Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 17 Februari 2015

PETUA HALAU ANAI-ANAI DARI RUMAH

Assalamualaikum kekawan... :)
Semoga hari ini kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dilindungi Ilahi...
Semalam kawan post di FB petua ini.. jadi dikongsikan di blog kecik ini.. semoga memberi manfaat pada semua :)



PETUA HALAU ANAI-ANAI DARI RUMAH

Boleh cuba mana-mana cara berikut :
1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.
2. Air Kapur sirih
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.
3. Air Cucian Beras
Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.
4. Minyak Tanah
Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
5. Tembakau
Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.

7 ulasan:

  1. Ohh cuma guna bahan yang ada dirumah saja.klu tak byk bolelah rawat cara ni

    BalasPadam
  2. Terima kasih yatie. Sekarang ini masih ada terdapat anai anai kat rumah kakzai. Guna khidmat pest control pun macam tak berkesan.

    BalasPadam
  3. Baru tau, CH. Mudah aje sebenarnya ya nak halau anai-anai dari rumah ni. Setakat ni takda pulak nampak anai-anai, nanti kalau balik kampung nak tengok rumah mak yang dah lama kena tinggal tu. Bolehlah praktikkan petua ni!

    BalasPadam
  4. Saya dah buat macam2 untuk halau anai2 termasuk gunakan racun khas utk anai2, tapi anai2 tetap banyak, habis almari, katil, pintu dan lain2 dikerjakannya. Kadang2 saya terpikir nak buat rumah dari besi baru anai2 tak datang kot!!

    BalasPadam
  5. Terima kasih yatie..sudi kongsi ilmu

    BalasPadam
  6. nice sharing..kes rumah saya dulu..en.suami beli online tiub pembunuh anai-anai

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)