JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 2 Februari 2015

RUTIN MAMA SETIAP MINGGU BERSAMA KAKAK NABILAH ^___^

Assalamulaikum kekawan semua :)
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya ^__^



Menjadi rutin mingguan saya utk menjemput dan menghantar balik ke asrama.. Kak Nabilah meneruskan pengajiannya di Madrasah Hidayahtul  Mutaqqin Lilbanat di Seksyen 13 Shah Alam, madrasah itu adalah permintaan kak nabilah.. Dia kata nak yg dekat dengan Shah Alam jer baru kakak nak pergi pergi mengaji hafazan ni.. Pada mulanya dia minta berulang alik ajer tak mahu tinggal di asrama.. puas saya memujuknya.. saya kata" tak sempat nak hantar akak sebelum 7.30am smpi ke madrasah kakak tu.. mama kena hantar Nabil dan Najeeha sekolah lagi.." Setelah dibuat perjanjian saya bersetuju utk mengambilnya setiap petang jumaat utk balik kerumah. Dipetang Ahad saya kenan menghantarnya semula ke asrama , Alhamdulillah sekolahnya dekat Shah Alam sahaja :)

Pada mulanya, kak nabilah ni homesick jugak, bila dia telefon menangis ajer.. lama-lama baru ok sikit itu pun mama kena telefon dia setiap petang.. aduhai kakak... manjanya yg tak boleh berpisah dengan keluarga.. Abahnya kata "tak apa awak sabar jer dulu, lama-lama nanti dia ok lah tu, ajar sikit dia berdikari" Kita ni hati ibu cepat sangat cair dengan tangisan anak ni :(


Disamping perjanjian mengambil ambil Nabilah tiap Jumaat, ditambah lagi perjanjian yg tak perlu mencuci kain baju, saya suruh kakak nabilah packing dalam beg plastik baju yg kotor dan nanti akan mama basuh dirumah.. pada hal diasramnya guna mesin basuh jugak tapi kak nabilah mengadukan kata kena basuh seminggu sekali dan ada hari yg kakak kena basuh.. kadang bila smpi turn kakak malam baru kakak boleh guna.. maknanya berebutlah nak mengguna mesin basuh tu :)


Hari ahad nak hantar tu, tanya kakak nak bawa bekal nasi tak, kak nabilah request nak buat apam goreng dan sambal sardin.. apam ni pun dia yg buat.. saya cuma masakan sambal sardin ni ajer.. Sebelum tu sempat jugak dia makan dirumah bila tengok ada lauk kegemarannya, udang goreng dengan kentang berlado.. banyak juga dia makan tu.. jadi tanya kak nabilah.. bila pulak nak makan apam goreng ni.. Malam nanti mama bila infiradi.. 


Masa nak menghantar kak nabilah balik ke asrama , adik ipar saya datang rumah, esok dia nak pergi German selama tiga minggu atas urusan kerja, dia datang nak jumpa kakak nabilah sebab dah lama tak jumpa kak nabilah.. sempat lagi dia berelfie berempat beranak tu :)



Jadual harian hafizah yg kakak Nabilah perlu patuhi... padat juga bila tengok jadual harian mereka ni.. Alhamdulillah.. dah hampir sebulan disana kakak Nabilah dah mula serasi..
Mama hanya mampu berdoa sahaja, kakak lah perlu berusaha utk mencapai matlamatnya..
"Ya Allah permudahkanlah anak ku ini dalam mempelajari Kalam Mu yg indah ini, jadikan anak ku ini anak yang solehah, yang mentaati perintah Mu.. untuk kehidupannya diakhirat nanti ya Allah..  jadikan Al Quran itu sentiasa dihatinya Ya Allah..tiada daya dan upaya ku melainkan dengan pertolongan Mu ya Allah..."
Aamiin Ya Rabbal Alamin



17 ulasan:

  1. Saya doakan kakak Nabilah akan menjadi hafizah yang berjaya..Insya Allah..
    Jadualnya itu mmg padat..tapi alah bisa tegal biasa :)
    Anak saya bersekolah di ASIQS di seksyen 8 tu...
    Program IGSCE & tahfiz juga..tapi ulang alik rumah :)
    Baru masuk, umur 7 tahun

    BalasPadam
  2. alhamdulillah sejuk baca n3 ni...
    In shaa Allah. bila kita merangkak kpd Allah. Allah berjalan kpd kita, klu kita berjalan kpd Allah. Allah berlari kpd kita.
    Dah betul dh jln yg yati pilih ni. beruntung anak2 dpt parents yg fhm agama.

    BalasPadam
  3. Mula2 masuk asrama macam tu la.dah lama2 dah serasi pasti OK. Semoga kak nabilah menjadi anak solehah n hafizah yg berjaya.

    BalasPadam
  4. Mula2 masuk asrama macam tu la.dah lama2 dah serasi pasti OK. Semoga kak nabilah menjadi anak solehah n hafizah yg berjaya.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...semoga kak nabilah menjadi hafizah yang berjaya dan menjadi anak yang solehah.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah saya tumpang gembira dengan kakak nabila dan family kak yati,, semoga kami juga dapat peluang sepertinya insha Allah,, doa saya semoga kak nabila sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat darinya, di permudahkan urusan hariannya,,aminn.. sejuk perut ibu kak nabila tu,,

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. Seronok baca. Semoga urusan kakak nabila untuk menjadi hafizah dipermudahkan olehNYA.

    BalasPadam
  8. Bangga dengan kakak Nabilah, semuga dipermudahkan dan menjadi hafizah berjaya.

    BalasPadam
  9. Saya pun teringin nak hantar anak sekolah tahfiz...

    BalasPadam
  10. Amin amin amin...
    Insya Allah kak.... ada bekal anak solehah bila di sana nanti :)

    BalasPadam
  11. alhamdulillah...sejuk mata memandang..lama2 nanti biasa la tu kan...

    BalasPadam
  12. Semoga Allah permudahkan segalanya... bukan mudah menjadi hafiz/hafizah, tapi berkat kesabaran dan kekuatan mental pasti dia berjaya, insyalllah......

    BalasPadam
  13. sejuk tengok nabilah yang rasa nya kita pun tak mampu nak lakukan subanallah

    BalasPadam
  14. Semoga berjaya dunia akhirat. doakan anak2 sy juga k yati...

    BalasPadam
  15. Semoga kakak Nabilah berjaya di dunia dan akhirat.Alhamdulillah, bukan mudah nak tempuhinya.. Ros doakan yang terbaik buat kakak Nabilah

    BalasPadam
  16. Tahniah Kak Nabilah...... tambah sorang lagi bakal hafizah .... alhamdulilah...
    Betul kata DZ tu, alah bisa tegal biasa...Moga berjaya ye kakak!

    BalasPadam
  17. Alah bisa, tegal biasa. Insya Allah, Nabilah berjaya mengatasi segala apa cabaran yang ada untuk menjadi seorang hafizah. Mula-mula memang begitu sebelum dapat membiasakan diri. Kita mak-mak ni memang emosi sikit bila mendengar rintihan anak-anak.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)