Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 6 Februari 2015

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI :: Kecintaan Kepada Hari Jumaat Dan Masjidnya ..

Assalamualaikum kekawan...

Salam Jumaat yg mulia... Semoga kita semua berada dalam lindungan dan rahmat Ilahi jua...


Semasa kami adik beradik mengemas almari arwah.. terjumpalah kami nota-nota yg ditulis oleh arwah abah, tujuan kami menyemak diari dan nota-nota tulisan abah adalah utk mencari kalau ada arwah abah mencatat hutangnya kepada orang lain ke... Mak kata "InshaAllah, mak berani kata abah tak ada berhutang, malahan abah tu banyak memberi adalah".. Benar seperti yg mak kata , sepanjang kami membaca catatan arwah abah tu tiada satu catatan hutang pun didalamnya.. Arwah abah ni sangat suka mencatat sesuatu didalam buku notanya..
Jadi salah satu nota yg banyak arwah abah tulis ialah tentang solat Jumaat di masjid kesayangannya itu.. Adik saya kata "tengok ni siap tulis tarikh dan bertandatangan lagi, abah ni memang berdisplin orangnyakan..." Betapa masjid dan solat Jumaat tu sentiasa dihatinya.. 





Inilah masjid di kampung saya tu Masjid Al-Islahiah , Batu 17 3/4 Kuang , Selangor, rumah saya dengan masjid ni dekat aje lebih kurang 200 meter dari rumah saya.. dulu masa saya kecik2 dulu masjid ni diperbuat dari papan, suka sangat pergi kat masjid tu.. Sekarang di perbaharui dengan binaan batu, namun begitu ruangan solat tidak mencukupi bila Solat Jumaat dan dikatakan akan buat pembinaan baru utk memperbesarkan masjid ni..

Dulu saya ada tanya mak.. "kenapa mak tak pergi masjid sama abah?" masa tu saya sekolah rendah lagi.. sebab apabila ada majlis kebesaran Islam seperti Mauludir Rasul, kami adik beradik ajer yg pergi sambil membawa berkat utk disedekah kepada masjid utk majlis itu.. Rupa nya abah ada berpesan pada mak " Den , izinkan kau pergi ke masjid jika kau boleh, Butakan mata, pekakkan telinga, bisukan mulut semasa berada di masjid, den tak mahu ianya menjadi fitnah bila kau dimasjid, sebaik-baik tempat solat perempuan adalah dirumah"... Kata mak lagi" itulah kata-kata yg dipesan oleh arwah atuk kepada arwah nenek jika hendak ke masjid"... Patutlah mak hanya ke masjid bila solat hari raya puasa dan hari raya haji sahaja... Solat tarawikh pun mak solat sendirian aje dirumah.. begitulah pegangan agama orang tua-tua dulu-dulu kan.. dijaga sungguh adab-adabnya utk ke masjid..

Rindu pada arwah abah :( Al Fatihah



18 ulasan:

  1. Allahuakbar! Kakak macam nak menangis dibuatnya Yati
    Moga anak-cucu semua dpt jadikan abah ni contoh.
    Tenanglah dia di sana Yati.

    BalasPadam
  2. arwah bapak acik pulak..bila tarawikh dia akan pergi bersama arwah mak..sebab arwah bapak selalu jadi imam solat tarawikh..dia nak arwah mak sama menjadi makmumnya..solat waktu baru dia pergi sendiri..arwah mak solat dirumah

    BalasPadam
  3. Eh, CH... bila abah CH meninggal ni? Saya ketinggalan ni. Apa-apa pun alfatihah buat arwah. Semoga tenang di sana.

    Nampak sangat arwah abah CH ni seorang yang berdisiplin. Selepas arwah abah saya meninggal dulu, kami pun terjumpa banyak catatannya. Memang tahu arwah abah ada simpan diari. Sampai sekarang saya simpan keratan tulisan arwah abah saya ni dalam album. Sesekali tengok, terasa rindu padanya walaupun saat beliau meninggalkan kami dah 18 tahun berlalu :(

    BalasPadam
  4. salam jumaat kak yatie...moga arwah abah kak yatie tenang di sana.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah sucinya hati ayahanda.

    solat itu sendiri mengajar mendisiplinkn diri..kn..
    cantik tulisan...

    BalasPadam
  6. assalam yatie..arwah abah yatie bekas askar kan sebab tu nilai displin terbawa2 dalam kehidupan sharian ...semua ditulis pada nota.Nota2 nya kini tinggal kenangan..
    kakak skg alhamdulilah agak sehat.....cuma buat masa ini terpaksa bergantung pada ubat2 hospital untuk tak berulang lagi bleeding yg teruk.

    BalasPadam
  7. assalamualaikum. adakah abah sudah menunaikan haji. kalau belum upah haji boleh dibuat ditabung haji juga. wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah TL, arwah abah CH telah menunaikan haji pada tahun 1995.

      Padam
    2. alhamdulillah, rukun islam ke lima dah tertunai.,

      Padam
  8. Cantik tulisan arwah CH.... arwah abah okje tak reti tulis tulisan rumi mcm tu. Tengok gaya catatan arwah gitu mmg berdisiplin gayanya arwah ni.

    Teringat dulu dulu kalau surau kg ada aktiviti mmg seronok betul dpt pergi ramai ramai

    BalasPadam
  9. Memang betul pesan atuk yatie tu sebaik2 tempat solat buat perempuan adalah dirumah.

    Tapi sekarang kan banyak majlis ilmu yang dibuat dimasjid. Elok juga kita menghadirinya untuk menambah ilmu.

    BalasPadam
  10. Salam jumaat Yati, betul pesan arwah abah tu yati..mampukah kah kita membutakan mata..memekakkan telinga dan membisukan mulut? zaman ni sebaliknya..banyak ilmu boleh di tuntut di masjid, dalam masa yg sama tidak mampu ntuk kita melakukan perkara seperti di atas tadi..

    BalasPadam
  11. sebak rasa bila tengok hasil tangan arwah
    semoga ayah akak ditemptakan bersama orang beriman :)

    salam kenal kak

    BalasPadam
  12. Seorang yg baik aruah abah..syukur!

    BalasPadam
  13. Semoga arwah abah sis ditempatkan di golongan orang yang beriman..ameen

    BalasPadam
  14. insyallah semuanya baik2 saja.. =)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)