JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 1 Disember 2014

BIG DAYS :: KHAIRUL & IZAH ~ 28 - 29 NOVEMBER 2014

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan sihat selalu :)


Pada hari Jumaat 28hb November 2014, kakak Ateh saya menghantar anak sulong nya pulak ke Kampung Makam, Kota Tinggi Johor untuk majlis pernikahan dan persandingan anak nya tu.. sekali lagi saya tidak mengikut utk menghantar :(


Majlis pernikahan Khairul berlangsung selepas isyak.. mak cerita selepas je selamat akad nikah tu .. boleh pulak si Khairul menangis .. kesedihan.. pada hal mak kata sekali lafaz jer tu.. berbeza dengan adiknya Anuar tempohari sampai tiga kali lafaz nikah nya.. gabra..

Selepas majlis akad nikah tu .. mereka adakan pulak majlis berinai.. semua gambar2 ni saya ambil dari whatapps group, tu gambar tak berapa clear sangat..

Pada hari sabtu 29 Nov 2014 berlangsung majlis persandingan.. 
kalau nikah dengan orang Johor terkenal lah dengan acara bayaran TOL ni hehehe.. pening kepala pengapit melayan anak-anak utk mendapat duit TOL ni.. begitu juga dengan Mak Andam.. duit TOL pun kena ada.. kalau tidak tak merasalah pengantin lelaki nak duduk diatas pelamin tu.. ^___^



 Selepas tu, apa lagi bergambar lah masing-masing bersama pasangan pengantin ni :)


Menunggu pengantin bersanding tu sempat lagi mereka berkaraoke tu.. pengapit pun sempat menyumbangkan lagu utk sepupunya.. kakak saya kata siap ada kambing golek lagi tu.. meriah sungguh majlis perkahwinan disana tu..


 Besar juga tempat penginapan yg disewa oleh kak ateh ni.. pastu murah pulak hanya RM300++ semalam.. kak teh sewa dua malam sehingga ahad walaupun kenduri berakhir hari sabtu.. boleh rehat satu malam lagi kata kak ateh..

InsyaAllah pada 6hb Disember 2014 hari sabtu ni akan diadakan menyambut menantu di rumah kak ateh pulak.. dua menantu sekali disambutnya..
Kepada pasangan pengantin semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah. Amiin

10 ulasan:

  1. tahniah ya wah ada tol segala ni

    BalasPadam
  2. Mereka tak terus ke air terjun Kota Tinggi atau Desaru ke Yati.
    Alahai kalau Yati ada agaknya kita dpt berjumpa di JB kan Yati.

    Selamat pengantin baru buat pasangan.

    BalasPadam
  3. Mestilah kena bayar tol kalau nak bersanding ^_^ Masa saya kecil-kecil dulu, puas kutip duit tol bila kakak-kakak kahwin. Bukan setakat depan khemah, depan tangga, depan pelamin semua pun saya buat all in one. 20sen ke, 50 sen ke, singgit ke, mewah tau masa tu.

    Selamat pengantin baru buat pengantin! Awat nangis pengantin? Terharu ke dah jadi suami orang? Hahaha....

    BalasPadam
  4. anak saudara yatie dapat orang Kg Makam ya....anak saudara kakak pun ada tinggal kat sana....kg makam tu tak jauh dengan waterfall kota tinggi seperti kata kakzakie tu.
    Tol tu memang dah jadi budaya orang Johor ni ...walaupun sikit2 tapi kalau ramai yg jadi menunggu parah juga yg memberi kalau tak bersedia....

    BalasPadam
  5. selamat pengantin baru..semoga berkekalan selamanya..
    sama cantik sama padan pasangan pengantin

    BalasPadam
  6. Selamat pengantin baru, semoga berkekalan ke anak cucu...

    BalasPadam
  7. Meriahnya majlis kahwin... Semoga hafiz dan isteri berbahagia selalu :)

    BalasPadam
  8. Selamat Pengantin Baru buat mereka....Serasi bersama nampaknya, sama cantik sama padan
    Orang Johor biasalah...... OKje tak hairan dah tol tol ni hehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)