JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 15 Disember 2014

MURTABAK ROTI CHEESY

Assalamualaikum kekawan...

Semoga kita semua berada didalam rahmat Ilahi dan beri kesihatan 

yg baik..

Teringin pulak nak cuba yg ini.. dah meleleh air liur tengok kat FB 

ni.. apa lagi save dulu di blog lepas tu boleh lak mencubanya ..

RESEPI MURTABAK ROTI CHEESY

Bahan-bahannya
12 keping roti Gardinier
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih potong halus
1 paket daging hancur(Ramly burger)
1 biji cili merah potong halus
3 1/2 sudu besar rempah kurma
1 biji ubi kentang dipotong dadu
5 biji telur
2 cawan susu segar
1/2 paket cheese mozarella
sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak inti
1- panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga retbit bau.masukkan pula rempah kurma yang dibancuh bersama sedikit air.Goreng hingga garing.
2- Masukkan daging hancur kedalam kuali dan kacau hingga air agak kering.Masukkan pula bawang besar,cili merah dan kentang.Kacau biar sebati.
3. Masukkan kiub ayam dan kacau lagi.Masukkan pula lada putih.kacau dan biar sampai kentang empuk dan daging agak kering.Angkat dan sejukkan.
Cara menyediakan murtabak daging
1- Kocok susu,telur dan 1 sudu kecil garam hingga sebati
2- Celupkan 4 keping roti kedalam campuran susu dam atur dlm loyang 4 segi yang telah di sapu dengan butter.Tuang bahan inti diatas roti dan ratakan.
3- Ulang langkah no 2 dengan roti menjadi lapisan terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur diatas roti.Taburkan cheese sebanyak yang disukai diatas lapisan roti yang terakhir.
4- Bakar lah dengan suhu kepanasan 220o c selama 40 minit dan lapisan cheese garing kekuningan.
Amboiiiii~ Memang nangis la makan Mertabak Roti Cheesy ni kejap lagi. Sedapnyeeee. Okey korang! Selamat mencuba

14 ulasan:

  1. Oh... kalau yg ini kakak dah selalu juga buat Yati
    Memang anak-anak suka:)

    BalasPadam
  2. nampak sedap sekali! tapi saya tak ada oven nak membakar. huhuhuh

    supermakwannabe,
    http://supermakwannabe.blogspot.com

    BalasPadam
  3. ermmmmm meleleh air liur tgk rupanyer...

    BalasPadam
  4. Sedap...dah lama kak zai tak buat.

    BalasPadam
  5. Pantang saya ni kalau nampak cheese. Sedapnya alahai....

    BalasPadam
  6. yang suka cheese ni anak2 acik je Yatie...
    dah tua2 ni acik kurang suka banyak cheese

    BalasPadam
  7. sedap tu akak! nanti sy suruh mem buatkan...tq.

    BalasPadam
  8. kalu sy buat ni x bleh buat sikit2...kalu x ada yg menangis x dpt ;-)

    BalasPadam
  9. resipi sangat menarik dan simple...tima kasih

    BalasPadam
  10. Rasanya pernah cuba, buat ala ala Savoury puding roti gitu...
    Pada Okje, roti tu tetap tak boleh lawan dengan tepunglah CH.... sebab roti tu akan jadi lembik gitu....

    BalasPadam
  11. kak yatie suka save kat blog kan..mudah saya nak mintak resepi..yippi

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)