JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 28 Februari 2015

RESEPI NASI TOMATO

Assalamualikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberi kesihatan yg baik hendaknya...
Selamat berhujung minggu kekawan.. apa nak masak hari ini.. jom kita cuba masak Nasi Tomato pulak nak.. ehe ini apa lagi hasil sekodeng di FB lah.. apa lagi tempek dulu di blog kecik saya ni dulu .. nanti senang2 kita cuba ye :)




Nasi Tomato I
Bahan-bahan:
1. 3 cawan beras - saya gunakan beras biasa je
2. 2 sudu besar mentega
3. 1 sudu besar minyak sapi
4. 1 biji bawang besar - dihiris
5. 1 batang kayu manis
6. 1 bunga lawang
7. 2 buah pelaga
8. 3 bunga cengkih
9. 4 cawan air
10. 6 sudu besar sos tomato
11. 3 sudu teh garam
Cara Memasak:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Di dalam kuali, panaskan mentega dan minyak sapi sehingga cair. Kemudian masukkan bawang besar, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Kacau seketika dan tutup api.
3. Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Tambahkan bahan yang digoreng tadi.
4. Kemudian masukkan air, sos tomato dan garam. Gaul sehingga sos rata dan masak nasi seperti biasa.
Nasi Tomato II
Bahan-Bahan :
1. Beras Basmathi 1/2 Kg
2. Minyak sapi 2 sudu
3. Bawang besar 2 biji
4. Bawang putih 2 biji
5. Kayu manis & rempah tumis
6. Daun pandan
7. Tomato 2 biji
8. Tomato puri 2 sudu
9. Serbuk perasa
10. Susu cair 1/4 tin (100 ml)
Cara memasak :
1. Hiris bawang besar & bawang putih. Tumiskan dengan minyak sapi.
2. Masukkan kayu manis & rempah tumis hingga naik bau.Tambah sedikit minyak masak jika perlu.
3. Masukkan tomato yg sudah diblender & tomato puri. Tambah garam & rasa
4. Basuh beras basmathi. Sukatan air dan beras ialah 1:1 (tidak termasuk minyak & susu cair)
5. Masukkan bahan yg telah ditumis kedalam periuk nasi.
6. Tambahkan susu cair kira-kira 1 suku tin (100ml), serbuk perasa (kuib ayam),
7. garam secukup rasa (gula sedikit jika mahu). Daun pandan untuk aroma.
8. Apabila nasi telah tanak, masukkan kacang pis dalam tin dah gaulkan. Boleh jugak ditabur pada nasi yg sedia dihidang.
Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Selamat Mencuba

5 ulasan:

  1. assalam yatie, yalah kumpul dulu resepi nanti senang boleh rujuk kan..

    BalasPadam
  2. suka juga nasi tomato ni..pernah masak tapi terlembik sikit..hehe..tapi untuk makan sendiri ok jek..
    dulu ada akak berniaga nasi tomato..memang sedap..tapi dah lama dia pindah

    BalasPadam
  3. ialah yatie dh lama tak makan /masak nasi tomato ni...teringin pulak bila baca resepi yang yatie share ni.

    BalasPadam
  4. Kak zai pun c/p dulu ya nanti bila senang boleh cuba. Terima kasih yatie sudi kongsi.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)