JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 18 Julai 2013

Ikan Cencaru Bakar Sambal.... Sedaappppp

Masak ikan cencaru bakar sambal ni atas permintaan kakak nabilah sebab dia elergi sikit dengan ikan pari... buat ni masa hari sabtu buka puasa di rumah mak dikuang. Berselera sungguh dia berbuka dengan ikan bakar ni...



Jom kita semak resepi ikan bakar yg sedap ni :)

RESEPI IKAN CENCARU BAKAR SAMBAL

Bahannya :-
  • 3 ekor ikan cencaru
  • 3 helai daun limau purut
  • 4 sudu cili kisar
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai, hiris halus*
  • 3 biji buah keras*
  • 1/2 cm hirisan lengkuas*(* dikisar)
  • 2 sudu besar jus asam jawa
  • garam secukup rasa
  • daun pisang

Caranya :-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar  hingga wangi. Kemudian masukan cili kisar dan daun limau purut. Masak hingga terbit minyak.
  2. Kemudian masukan jus asam jawa, letakan garam secukup rasa dan masakan sambal hingga pekat. Angkat dan ketepikan.
  3. Ikan cencaru di cuci bersih dan toskan. Ambil 2 helai daun pisang, sapukan sedikit sambal atasnya kemudian letakan ikan diatasnya, letakan sedikit sambal diatas ikan.
  4. Kemudian bakar ikan diatas kuali leper dan tutup atas dengan tudung periuk dan bakar selama 20 minit  atau sehingga ikan masak. ( Boleh juga dibakar didalam oven atau bara api, guna pemanggang ajaib lagi senang kan :P )
  5. Setelah masak hidangkan dengan perahan limau kasturi.


SELAMAT MENCUBA KEKAWAN :)

8 ulasan:

  1. hihihihi.. sshnya nak jumpa daun pisang, kalau kat kg petik jer...

    BalasPadam
  2. simple but yet, menjilat jari... kan kan...

    BalasPadam
  3. sedaappnya! kat sini takde jumpa pula ikan cencaru, pari apa tah lagi :-(

    BalasPadam
  4. Bulan pose nie kalau dpt ikan bakar mmg laju laju lah mnjamahnya...;)

    BalasPadam
  5. memang nampak sedap CH! Tapi buah keras tu untuk apa yeh CH? Masa bila kena letak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah keras tu akak kisar sekali hainom dan ditumis, utk menambah lemak sambal tu hainom ;)

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)