JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 29 Mei 2018

RESEPI MEE SUP AYAM... emm dapnya..😊😏

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik untuk kita menjalani ibadah puasa.. 

Diam tak diam dah 13 ramadhan.. bermakna lagi 2 hari dah setengah bulan kita berpuasa.. cepat sungguh masa berlalukan..

Masak apa utk iftar petang ni.. saya masak mee sup ayam ni iftar minggu lepas.. mee tu beli kat kawan ofis.. mak dia buat homemade.. sedap sangat tak ada bahan pengawet.. walaupun dah seminggu dalam peti ais tapi masih elok dan tak putus2.. dia pesan simpan kat frozen tau.. lepas ni nak buat mee kari udang galah pulak..πŸ˜ƒ

Jom intai resepi saya yg mudah ini.. setengah jam siap πŸ˜‰

RESEPI MEE SUP AYAM
Bahannya :-
* 1/2 ekor ayam dipotong kecil
* 1 bunjut rempah sup
* rempah 4 sekawan - 3 biji pelaga,1 biji bunga lawang, 2 biji cengkih dan kayu manis
* 3 biji bawang merah
* 4 biji bawang putih
* 1 1/2 inci halia.

Caranya :-
1. Bahan bawang dan halia ditumbuk kemudian tumis bersama dgn rempah 4 sekawan tu. Tumis sehinga wangi..
2. Kemudian masukan ayam kacau sebentar dan masukan air.
3. Kemudian masukkan sup bunjut.. reneh sehingga ayam masak. Kemudian perasakan garam.

Bahan lain :-
* 1 bungkus mee kuning - celur sebentar
* 1 ikat daun sawi - dicelur
* Taugeh - dicelur
* Daun sup dan daun bawang
* Sambal kicap cili api
Siap dihidangkan..
Selamat mencuba😎

Rabu, 23 Mei 2018

TIPS BERPUASA AGAR TIDAK MUDAH HAUSπŸ˜‰

TIPS BERPUASA AGAR TIDAK MUDAH HAUS.

Terkadang kita merasakan haus di kerongkong ketika berpuasa. Padahal semasa bersahur kita tlh minum bergelen air.

Seakan air yg kita minum itu tidak memberi sama sekali. Tetap juga rasanya haus. Iya kan?

Ternyata rasa haus ketika berpuasa bukan kerana kita tak minum air, bahkan kita sudah minum banyak air sampai perut naik kembung.

Tapi kenapa masih rasa haus lagi?

Jawabnya, ia disebabkan oleh minyak yang melekat di dinding kerongkong yang berasal dari makanan ketika kita sahur.

Minyak tersebutlah yang membuat kerongkong terasa haus ketika berpuasa.

Tipsnya adalah dengan minum segelas air kosong hangat sebagai penutup sahur. Apa pun menu makanan dan minuman kita ketika sahur, akhirilah sahur kita dengan minum segelas air kosong hangat.

Air kosong hangat dapat mengeluarkan minyak yang menempel di dinding kerongkong.
Sisa-sisa minyak itulah yang dapat memicu rasa haus ketika berpuasa walaupun sudah bergelas-gelas minum di waktu sahur.

Jadi jika kita minum air manis spt kopi, teh, milo dsbnya, tutupilah sahur kita dengan air kosong hangat.

Setelah minum air kosong hangat jangan makan lagi, kerana fungsi minum air kosong hangat tadi adalah untuk membersihkan kerongkong dari minyak makanan ketika bersahur.

Rasakan bezanya...

Seharian penuh berpuasa, kerongkong kita akan terasa lega dan tak terasa haus sama sekali. In syaa Allah...

# copy & paste.

Wallahu a'lam...

Selasa, 15 Mei 2018

Cara Solat Tarawih Sendirian Untuk Kaum Ibu/WanitaπŸ‘ͺπŸ‘­

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.

Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga impian saya untuk membukukan "Cara Solat Tarawih Sendirian Untuk Kaum Ibu/Wanita untuk saya jadikan cenderahati semasa mengadakan majlis tahlil arwah dan doa kesyukuran untuk menyambut ramadan.

Pageview untuk mencari solat tarawih sendiri dirumah membuatkan blog saya naik melonjak hingga 8 ribu sehari.

Jadi saya bukukan supaya senang untuk menjadi panduan buat kaum ibu/wanita.

Oleh kerana buku ini terhad.. jadi saya ingin hadiahkan kepada kawan alamaya saya yang selalu datang meninggalkan komen disini.

Mohon nama-nama dibawah mengemailkan alamatnya .. untuk saya poskan.
1. Hainom okje
2. Saniah Ibrahim
3. Umialya (UA)
4. Mummydiarie 
5. Norhidana Miswan
6. Mamatisya
7. Mar Mansur
8. Norazimah
9. Yana Yani
10.Aryan Azra

Lepas tolong komen dibawah. Kata saya dah email alamat. 😊



Ada baki lagi 10 untuk pembaca blog saya. Siapa yg cepat komen dapatlah ye. Emailkan alamat di cahaya2569@gmail.com
Tolong komen dibawah dan tulis saya nak dan telah email alamat. 

Terima kasih pd yg sudi hendak cenderahati saya tak seberapa ni.

Saya sedeqah pahala jariah ini buat arwah abah dan arwah mak yg dikasihi. 
Ya Allah.. Rahmati lah roh mak & abah..
Maafi lah mereka
Ampunilah mereka
Gantilah syurga sebagai tempat tinggal mereka berdua.
Aamiin ya Rabbalalamin.
Al fatihah.

Saya ucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadan al mubarak. Bulan penuh barakah untuk kita semua beribadah . Rebutlah peluang ini dengan sebaiknya.

P/s saya juga mengizinkan kekawan utk membuat salinan  (photocopy)utk diberikan kepada kekawan yg lain. Ini kerana buku ini amat terhad. 

Rabu, 2 Mei 2018

JOM SEMAK TEMPAT MENGUNDI πŸ˜‰πŸ˜

Sistem SPR yang terbaru telah diupdate. Siap ada nama-nama calon bagi setiap DUN dan Parlimen. Boleh tau sapa yg bertanding kat kawasan kita...

Sila check:

https://pengundi.spr.gov.my/

Kekawan dah semak ke.. saya teruja menyemaknya bila kata dah update nama calonnya itu..
Memula keluar adalah maklumat peribadi..

Kemudian tempat kita nak mengundi.. sinilah tempat saya mengundi dari tahun 1990..  dah hampir 7 kali saya mengundi .. 

Skrol kebawah keluarlah calon bertanding bagi Parlimen kita.

Akhir sekali calon bertanding bagi DUN kita pulak...

Tunggulah 9hb Mei siapa yg akan di ❎πŸ˜‰

Tahun ini tiadalah balik mengundi ada arwah emak dan arwah abah.. last sekali PRU13 buat mereka 😒
Saya ada mengabdikan keluar mengundi bersama arwah mak ..