JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 8 November 2013

ASAL USUL PERKIRAAN TAHUN HIJRAH....



Assalamualaikum  dan selamat pagi jumaat yg berakah ini... semoga kekawan semua sihat sejahterah...

Perkongsian ini adalah dari FB yg ada dipapan muka saya.. jadi saya share disini... Jom baca :)



Ketika pemerintahan Khalifah 'Umar Al-Khatthab memasuki tahun yang ketiga, dunia dikejutkan dengan kemenangan tentera Islam di Al-Qaadisiyyah, yang dipimpin oleh Panglima Islam, Sa'ad ibn Abi Waqqas.

Tidak lama setelah itu, berlaku lagi beberapa siri peperangan yang akhirnya menyaksikan kejatuhan hampir sebahagian besar tanah Jordan dan Syria ke tangan tentera Islam. Kemenangan itu jugalah yang kemudiannya membawa kepada pembukaan kota suci umat Islam, Baitul Maqdis, oleh Khalifah 'Umar Al-Khatthab.

Pada bulan Rabee'ul Awwal pada tahun itu juga, 'Umar telah memulai penggunaan Kalendar Hijriyyah secara rasmi. Beliaulah orang yang pertama yang menggunakan kalendar itu.

Didalam buku Al-Bidayah Wan-Nihayah, Imam Ibnu Kathir menceritakan bahawa pada suatu ketika, datang seorang lelaki melaporkan kepada 'Umar dengan membawa sebuah surat pembayaran hutang milik seorang lelaki lain. Tercatat pada surat itu bahawa hutang itu perlu dibayar pada bulan Syaa'ban.

Maka, sejurus membaca surat itu, 'Umar bertanya, "Syaa'ban tahun bila? Tahun ini atau tahun sebelumnya? Ataupun mungkin Syaa'ban tahun depan?"

Lalu kemudiannya 'Umar segera mengumpulkan kaum muslimin, lalu berkata, "Marilah kita adakan sesuatu ketetapan supaya di kemudian hari nanti, setiap orang akan tahu bilakah hutang-piutang mereka akan dibayar dan diterima."

Kemudian bangkit sebahagian daripada mereka mengusulkan agar diambil sahaja Kalendar Parsi yang disusun sesuai dengan kematian raja mereka. Jika raja mereka mati maka mereka akan memulakan susunan kalendar yang baru seiring dengan bergantinya raja yang baru. Namun majoriti mereka tidak sepakat dengan usul ini.

Kemudian, ada pula yang mengusulkan agar diambil dari Kalendar Rom, yang dimulai dari zaman Alexander. Namun masih ramai yang tidak menerima cadangan ini.

Ada pula yang mencadangkan agar diwujudkan kalendar baru dengan dimulai dari tarikh kelahiran Rasulullah SAW. Ada juga yang mencadangkan kalendar itu dimulai dari tarikh permulaan Rasulullah SAW menerima wahyu. Akhirnya, penasihat utama Khalifah 'Umar, 'Ali bin Abi Thaalib, bersama sahabat-sahabat yang lain mengusulkan agar kalendar baru itu dimulai dari tarikh Nabi SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah, kerana peristiwa itu masih segar dalam ingatan mereka dan mudah untuk mereka tetapkan tarikhnya berbanding tarikh peristiwa-peristiwa yang lain.

Setelah itu, mereka bersepakat untuk memulakan kalendar itu dari bulan Muharram, kerana ianya lebih dikenali oleh masyarakat Arab sebagai permulaan tahun, walaupun pada hakikatnya Nabi SAW berhijrah pada bulan Rabee'ul Awwal. Tambahan lagi, rancangan untuk berhijrah sudahpun bermula selepas berlakunya Perjanjian Aqabah ke-2 pada hujung bulan Zulhijjah tahun yang sebelumnya.

Sejak zaman itu (16H), segala urusan kerajaan dan umat Islam, menggunakan Kalendar Hijriyyah yang diasaskan pada zaman pemerintahan Khalifah 'Umar Al-Khatthab Radhiyallahu 'Anh, yang terus menerus mengejutkan dunia dengan kebangkitan yang sangat luar biasa hebat itu.. Sehinggalah jatuhnya pemerintahan kerajaan Khilafah 'Uthmaniyyah di Turki, musuh-musuh Islam bersama Kamal Attaturk melarang penggunaan Kalendar ini digunakan dalam urusan rasmi kerajaan Islam, melainkan dalam urusan keagamaan sahaja..

* Moga dengan tibanya tahun baru hijrah ini, kita dapat lebih berusaha gigih untuk terus menyumbang bakti pada Islam. Doakan selalu ahli keluarga dan teman-teman kita agar dikurniakan iman yang kental dan bersabar dengan sebenar-benar sabar, dalam usaha mempertahankan iman pada zaman fitnah yang sangat mencabar ini..
 — with Nor'aini Hassan.

4 ulasan:

  1. Memang biasanya sejarah ini akan kita dapat bca dan baca bila tahun baru hijrah tiba yati. Tak salah kita mengulang-ulang kerana mana yg baru terjumpa biar tahu sejarahnya... good!!

    BalasPadam
  2. TQ sharing kak.. dapat juga ilmu baru ni:)
    Salam Maal Hijrah ya...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)