JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 11 Julai 2016

Syawal Days 6 :: Berubah Sudah Sambutan HARI RAYA AIDILFITRI Saya...

Assalamualaikum kekawan..
Selamat hari raya.. semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.


Berubah jua sambutan hari raya saya pada tahun ini.. Kunjungan bukan dirumah.. sebaliknya ke pusara ayahanda dan bonda..
Jadi sebelum memasing balik kekampung mertua ..
Walaupun pada tahun ini giliran saya beraya di Kuang, jadi adik cadang berayalah dirumah mertua masing-masing selagi mereka masih ada.. 
Oleh itu pada 2/7/2016 hari sabtu, kami adik beradik bersepakat mengadakan perjumpaan. Mula-mula semua berkumpul di kuburan pada pukul 5.30pm, kami membuat bacaan tahlil, bacaan diadakan dikubur arwah nenek sebab disitu redup, kubur nenek dibawah pokok-pokok, setelah habis tahlil dan berdoa di situ, kami beredar pula ke pusara Abah, dah 2 kali ramadhan Abah telah tiada, berdoa dan membaca alfatihah serta Al ikhlas, kami beredar ke pusara Emak, disini kesebakan melanda di jiwa, ramadhan dan raya pertama tanpa mak, rindu menyentuh kedalam jiwa.. 
Semoga roh mereka di tempatkan bersama para syuhadah dan solehin, dicucuri rahmat Ilahi, digantikan syurga sebagai tempat tinggal mereka. Aamiin. 

Sambil menunggu untuk berbuka puasa.. 
Kemudian kami iftar dirumah arwah mak abah, juadah disediakan secara potluck, saya bawa satay kajang haji samuri.. kak angah dan kak teh bawa mee hoon goreng dan kuih muih, kak lang dan kak andak menyediakan nasi putih, lauk pauk yg sedap, gulai ayam , sambal tempoyak ikan bilis, ayam goreng berlada, udang masak tumis, Ucu pula sediakan air minuman dan itam sediakan buah-buahan..

Selepas solat maghrib berjemaah.. apa lagi menjamu selera lah memasing.. riuh rendah.. terasa kegembiraan itu.... adik beradik.. anak-anak.. cucu-cucu semua ada :)

Selepas itu kami menunaikan solat tarawih bersama-sama.. alhamdulillah tahun ini khatam Al Quran.. Semoga dapat meneruskan bacaan al quran itu.. 
Ramadhan adalah madrasah kita.. mengajar untuk mendidik jiwa..

Selepas tu moreh kami dengan sambutan hari lahir bulan Julai.. Itam, ateh, ucu, Jeff, Fitri, Hakimi .. disini lagi lah riuh rendahnya.. penuh kegembiraan disitu..
Macam-macam gelagat mereka ini..
Selamat hari lahir buat mereka semoga usia dirahmati Ilahi jua hendaknya..

Selepas itu pemberian duit hari raya.. teringat kata ustaz tempohari.. elok diberi duit raya itu pada bulan ramadhan ini.. kerana termasuk pahala bersedekah di bulan Ramadhan.. kena kasi tukar pemberian duit raya tu kan.. :)
Macam-macam anak menerima duit raya ni.. tengok abang angah izzat ni.. siapa nak duit raya kena cium pipi dulu hahhaha..
Tersipu-sipu malu mereka..

Semoga ikatan silaratulrahim kami adik beradik ini akan terus berkekalan hingga ke jannah.. Aamiin.

Sambutan hari raya terakhir bersama arwah abah dan mak.. di entri 
pada raya 2015 arwah abah telah tiada dan arwah mak pula sakit..
Tinggal kenangan hari raya bersama mereka.

23 ulasan:

  1. Alfatihah buat kedua org tua akak. semoga mereka ditempatkan di syurga Allah swt.

    selamat hari raya maaf zahir batin..")

    BalasPadam
  2. alfatihah utk arwah abah & mak akak

    BalasPadam
  3. Alfatihah buat mak ayah akak :(

    sebak pulak kita baca.

    BalasPadam
  4. membacanya terasa sedih juga hati ini... kitapun rasa kelainan sejak arwah bapapk meninggal... tidak seperti dahulu..t api syukur Alhamdulillah masih punya ibu... gembira camnerpun terasa ridnu juga kita pada yang tiada.. masih terkenang sambutan raya masa arwah opah masih ada... oh... moga roh mereka sentiasa bawah lindungan dari Allah s.w.t...
    Selamat Hari Raya untuk Yati sekeluarga...

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Raya Aidilfitri yati
    Meriah di kuburan..
    Meriah juga dirumah adik2 beradik berkumpul...knor tak dpt nk kumpul dh...sbb klu berkumpul mmg sgt2 ramai..jadi kami bawa haluan masing raya dgn mertua2..

    BalasPadam
  6. Selamat Hari Raya kak.. Al-Fatihah untuk arwah orang2 yang dikasihi..Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat Allah.

    BalasPadam
  7. al fatihah.....selamat hari raya kakak...

    BalasPadam
  8. semoga arwah di tempatkan di kalangan kekasih2 Allah...Allahuakbar tak bole di bayangkan kalau saat ini terjadi pada saya nanti...walau dah lama tak beraya dgn apak namun saya masih punye mak...sejak sebelom puasa lagi mak saya dah sakit2...terdetik gak dalam hati...sempat kah nak beraya dgn mak taun ni...aduhhhh gilu nya hati...alhamdulillah mak masih di sisi...moga Allah panjangkan umur nye...selamat hari raya kak...seronoknye berkumpul dan sepakat cengini adik beradik kan...moga akak dan seluruh keluarga di rahmati Allah selalu :)

    BalasPadam
  9. Al-Fatihah buat kedua abah dan mak Yati, semuga rohnya tenang disana... ni raya pertama kak rose tanpa ayah dan mak pula kurang sihat...

    BalasPadam
  10. al-fatihah untuk kedua arwah.

    selamat hari raya kak yati..maaf zahir batin.

    Seronok bila beramai2 macam tu kan, sepakat adik-beradik, dalam kesedihan ada kemeriahan, baru lagi tu kak yati kehilangan mak dan ayah, saya yang dah masuk tahun ke 9 ni pun masih tetap terasa kesdihannya kak, tiap kali menjelang syawal

    BalasPadam
  11. Salam Aidilfitri Kak Yatie.. sebak baca story Kak Yatie ni

    BalasPadam
  12. alfatihah utk arwah abah & mak akak

    BalasPadam
  13. Ukhwah sesama adik-beradik mesti diteruskan biarpun kedua2 org tua telah tiada. Bagus pengisian Ramadhan n raya puan...

    BalasPadam
  14. Alfatihah buat arwah mak abah ko CH. Mesti terasa lain duk dlm rumah tu bila mereka dah tak de kan CH. Sebak pulak mak!

    Weyh....Selamat Hari Raya, maaf zahir batin ek.
    Penat mendobi mak hari ni weyh....semlm baru sampai KL.

    BalasPadam
  15. Alfatihah buat arwah mak abah ko CH. Mesti terasa lain duk dlm rumah tu bila mereka dah tak de kan CH. Sebak pulak mak!

    Weyh....Selamat Hari Raya, maaf zahir batin ek.
    Penat mendobi mak hari ni weyh....semlm baru sampai KL.

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum

    Salam Idilfitr. Meriahnya Syawal ini...

    BalasPadam
  17. memang seakan tak berseri hari lebaran tanpa mak disisi..
    saya hampir 10 th dah arwah mak telah kembali ke PenciptaNYA..

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah walaupun aruah mak dan abah akak dah takde..akak adik beradik masih berkumpul bersama..tu yg penting..ikatan adik beradik tak putus malah makin erat..teserlah ukhuwah dan kemeriahan sambutan.yg hidup tetap akan pergi.Semoga mereka tenang disana

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah walaupun aruah mak dan abah akak dah takde..akak adik beradik masih berkumpul bersama..tu yg penting..ikatan adik beradik tak putus malah makin erat..teserlah ukhuwah dan kemeriahan sambutan.yg hidup tetap akan pergi.Semoga mereka tenang disana

    BalasPadam
  20. meriahnya berkumpul sekeluarga ramai2 gitu... seronok...

    BalasPadam
  21. Wkmsalam.
    Ukhuwah yang menjadi contoh dan perlu diteruskan.
    AlFatihah kepada yang dh tiada.

    BalasPadam
  22. al-fatihah :(

    adik beradik kena rapat.
    bila mak abah takde pun tetap kena gather.

    BalasPadam
  23. Sedihlah pulak membaca catatan terakhir tu. Terasa sayu bila mengenangkan kali terakhir beraya bersama emak dan ayah. Yalah, CH nak buat macamana. Mereka dah dipanggil pulang, terpaksalah kita menerimanya dengan redha.

    Beruntung CH adik beradik sentiasa aje bermuafakat. Senang nak diajak berunding.

    Alfatihah buat emak dan abah CH ya!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)