Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 20 Julai 2013

MEE HAILAM MUDAH.... :D

Ini iftar kami hari yg ke 7 ramadhan, masa tu en suami ada rumah tak jadi pergi Johor sepatutnya en suami kena pergi hari arwah mak utih meninggal tu... jadi atas permintaan ramai saya buat lah mee hailam mudah versi saya ni... ehe :)

Saya tahu sangat selera 4 beranak ni yang suka sangat dengan kicap, saya masih ingat lagi masa saya kahwin dgn en suami, waktu tu makan beradap di pihak rumah en suami, saya lihat ada botol kicap yg di balut dengan pembalut bunga manggar tu... berambu-ramba lah botol kicap tu... rupa-rupanya pak cik dan mak cik sedaranya mengenakan en suami kih kih kih... :P dari situ saya tahu bila makan mesti ada kicap hehehe


 Ini plate en suami, bila dia tengok cantik berhias bagai siap ada telur mata kerbau separuh masak lagi... siap tanya siapa punya ni... abang punya lah jawab saya... makan bertambah 3 kali I tell U :P


Close up sikit pinggan en suami :)

Saya masak satu kuali jer... tengok tu sedang elok menggelegak :)

Juadah buka puasa yg simple, kuih koci 3, bubur badan berendam satu, air teh by kak nabilah dan kurma...
 Jom semak resepi mee hailam saya yg mudah ni, daging lembu tu adalah lebih saya buat sup pada hari ahad tu.. apalagi memang mudahlah kerja saya ni kan... balik dari kerja, ambil budak2 sampai rumah pukul 5.45pm terus bersilat gayung didapur hehehe..

RESEPI MEE HAILAM


Bahannya :-
  • 1 bungkus mee kuning ( saya suka mee kuning jenama ibu)
  • 1/4 kg daging ayam dan lembu
  • 10 ekor udang sedang
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1/2 batang lobak merah
  • 5 batang kubis sayur
  • sedikit bunga kobis
  • 2 tangkat daun sup dan daun bawang
  • 2 biji limau nipis @ kasturi
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 1/2 gelas air

Caranya :-
  1. Ayam dan daging direbus bersama 4 cawan air sehingga empuk.
  2. Tumis bawang putih dan merah ditumbuk sehingga wangi, kemudian masukan cili kering kisar, goreng sehingga terbit minyak.
  3. Selepas tu masukan udang, rebusan daging dan ayam. Kacau sebentar kemudian masukan sos tomato, tiram, kicap pekat dan garam. Rasa masinnya
  4. Kemudian masukan sayuran tadi, kacau mesra selepas tu boleh dimasukan bancuhan tepung jagung tadi. Kacau sekata.
  5. Akhir sekali masukan sedikit hirisan daun sup dan bawang.
  6. Untuk menghidangkannya, tabur bawang goreng dan daun bawang dan sup.. nak nampak ummpph lagi buatkan telur mata tu... lagi menarik tertarik kebabommmm hehee.

13 ulasan:

  1. Terima kasih yatie..acik nak cuba nanti ni..acik biasa goreng tak de resepi..dah tentu anak acik suka..sebab 4 hero dirumah ni termaduk ayahnya hantu kicap he he

    BalasPadam
  2. nyum..nyum...sedapnya...boleh cuba nie.

    BalasPadam
  3. Sama lah dgn asz....ayah+ anak2 suka sgt mkn berulam kicap. ;)

    BalasPadam
  4. yang part meja bearadap tu, sama kes dgn saya pulak... adik beradik hubby pun kenakan dia juga masa kawin hari tu... siap letak kicap dan sos cili masa makan.. memang hubby saya pun tak boleh dipisahkan dgn kicap... nasib baik duk Uk senang nak beli kicap... hehehehe, kalau tak mesti kena import kicap selalu :)

    BalasPadam
  5. sabar je la... nasib baik bulan pose

    My recent post : Khasiat Halia - Infografik

    BalasPadam
  6. ni memang mee kesukaan saya sefamili. senang nak wat dan senang budak2 nak makan

    BalasPadam
  7. Sedapnya tgk mee Hailam.. tak pernah masak sndiri lg Kak..
    pasni kena cuba ni...:)

    BalasPadam
  8. thank you untuk resepi favourite saya nie ... nak cuba gak!

    www.mnmforlife.blogspot.com

    BalasPadam
  9. mudah dan ringkas menu mee hailam nie..blh la sy cuba buat kjp lg..sedapnya,,tqvm=)

    BalasPadam
  10. Makanan kegemaran saya..tapi x penah confident nak masak sendiri..
    tapi, tgk resepi ni macam simple je..nak try la..harap2 menjadila..hehe

    Jemput ke blog saya

    http://norzuryati.blogspot.com

    ~ perkongsian tentang kisah hidup, anak2, aktiviti seharian, tips kesihatan, kecantikan dan lain2..

    Moga dapat manfaat daripadanya..insyaAllah..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)