Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 4 Februari 2015

PUDING TIRAMISU

Assalamualaikum kekawan...  Salam petang yg ceria :)

Baru balik sekodeng FB, sekali tu kawan post kat Puding Tiramisu 

ni, tengok macam best jer, apa lagi save dulu kat sini nanti di cuba 

ye :)





PUDING TIRAMISU

Sumber : Noor Allya
Lapisan bawah
12 keping biskut lady fingers
~ untuk lapisan bawah ni boleh gunakan biskut lady fingers atau boleh guna kek span. boleh rujuk album
Resepi kek tu banyak, buat 1/2 adunan sahaja
2 sudu teh serbuk kopi segera atau Nescafe
Nescafe di bancuh dengan 50 ml air panas
Letakkan 1 keping lapisan kek di dalam springform pan
Basahkan lapisan kek dengan 1/2 bahagian air Nescafe ~ bakinya di simpan untuk lapisan moca
Lapisan Moca
10 gm serbuk agar-agar
600 ml susu cair
80 gm gula halus
1/2 bahagian air Nescafe dari lapisan bawah
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pes moca
Masukkan agar-agar, susu cair dan gula di dalamn periuk dan masak hingga gula dan agar-agar larut.
Masukkan esen vanila
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
1 bahagian letakkan baki air Nescafe dan tambahkan 1 sudu teh pes moca
Tuang atas lapisan kek
Sejukkan di dalam peti ais
Lapisan atas
1/2 bahagian agar-agar
1 biji kuning telur
sedikit serbuk koko
Panaskan semula 1/2 bahagian agar-agar
Ambil 1 senduk dan campurkan dengan kuning telur dan kocok sedikit
Tuang di dalam agar-agar yang di atas dapur semula
Tutup api
Keluarkan agar-agar dari peti ais
Cakar-cakar atasnya atau cucuk-cucukkan atasnya dengan garfu
Tuang agar-agar telur tadi
Simpan semula di dalam peti ais hingga keras
Ayakkan serbuk koko di atasnya
Potong dan hidangkan dingin

16 ulasan:

  1. Assalam kak yati.. lame anis xsinggah sini..hihi.. sedap nampaknye tu.. nak tgk hasil kak yati plak..huhu...

    BalasPadam
  2. wahh.. presentation macam kat hotel..! :))

    BalasPadam
  3. Tq yatie..kak zai c/p ya nanti ada masa boleh cuba.

    BalasPadam
  4. Aduhai, terliur dah ni. Kena cuba juga satu hari nanti. Bila tak tahulah tapi yang pasti kenalah cuba kalau nak merasa kesedapannya :)

    BalasPadam
  5. pebret niee tiramisu...leh test laaa nnt...TQ for sharing kakak :)

    BalasPadam
  6. Ohh ingatkan akk yg buat..nti dh bust jangan lupa tunjuk hasil seninya

    BalasPadam
  7. amboi tiramisu tu...dok goda2 kita ye

    BalasPadam
  8. Okayh kak.. falsya pun nak save jugak resepi nie..hehe

    BalasPadam
  9. biskut lady fingers ada 2 paket dalam petisejuk hehe..tak terbuat apa pun..

    BalasPadam
  10. dah test kak yatie...bgtau yer hasilnya...

    BalasPadam
  11. Ada tak agaknya org nak makan kat rumah okje tu CH....kang buat tak de sapa yg cuit, membazir pulak. Bolehlah buat bawak ke sekolah Kak Nabila yek

    BalasPadam
  12. hahaha nampak tak CT cari entry makanan aje ni =P
    share lagi kak.. share share.. sukaaa
    Siti Yang Menaip

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)