JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 22 Februari 2015

SOMTAM MANGGA MUDAH

Assalamualaikum kekawan...

Ini lebih kurang macam Kerabu Mangga yg kita buat kan

 kekawan.. Thailand panggil Somtam Mangga ke ehe :)

Boleh juga mencuba ni .. ehe mana lagi kalau bukan hasil 

sekodeng di FB .. :)







Resepi Somtam Mangga Mudah!
Bahan-bahannya;
3 biji mangga muda jenis epal (kurang masam)- sagat halus
3-4 tangkai kacang panjang- potong dalam 2 inci
1 biji buah tomato-potong baji
4 biji cili padi- nak pedas boleh tambah lagi
2 peket kecil udang kering-goreng tanpa minyak-saya guna microwave jer..
1/2 cawan kacang tanah- goreng tanpa minyak
2 sudu gula somtan (Rujuk gambar di bawah)
Sos ikan secukupnya.
2 biji limau nipis- ambil airnya.
Cara-cara menyediakan somtam;
Masukkan cili padi dalam lesung- lenyekkan atau tumbuk manja
Masukkan udang kering-tumbuk manja
Masukkan kacang panjang- tumbuk manja
Masukkan tomato baji- tumbuk manja
Masukkan gula somtam-lenyekkan semua bahan. Masukkan sos ikan dalam 2 sudu.
Masukkan asam limau.
Tuangkan kesemua bahan tumbuk kedalam bekas berisi parutan mangga. Rasakan biar masin, manis dan masam secukupnya.
Masa hidang, taburkan kacang tanah.

12 ulasan:

  1. Sedap ni kak yati...selalu buat dgn betik

    BalasPadam
  2. pembuka selera...
    ratah mcmn tu ja pun sedap,kan..

    BalasPadam
  3. emmm...sebelum ni ingatkan berbeza antara somtan & kerabu mangga

    BalasPadam
  4. Best jugak resepi ni....tp mcm biasa jarangbnak cuba hihi

    BalasPadam
  5. Dekat mana nak cari gula somtam ye..sape tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dkt perlis ada kt srwk diorg panggil gula apong..klau ada kwn dgn org thailand kirim kt diorg tlg beli..

      Padam
  6. Saya pun suka somtam selalu makan kat kenduri..

    BalasPadam
  7. Sedap jugak somtam mangga ni.
    Resepi somtam ni pun muadah

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)