Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 10 Februari 2015

ROTI JOHN SOSEJ HOMEMADE MUDAH ^___^

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat dan dilindungi Ilahi jua hendaknya :)

Biasalah kaum mak2 ni, apa lagi kalau pagi2 tak sibuk menyediakan sarapan pagi untuk keluargakan :)
Malam tadi mereka dah request nak roti john sosej, jadi terus siapkan bahan2 tu malam tadi nanti pagi senang terus ajer masak kan...
Saya buat 6 biji roti john, 2 biji utk najeeha, 2 biji utk Nabil dan 1 sorang utk saya dan en suami, najeeha dan nabil satu makan dirumah, satu lagi bawa bekal ke sekolah..

Bahan2 saya mudah ajer kekawan, mengikut selera kami anak beranak ajer, roti tu saya beli kat staff saya , saya suruh dia buat panjang utk buat roti john, saya parutkan kobis dan karot merah buat seperti coslow, telur dan sosej.. senang kan ehe :)

Ehhh, apa pulak terselit gambar mee goreng ni :)
Mee goreng ni saya buat untuk kakak Nabilah masa nak balik asrama tu hari, ini pun request dari kak nabilah jugak, pagi tu sebelum pergi pasar dia dah minta, jadi senang saya beli barang2nya kan, boleh dia kata "tengok minggu lepas kawan2 bawa mee goreng, lepas tu teringat mee goreng basah mama , tu yg minta mama masak, mee goreng basah mama sedap"... aduhai siapa nak puji kalau bukan anak sendiri kan kekawan :D

RESEPI ROTI JOHN SOSEJ


Bahannya :-
  • 6 buku roti (dibelah dua jgn smpi terputus)
  • 6 biji sosej ayam
  • 2-3 biji telur ayam
  • sedikit kobis dan karot merah diparut
  • mayonis
  • sos cili
  • garam
Caranya :-
  1. Rebus sosej sehingga masak, ketepikan, bila sejuk belah dua.
  2. Pukul telur ayam dan letak sedikit garam.
  3. Buatkan kobis dan karot merah yg diparut tadi seperti coslow, yakni letak mayonis 2 sudu besar dan 2 sudu besar susu segar, gaulkan dan ketepikan.
  4. Panas drypan, letakan sedikit minyak, lepas tu letak sosej yg telah di belah dua, kemudian tuang telur diatas sosej dan ratakan (lihat gambar diatas)
  5. Kemudian tekap roti diatasnya, tunggu sehingg masak, dan angkat.
  6. Kemudian sapu sos cili dan letak coslow diatas , kemudian dilipat dua.
  7. Siap utk dihidangkan.


24 ulasan:

  1. Hmmm..boleh dicuba nti kak..

    BalasPadam
  2. memang betul yatie..anak2 kita ni apa je yang kita masak sedap je pada tekak dia orang kan

    BalasPadam
  3. Buat bekal anak-anak memang kena yg cepat dibuat Yati
    Kalau tak sibuk kita dibuatnya. Kalau yg agak leceh kena siap rencah malam.
    Kakak pun macam Yati juga..

    Sayu hati bila Nabilla terkenang mee mama. Kalau boleh nak buat selalu utknya kan Yati. Bila dah tak tinggal sama rindunya Allah aje yg tahu kan..

    BalasPadam
  4. bestnye kak...lieya dah snap yg roti sosej tu...nanti nak buat le tuk bekal anak2 lieya.... menarik gak buat style mcm akak buat ni...tq kak sharing....

    BalasPadam
  5. meleleh2 roti john sosej tu...yumm

    BalasPadam
  6. roti john adalah kegemaran saya,, manpak berselera pun ada hehehe,, hari cuti saya suka wat mee gorong untuk anak2 kerana mereka sukakannya..

    BalasPadam
  7. rajin la kakak...saya teringin nak buat gini, tp last2 yg makan saya sowang je..mmm..anak2 tak reti makan gini..deme tekak ikut abah deme sgt..simple..hahahha

    BalasPadam
  8. sedapnyaaa roti sosej. mee goreng punn ^^

    BalasPadam
  9. Roti John homemade belum pernah muncul di dapur rumah saya, tapi kalau roti burger dan roti hotdog setiap minggu mesti keluar dari dapur kerana anak-anak saya selalu buatnya sendiri...

    BalasPadam
  10. Bestnya kalau dpt bulat sendiri camni..puas mkn..cukup ye akk mkn satu?klu sy mesti dua,hehe...

    Wah mee goreng basah,yummy!

    BalasPadam
  11. sedapnya..mmg mengoda utk buat jugak ni!

    BalasPadam
  12. kakak bab2 roti john ni selalu buat masa bulan puasa yatie.....senang ,dan mudah nak dibuat ,anak2 pun laju je makan.cuma kakak je yang tak makan sosej yatie.

    BalasPadam
  13. bkn anak jer teringin aunty nor pun teringin nk rasa mee bsh.. hotdog tu lgilh

    BalasPadam
  14. salam kak...
    sedap nyer roti john tu...sy kalau bulan posa confirm mmg mencari roti john ni...

    BalasPadam
  15. hihi dulu time sek kadang2 bawak bekal nasi goreng telur aje.. moden skarang =P
    hehehe.. CT suka roti john kalo x banyak sos n mayo.. x ske banjir2..
    Siti Yang Menaip

    BalasPadam
  16. Mudah sahaja buat roti john ni rupanya. Yang penting kerajinan kena ada, kan? :)

    BalasPadam
  17. senang je kan...nanti noe pun nak cuba

    BalasPadam
  18. Sedapnya.. Ros tak pernah buat sendiri. Boleh cuba ni, dah ada resepi...

    BalasPadam
  19. Adoiiii CH rajinnya bercoleslaw pepagi tu. Budak kat sini sorang suka sorang tak suka so baik tak yah letak jer senang haha.....Togel gitu jer CH kalau okje buat....

    BalasPadam
  20. Saya kalau pagi-pagi ni buat yang quick and easy je, CH. Tak dan nak berlama-lama kat dapur lagipun anak bujang saya bukan pemakan sangat kalau di sekolah tu. Dia nak yang mudah-mudah aje. Bawakan mi goreng tak dimakannya atas alasan takda tempat nak duduk! Punyalah hampa!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)