Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 24 Julai 2013

JUS KEDONDONG ASAMBOI ... YUMMY ^___^

Buat jus kedondong asamboi ni pada hari ahad tempoh hari ehe :) baru sekarang nak bersiaran di blog ni... ambil buah kedondong ni pun dah lama masa balik dari kampung tempohari selepas pergi ziarah arwah mak utih, singgah kg chohong rumah mak andak, tengok buah kedondong tengah lebat berbuah, mak andak kata hari ni dah dua orang minta buah ni... murah rezeki mak andak tu yg pokoknya sentiasa berbuah dengan banyaknya...


Gelas ni kak  Nabilah dah booking dulu :) sebab dia yang
tolong buang kulit buah tu

Kak nabilah kupas separuh jer dulu, masih ada baki buahnya lagi ...

Bila dah kisar dapat lah setengah
jug air kedondong tu :D
Senang ajer nak buat air jus kedondong ni kan... Jom cuba pulak :D

JUS KEDONDONG ASAMBOI












Bahan :- (untuk satu gelas)

  • 5 biji buah kedondong (buang serabutnya)
  • 2 sudu besar serbuk asamboi
  • 500 ml air masak
  • gula secukupnya
  • Kiub ais
Caranya :-
  1. Kupas kulit kedondong dan buang serabutnya, kemudian kisar hingga halus bersama sedikit dari air 500ml tadi.
  2. Lepas tu tapis, kisar lagi dengan baki air tadi dan tapi
  3. Kemudian masuk serbuk asamboi, kacau sebati, lepas tu masukan sirap gula secukup manisnya.
  4. Kemudian letakan kiub ais
  5. siap untuk dihidang.
p/s boleh juga guna asam boi biji tu, tetapi kena masak air bersama asamboi letak gula dan tuang kedalam kedondong yang telah ditapis tadi.

"SELAMAT MENCUBA"

4 ulasan:

  1. fav sy ni kak.... segelas x cukup he3

    BalasPadam
  2. err..sedap ke akak jus buah kedondong ( haha..tuan punya dah ckp sedap, lagi mahu tanya). sebab saya ni rasa kedondong yg jeruk aje. Tak dpt bayangkan camana rasa yg fresh, apatah lagi bila jadi jus.

    BalasPadam
  3. sedap jus ni. sy belikat bazar. lum penah buat sendiri...xde kedondong ada asamboi jek...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)