biji kuning telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah
30 gm coklat cips putih
30 gm coklat cips
Mula-mula kita ayak bahan kering.
Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko dan ayak, ketepikan
Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 5 minit
Di dalam mesen pemutar, satukan margerin Planta, minyak sapi dan gula kastor, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat.
Tambahkan telur dan putar sebati.
Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata.
Masukkan bahan yang tekah kita ayak tadi, gaul dengan denduk kayu atau spatula rata
Tambahkan badam , 1/2 daripada choc cip dan 1/2 daripada choc cipputih
Gaul adunan rata.
Sudukan adunan di atas dulang pembakar
Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki cip coklat dan cip coklat putih
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C ( ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan doh)
Bakar selama 20 minit
Sejukkan biskut di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara.

2 ulasan:

  1. wife saya dah start buat semalam. 2 balang di buat, kesudahannya satu balang dah kena kidnap. hahahaha, terus satu balang lagi dia ambil simpan elok2

    BalasPadam
  2. woaaah.. adunan red velvet tu jadi cookies...
    oooonomnom.. dapnye =)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)