Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 18 Disember 2014

SNICKERS CHEESE CAKE

Assalamualaikum kekawan...
Selamat petang.. petang ni kita jamu mata dengan kek yg sedap ni... biasa lah saya ni kes sekodeng di FB petang hari ni.. tengok kek ni dah meleleh air liur.. apa-apa hal kita save dulu kat sini .. nanti chef Nabilah dari kem madrasah boleh cuba buat dengan dia hehe :)





Snickers Cheesecake
Base / Dasar Biskut
150gm biskut Oreo (buang krim)
30gm mentega di cairkan
Bahan Kek Keju
300gm krim keju - suhu bilik
60gm gula caster
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
1 sudu besar jus oren / lemon
100ml UHT whipping cream
100gm coklat snickers di cincang kasar
Topping Chocolate Ganache
100gm coklat masakan di cincang kasar
50ml UHT whipping cream
Hiasan : Coklat snickers, kekacang atau parutan coklat putih
Loyang : Loose Base Tin 7"
Cara-cara :
1. Kisar biskut oreo hingga halus, masukkan mentega cair gaul rata hingga boleh di kepal. Masukkan ke dalam loyang loose base tin, ratakan dan tekan hingga padat. Bakar selama 10 minit pada suhu 160C. Biarkan sejuk dahulu.
2. Pukul krim keju dan gula hingga licin dan tidak berketul. Masukkan telur, jus oren/lemon dan whipping cream, pukul hingga sebati. Scrapkan tepi pengisar dan pukul sebentar hingga bergaul rata dan tidak berketul.
3. Masukkan coklat snickers yang di dadu, kaup balikkan hingga rata. Kemudian tuang ke atas dasar biskut oreo.
4. Bakar secara bain marie pada suhu 160C selama 40 - 50 minit atau hingga permukaannya kekuningan.
5. Tutup api ketuhar, Rengangkan sedikit pintu ketuhar dan biarkan kek di dalamnya hingga sejuk.
6. Keluarkan kek dan simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman.
7. Topping : Panaskan whipping cream secara bain marie, masukkan coklat masakan yang di cincang, kacau hingga coklat larut. Angkat dan biarkan suam.
8. Tuang topping coklat ganache ke atas permukaan kek, tabur dengan coklat snickers yang di dadu, kekacang atau parutan coklat putih jika suka.
Selamat Mencuba
Jom share resepi ni

3 ulasan:

  1. nampak pun dah sedap kek ni macam nk try je lah

    BalasPadam
  2. Lama x mkn kek ni...tq kak...mengingatkan....yeayyy...senang2 nak buat. pernah belajar buat kek ni 7 thn lps...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)