JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 10 Mei 2013

Jelly Milo Rumpai Laut ... Yummy ^___^

 Dah lama saya tak cerita pasal Rumpai laut ni a.k.a PMC...saya buat jelly ni pada hari minggu baru ni... budak-budak bertiga ni suka sangat kalau saya buat jelly/agar-agar.. buat pulak rasa milo lagi lah dia orang suka....

Jelly Milo Rumpai Laut
 Saya buat dua lapis, diatasnya milo dan dibawahya susu... perghhh gabungan yang mantop tu...

Stok dah mari siapa nak oder cepat-cepat takut habis... harga pun dah murah 100gram hanya RM10.00 jom...

Jom kita semak pulak resepi Jelly Milo Rumpai Laut ni...

 RESEPI JELLY MILO RUMPAI LAUT









Bahan-bahannya :-
  • 30 gm rumpai laut kering (rendamkan bagi kembang)
  •  41/2 cawan air 
  •  2 cawan gula
  •  3/4 cawan serbuk Milo
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Masak rumpai laut yang telah dikembangkan bersama air sehingga larut.
  2. Kemudian tapis rumpai laut tersebut, kemudian masukan gula. Bila dah sebati bahagi dua bahan tersebut.
  3. Untuk lapisan pertama masukkan milo kedalam bahan tersebut, kacau perlahan hingga bahan sebati.
  4. Tuang bahan kedalam acuan (ikut suka acuan anda ye)
  5. Ketepikan lapisan pertama..
  6. Buat pula lapisan kedua, masukan susu dan esen vanila. Kacau perlahan hingga bahan sebati.
  7. Lorek-lorek lapisan pertama tadi dengan pisau (garfu) supaya ianya melekat dengan lapisan kedua.
  8. Kemudian tuang bahan lapisan kedua kedalam acuan tadi.
  9. Masukan kedalam peti ais, tunggu keras.
  10. Siap dihidang semasa sejuk.

Jom cuba kekawan.... senangkan :D

14 ulasan:

  1. Buat gini mmg cpt abis, kalau tak asik lupa nak makan..dok gitu je dlm peti ais.

    BalasPadam
  2. salam..

    wah, sangat kreatif buat jelly milo rumpai laut..

    BalasPadam
  3. Salam perkenalan...

    mkn PMC yg dipelbagaikan mmg sedap & bersemangat nak makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq fazian singgah blog kecil akak ni ;-)

      Cubalah... memang sedap :D

      Padam
  4. belum pernah lagi makan PMC.. tak sangka boleh buat agar2 rupanya :)

    BalasPadam
  5. assalam,
    bagus juga dipelbagaikan cara PMC ni kan...
    senang nak makan..

    BalasPadam
  6. Akak pun teringin mkn puding je menjak2 ni...sedap tgk

    BalasPadam
  7. Sedap nya puding...tak pernah lagi makan..
    sy punya rumpai laut tempek kat muka je Kak...:)
    pasni boleh buat puding plak...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)