JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 31 Disember 2016

SET GOAL 2017... πŸ˜ŠπŸ˜†

Assalamualaikum kekawan..
Walaupun dah malam.. hendak jua melakar entri dipenghujung tahun ini.. detik 12 mlm ini akan melangkah masuk lah kita ke tahun 2017..
Apa yg ingin saya kongsikan adalah perkongsian dari ex CEO saya yg berkhidmat dari 2010 smpi Februari 2015 yg kami panggil en Izam.. dan beliau seorang yg rapat dgn staff.. tak hairan beliau begitu mengenali setiap staffnya.. sifatnya yg ramah dan sentiasa memberi motivasi utk setiap kakitangannya.. walaupun beliau telah berhenti berkhidmat tetapi beliau masih lagi menghubungi stafnya dgn WhatsApp..
Dibawah adalah perkongsian beliau utk menempoh tahun 2017 namun tidak lupa tahun 2016 yg ditinggalkan..
Semoga ianya juga akan memberi manfaat utk kekawan..
Terima kasih Encik Izam...😊
Kongsi je...

Di sini saya ingin berkongsi sebahagian daripada apa yang saya lakukan setiap akhir tahun / awal tahun untuk mengorak langkah seterusnya.  Ini saya lakukan untuk diri dan organisasi. Anda boleh gunakan untuk diri dan keluarga juga.

Muhasabah diri dan rancang dalam 6 bahagian utama:
a. Kerjaya atau tugas di tempat kerja;
b. Kesihatan diri;
c. Kewangan diri dan keluarga; d. Hubungan dengan orang lain (isteri/suami, anak, ibubapa dll yang penting dalam kehidupan);
e. Hubungan dengan Allah (contoh: solat, ilmu agama yang telah kita pelajari/amalkan/istiqomahkan, mengaji Quran dll);
f.  diri sendiri (contoh: pengurusan masa, kesabaran diri, tabiat yang boleh dibaiki, dll).

Dan pada bulan ini adalah bulan terbaik untuk anda/kita review 2016 dan rancang apa yang kita hendak untuk 2017.

Di bawah ini adalah soalan - soalan asas saya tanya diri sebelum saya buat perancangan diri/organisasi.

Semua soalan di bawah, saya jawab dari kaca mata saya.

1. Apakah 10 kejayaan saya untuk tahun 2016?

2. Apakah 10 kegagalan saya untuk 2016?

3. Apakah 3 pengajaran yang saya boleh belajar dari 2016 daripada tindakan saya?

4. Apakah 1 tindakan saya yang paling bijak yang memberi impak besar dalam 2016?

5. Apakah risiko terbesar yang saya ambil pada 2016?

6. Apakah satu perkara jika saya boleh kembali ke masa itu dalam 2016, saya akan membuat tindakan yang berbeza?

7. Apakah yang boleh merumuskan berkenaan pencapaian diri pada tahun 2016?

Kemudian saya review jawapan saya dan saya cari apa yang saya boleh pelajari tentang diri dan buat nota sebagai 'kata kata ingatan' untuk 2017. Lepas tu saya jawab 4 soalan lagi.

8. Apa yang saya boleh 'start' buat untuk 2017?

9. Apa yang saya boleh 'stop' buat untuk 2017?

10. Apa yang saya boleh 'do more' untuk 2017?

11. Apa yang saya boleh 'do less' untuk 2017?

Setelah saya jawab semua soalan di atas, saya akan review semula dan muhasabah diri untuk mencari 'pattern' dan 'trend'. Saya cari surah atau sirah yang boleh dijadikan panduan.  Doa pada Allah untuk memberi petunjuk. Niat membaiki diri untuk merapatkan diri kepada Allah dan jika untuk organisasi, untuk ummah. Lepas tu baru saya set goal diri 2017.

Semoga anda capai apa yang anda hajatkan dan usahakan. Ameen.

Jumaat, 30 Disember 2016

Part 2 :: JOM NAIK BURUNG UNTAπŸ˜†πŸ˜„πŸ˜€ ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..


Part ini yg ditunggu sangat oleh Nabil, iaitu menaiki burung unta, sebelum naik burung unta ni kena tutup dulu matanya, nanti dia lari laju dan susah nak kawal hahaha.. 3 kali pusingan dibawa menaiki burung unta.. nabil tergelak-gelak je menaikinya.. melompat-lompat mama katanya..

Selepas tu kak Nabilah pula nak mencuba, tengok Nabil elok jer tergelak-gelak diatas burung unta ni..

Najeeha ni masih cuak dan takut juga nak menaikinya.. pada hal dah tengok Nabil dan Kak Nabilah naik tergelak dan tersenyum riang hahahha.. sama macam mama juga .. ada sikit seram hahahha :D

Sebelum menaiki burung unta ni ada show burung unta tu.. tapi saya tak sempat nak ambil gambar.. apa taknya sambil tengok show tu makan aiskrim, mana nak mengambil gambar.. ada pertanding lumba lari dengan burung unta , suruh nabil masuk berlari sama tak nak pulak dia.. masa kami disitu ada satu group dari Singapore.. chinese kan.. dorang suka jer explore semua ni.. sakan dorang mencuba :D

Lepas tu mencuba memijak telur burung unta ni.. kemain besar lagi kan.. yang naik atas tu saya, encik suami dan Kak Nabilah jer , Nabil dan Najeeha pakai kasut jadi malas dia nak membuka kasut tu, jadi bergambar jer lah dengan telur burung tu jer :)


Selepas tu mereka paling suka tempat ni, memberi ikan koi makan dengan botol susu.. seronok tengok anak ikan tu berebut-rebut menyusu hahhaha

Banyak juga tempat yg budak-budak ni explore sendiri, saya dah tak larat nak berjalan, lupa pulak nak memberi handphone pada kak Nabilah untuk bergambar.. berbagai haiwan yg ada disini..


Saya duduk sambil menunggu satay burung unta ni.. nak juga merasa.. tak ingat pula berapa harganya secucuk, gambar pun saya tak sempat ambil.. ada juga burger burung unta dan boleh juga menikmati telur dadar burung unta tu..
Hampir setengahari juga kami disini.. seronok mereka dapat bermain dengan burung unta ni.. lepas ni tak adalah sibuk si Nabil untuk mengajak saya ke sini lagi :)
Pergilah kekawan jika ada kesempatan ke PD ni :)


Khamis, 29 Disember 2016

Part 1 :: Jom Melenjan ke Ostrich Port DicksonπŸ˜†πŸ˜„πŸ˜‰~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.
Nabilah jer yg sporting utk bergambar ditempat mula-mula masuk ni, yg dua orang tu
dah bekejar nak menengok binatang.. :)

Ini kali kedua kami datang sini.. kali pertama datang hari hujan jadi yg kaunter tu kata tak ada show kak kalau hari hujan.. Alhamdulillah kali ni datang cuaca amat baik sekali kemain suka Nabil sebab hajatnya tercapai nak explore dalam tu.. Budak-budak ni kan suka dengan haiwan..

Ini alamanya :-
Ostrich Farm Port Dickson
Lot 1419 Jalan Kemang 13,
Batu 9, Jalan Pantai,
73000 Port Dickson 
Negeri Sembilan

No telfeon :- 06-6627496


Bayaran masuk masih sama
Dewasa = RM15.00
Kanak-kanak = RM 8.00

Untuk bermain yg didalam kena bayar lain dan juga utk memberi haiwan ini makan.. 

Fee menaiki kuda

Dewasa – RM10
Kanak-kanak – RM5
Bergambar – RM3

Fee menaiki burung unta

Dewasa – RM15
Kanak-kanak – RM10
Bergambar – RM5



Mula-mula masuk tu dah terus menuju ke Burung Unta tu , dah beli makanannya siap-siap didepan tu.. leka lah memberi burung unta tu makan.. kena hati-hati juga takut dipatuknya kepala hahhaha :D

Lepas tu ada seekor diluar untuk kita bergambar dengan Burung Unta ni.. kemain jinak .. cantik tengok bulu matanya yg lentik.. kalah bulu mata che ta hahhaha.. mata pun kemain bulatnya :D

Ini bergambar dengan kuda jer Nabil ni.. tak bergerakpun.. kesian pulak tengok kuda poneey yg kecilkan kalau abahnya yg naik hahahhaa.. cukuplah tumpang bergambar diluar tu..

Lepas tu mereka bermain dengan Iguana ni.. saya geli dan takut.. tapi budak-budak ni suka jer bermain.. saya yg mengambil gambar ni jadi geli geman hahhaha..

Nanti sambung lagi ye :)

Rabu, 28 Disember 2016

WW :: JOM BAWA BEKAL πŸ˜†πŸ˜Š ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)






p/s  Memasak untuk anak2 dirumah sekali bawa utk bekal dipejabat.. jimat belanja mak hihihi.. tapi kena datang lambat dan balik lewat jugalah ye :)

Selasa, 27 Disember 2016

KENANGAN DI SEKOLAH RENDAH INTEGRASI AL HANNAπŸ˜†πŸ˜…

Salam petang yg ceria kekawan :)
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..
Terasa ingin update entri persekolahan akhir mereka di Sekolah Rendah Agama Integrasi Al Hanna.. selepas ini mereka dah tidak bersekolah di sini .. Ini masa hari ithtifal sekolah mereka.. saya tak sempat untuk menghadirinya.. Konon nak datang masa kakak Najeeha ada persembahan dan terima hadiah utk PSRA yg Mumtaz tu.. rupa-rupanya majlis habis cepat.. kalau ikut atur cara majlis persembahan dan penyampaian hadiah tu pukul 11am.. Jadi saya datang waktu tengok mereka dah berkemas-kemas dah huhuhuhu..
Jadi gambar ni saya ambil di wasap grup mereka ajer..

4 sekawan yg tidak dapat dipisahkan tetapi berpisah jua kerana tahun depan dah sekolah lain-lain..

Cikgu kesayang mereka.. cikgu pun nak sambung belajar.. jadi abadikan gambar bersama cikgu kesayangan..

Rupanya ramai cikgu yg hendak sambung belajar jadi yg tinggal 2 orang cikgu aje kata Najeeha..
Jadi sebab itu mereka pergi berjalan-jalan dengan cikgu di bukit cerakah tu.. Nabil bila kakak Najeeha tiada disitu dia pun dah tak nak bersekolah disitu.. 
Gambar beramai-ramai sebelum memulakan majlis ikhtifal itu.. adalah kenangan Nabil dan Najeeha disini..

InsyaAllah tahun depan Nabil bersekolah di Sekolah Rendah Agama Integrasi Dato Mufti Yusof Shahabuden..


Isnin, 26 Disember 2016

Percaya Tak Pesakit Yg Banyak Zikir Akan Segera Sembuh.. INI PENJELASANNYA

Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti dan beristirehat.. 




Sumber :Facebook

P/s saya tengah diuji dengan demam, selsema dan batuk.. dah 2 hari demam selsema mula lah sakit2 badan kan. Syafakillah.. semoga saya segera sembuh.

Ahad, 25 Disember 2016

RESEPI CUCUR SAYUR RANGUP

Assalamualaikum kekawan..
Dah sarapan ke pagi minggu ni..
Jom kita sarapan Cucur Sayur Rangup ni... πŸ˜†☺



CUCUR SAYUR RANGUP

Bahan A:

1 1/2 Cawan Tepung Gandum *
1 sudu kecil baiking powder *
1 sudu kecil garam atau terpulang citarasa anda *
1 sudu serbuk ikan bilis ..tak ada pun tak apa *
1 sudu besar minyak masak*
1 biji telor ayam *
Semua Bahan yang di tandakan * hendaklah digaul rata

Bahan B:

1 cawan sayur kobis bulat yang dihiris halus
1 cawan karet yang dihiris halus
1 cawan daun sop, daun bawang yg telah dipotong
1 biji bawang besar yg dihiris halus
1 biji cili hijau yg dihiris halus / tak mahu pun tak apa. @ saya suka cucur saya bewarna warni
Atau terpulang sayur yang menjadi pilihan anda.
2 cawan air JANGAN dihabiskan, bergantung pada tepung anda, bancuhan jangan terlalu pekat dan cair

Pilihan Lain
Ikan Bilis hendaklah digoreng dahulu baru dimasukkan kedalam adunan
ATAU
Udang Basah yg buang kulit dan dipotong kecil dan dimasukkan kedalam adunan

Cara:

Bahan B hendaklah dimasukkan kedalam adunan Bahan A
Gaul rata supaya menjadi sebati
kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yg cantik
masukkan Ikan Bilis atau pun Udang yang menjadi Pilihan anda
rasa tahap kesedapan anda
Rehatkan ADUNAN selama 10 hingga ke 15 minit
barulah digoreng

Sumber : Facebook

Sabtu, 24 Disember 2016

TANDA-TANDA TERJADI KEPALA AIR 😰

Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti dihujung minggu.. cuti lama kan kekawan.. 3 hari.. jadi ada yg merancang utk pergi bercuti dgn keluarga.. kalau boleh elakkan bercuti di sungai dan pantai.. kerana skrg musim tengkujuh.. takut terjadi kepala air dan ombak besarkan..
Tadi tengok kat Facebook ada tips utk mengetahui tanda awal utk terjadi kepala  air ni.. semoga bermanfaat..


KEPALA AIR..apa yang perlu
anda tahu :

1. jika mendung di kawasan tersebut,sila beredar,jangan tunggu hujan

2. sentiasa perhatikan keadaan air..jika nampak ada buih2 air hanyut sila beredar.

3. jika nampak daun2 masih hijau hanyut sila beredar.

4. nampak ranting2 hanyut sila beredar.

5. jika ada semua ni cuba dengar dengar teliti deruan air...biasa akan kedengaran air besar sedang lalu...tapi seeloknya tak perlu tunggu dan dengar....lari terus ke kwasn tinggi.

C/P
Sumber : Facebook

Jumaat, 23 Disember 2016

3H2M Kem Cuti Sekolah... Part Pengurusan Jenazah Paling Seram Kata Nabil πŸ˜†πŸ˜ŠπŸ˜’

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..


Pada hari Jumaat 16hb-18hb Disember 2016 Nabil menyertai Kem Cuti Sekolah di Maahad Tahfiz Haji Ishak Ribath Ai'nurrahmah yang mana adik saya menjadi Mudir disitu. Gembira sungguh nabil pada hari pertama pendaftaran tu.. gambar diatas bersama sepupunya, dua daripada tu anak adik saya Ustaz Azharudin tu dan seorang lagi anak adik saya Faizah yg Denny tu sebaya dengan Nabil. Tengok nabil lah yg paling kecil :)

Malam pertama tu dimulakan dengan progran bersama Daie Irfan.. kemain suka budak2 ni dapat berjumpa dengan daie Irfan ni.. baik mama kata Nabil.. masa program ada lah slot sayangi Ibubapa.. menangis tersedu-sedu anak2 ni.. Nabil kata dia nangis sikit ajer.. masa tu rindu sangat dengan mama.. patutlah bila saya datang menjenguk nya pada malam kedua tu beriya peluk saya dan cium saya.. adalah kata-kata Daie Irfan tu menyentuh hatinya itu.

Hari kedua pagi tu pula mereka memulakan program memanah, Nabil yg memang dah tahu memanah mudahlah dia memahami yang diterang oleh cikgu yang mengajar tu.. Dalam ramai-ramai tu Nabil yg selalu mengenai sasarannya kata adik saya .. pada hal dia dah lama tak memanah semenjak arwah mak saya sakit dan juga sibuk kakak Najeeha yg nak UPSR tu hari.. suruh pergi dengan abahnya tak pulak :D 

Petang itu pulak mereka belajar  mengenai Pengurusan Jenazah , dari memandikan, mengkafankan sehinggalah solat jenazah, bangga dengan adik Amar ni yg sukarela untuk menjadi jenazah pada hari tu.. Nabil kata Amar ni kelakar.. sambil jadi jenazah tu boleh pulak bercakap.. masa mandi jenazah tu Amar kata " wey korang, mandilah sebelum kita dimandikan.. cepat lah sejukkkk ni tak tahan ni"  budak gelak semua.. jadi tak takut nak menguruskannya.. 
Sampai masa nak mengkafan ni pun , Amar kata " Weyy.. panaslah kain kafan ni.. jadi tutuplah aurat kita dengan sempurna sebelum kita dikafankan" Ustaznya pun tergelak mendengarnya.. Bagus Amar masih lagi mengingati kekawannya itu..  bak kata adik saya kita tak merasa macam mana dikafankan .. orang yg dah merasa tahulah bagaimana keadaannya..
Masa menyolatkan jenazah ni terasa sebak mereka ini.. peringatan demi peringatan tentang kematian buat mereka dan juga jadikan ilmu utk kita praktik kan.. tu saya cakap dgn Nabil .. nanti kalau mama mati Nabil mandikan, kafankan dan solatkan mama ye.. bergenang airmatanya..

Malam kedua tu mereka ada buat persembahan dan penyampaian hadiah bagi hari kedua tu, kumpulan mana yg aktif dan bagus. Tapi semua kumpulan dapat hadiah.. bagus mudir ni bagi semangat pada mereka.. Nabil memenangi pemanah terbaik, Amar pula sebagai sukarelawan yg terbaik utk jadi jenazah, berbagai lagi hadiah mereka dapat, Nabil malam kedua tu tak nak tidur di Maahad tu nak ikut saya balik.. saya tidur dirumah mak saya tu.. jadi saya kata pada ustaz tu, pagi esok saya hantar semula ke kem tu.. dah rindu pulak nak tidur dengan mama tu.. ye lah pagi tu dah bangun pukul 4 pagi utk program qiamulail.. penat lah tu..

Hari ketiga tu, program pagi adalah berjoging ke tasik biru di Kg Sri Kundang tu, Nabil tak ikut sebab dia balik ikut saya malam tu kan... dia pergi semula ke kem tu ikut adik saya pukul 10pagi.. kata adik saya berbagai kerenah budak2 ni.. lepas joging tu mereka ada buat permainan kampung.. masa main baling seliper tu adalah budak bandar pergi sambut seliper.. jadi matilah kan jika ikut peraturan permainan itu.. yang mana budak kampung yang dah biasa main duk menjerit.. laaaaa mengapa ko sambut weyyy dah mati.. hahahhaa cikgu pun tak memberitahu .. ingat semua orang tahu main.. 
Selepas tu diteruskan dengan ujian utk Smart Solat tu.. slot smart solat tu dah bermula dari hari pertama lagi.. mereka diajar dari mengambil wuduk, bacaan dalam solat, pratikal solat , jadi di hari akhir tu mereka ada sedikit ujian, Alhamdulillah Nabil keputusannya baik .. kata ustaz kena jadi amat baik lepas ni ye Nabil. Sebelum penyampai sijil tu Haris, Nabil dan Aiman diminta utk membaca surah lazim secara hafazan, kemudian baru  penyampaian sijil penyertaan diberikan kepada para peserta. Dikala MC mengatakan semua dah nak balik ke.. ramai yg menjawab tak nakkkk.. bestlah kem ni hahaha.. 
Alhamdulillah kem pertama kali yg dianjurkan berjaya.. 

Selepas solat zohor tengahari tu baru lah mereka makan.. seronok pulak makan dalam dulang ni kan.. kakak Nabilah dah biasalah makan dimadrasah.. kami yg mak sedaranya yg teruja makan didulang hihihi.. Nabil siap kata, nanti mama beli dulang macam ni ye kat rumah.. pastu disokong oleh Najeeha.. elok tu mama .. tak banyak nak basuh pinggan hehehe..



Kepada para ibubapa yg mencari Maahad Tahfiz untuk anak2 mereka boleh menghubungi nombor telefon Ustaz Azharudin 0132719176 atau Ustaz Wildan 0187864489 ini pengambilan pertama. 

Khamis, 22 Disember 2016

SUAMI YANG MENCIUM BAU SYURGA..😊😍

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..





*SUAMI YANG MENCIUM BAU SURGA*

*"Saya Terima NikahNya...Binti...Dengan Mas Kawin...Dibayar Tunai."*

Singkat,Padat & Jelas.

Tapi Tahukan Makna *“Perjanjian atau Ikrar”* Tersebut???
Itu Tersurat.
Tetapi...
Apa Pula Yang Tersirat???

Yang Tersirat Ialah...

ErtiNya :

*”Maka Aku Tanggung Dosa²Nya Si Dia (Perempuan Yang Ia Jadikan Isteri) Dari Ayah & IbuNya.*
*Dosa Apa Sahaja Yang Telah Dia Lakukan.*
*Dari Tidak Menutup Aurat Hingga Ia Meninggalkan Solat.*
*Semua Yang Berhubungan Dengan Si Dia (Perempuan Yang Ia Jadikan Istri).*
*Aku Tanggung & Bukan Lagi Orang TuaNya Yang Menanggung.*
*Serta Akan Aku Tanggung Semua Dosa² Calon Anak²Ku juga Secara Sedar...*
*SekiraNya Aku Gagal & Aku Lepas Tangan Dalam Menunaikan Tanggungjawab...*
*Maka...*
*Aku Fasik & Aku Tahu Bahawa Nerakalah TempatKu...*
*Kerana...*
*AkhirNya Isteri & Anak²Ku Yang Akan Menarik Aku Masuk Kedalam Neraka Jahanam & Malaikat Malik Akan Melibas Aku Hingga Pecah Hancur BadanKu.*
*Akad Nikah ini...*
*Bukan Sahaja Perjanjian Aku Dengan Si Istri & Si Ibu-bapa Isteri...*
*Tetapi...*
*Ini Adalah Perjanjian Terus Kepada ALLAH SWT.*
*Jika Aku GAGAL (Si Suami)???*
*Maka...*
*Aku Adalah Suami Yang Fasik,Ingkar & Aku Rela Masuk Neraka.*
*Aku Rela Malaikat MenyiksaKu Hingga Hancur TubuhKu”.*

(HR.Muslim)

Duhai Para Isteri...
Begitu BeratNya Pengorbanan SuamiMu TerhadapMu.

Kerana Saat Ijab Terucap...
*Arsy Allah SWT* Bergoncang Kerana BeratNya Perjanjian Yang Dibuat OlehNya Didepan *ALLAH SWT* Dengan Disaksikan Oleh Para Malaikat & Manusia.
Maka...
Andai Sahaja Engkau Menghisap Darah & Nanah Dari Hidung SuamiMu...
Maka...
Itu pun...
Belum Cukup Untuk Menebus Semua Pengorbanan SuamiMu TerhadapMu.

Semoga...
Ini Untuk Pengalaman Yang Sudah Bernikah Mau pun...
Yang Belum.

Subhan Alloh...

BeratNya Beban Yang Ditanggung Oleh Suami.
Bukankah Untuk Meringankan TanggungjawabNya Itu Bererti :
Seorang Isteri Harus Patuh Kepada Suami Dalam Menjalankan Perintah ALLAH SWT & Menjauhi LaranganNya???
Juga...
Mendidik Putera-puteri Kita Nanti...
Agar Mengerti Tentang Agama & Tanggungjawab.

Semoga Kita Semua Menjadi Orang² Tua Yang Dapat Memberikan Yang Terbaik Untuk Anak² Kita Kelak...
Dengan Agama & Cinta Kasih Sehingga Tercipta Keluarga Kecil Yang Sakinah,Mawaddah & Warahmah

Sumber : WhatsApp

Rabu, 21 Disember 2016

WW :: HAPPY 15TH ANNIVERSARY πŸ’–πŸ’•πŸ’πŸ’‹ ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..







Sumber : Google


Selasa, 20 Disember 2016

MINUM LEPAS PERIOD..

Salam petang yang ceria kekawan :)
Kita perempuan ni perlu jaga bahagian dalaman ni kan.. dengan minuman herba ni dapat menyihatkan tubuh badan kita juga kan..

Sumber : Facebook


MINUMAN SELEPAS PERIOD

BAHAN2

halia ( anggaran besar ibu jari )
kunyit ( anggaran besar ibu jari )
serai ( dua batang )
daun pandan (2 helai )
gula batu atau madu ( ikut tekak )
air 3 cawan

tambahan jika perlu :::

:::: sireh ( 2 helai ) jika anda mengalami masalah keputihan

::::: manjakani ( 1biji ) utk merapatkan bahagian bawah : tidak sesuai utk anak dara

===============

basuh bahan dan rebus semua bahan
3 cawan air hingga jd 1 cawan air
tak perlu di potong / di hiris ( kalau nak hiris pun terpulang )

selepas air dah kering menjadi 1 cawan tutup api minum ketika suam ( tak perlu di blend )

kelebihan minuman ni
♥😍membersihkan rahim selepas period
♥😍mengeluarkan angin
♥ anti kanser
♥ memecahkan lemak2
♥ mengurangkan masalah bau badan
♥ kalau ada masalah kemaluan berbau pun elok minum ni

☆☆πŸ‘‰πŸΌminum sebulan sekali selepas period saja

# boleh di minum oleh anak dara . mak dara
ibu nyusu ( ikut kesesuaian bayi )

tidak sesuai utk IBU MENGANDUNG
===
SEDAP KE ?? rasa apa ?
Tak rasa apa2 malah air ni wangi ( sbb sesuai utk bau badan )  ada gula batu di jamin tak pahit tp halia jgn lebih2 nanti rasa pedas lak

jika anda tambah manjakani SUMPAH PAHIT GILA kalau tak tambah ok je

-------
boleh amalkan if period tak teratur  .tapi SEBULAN SEKALI SAJA uolss jgn nak buat bnyk kali ye dlm sbulan.  minuman ni mmang utk sebulan sekali saja.. Sebab penggunaan manjakani, sireh  , kunyit yg berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid. Dlm erti kata lain cepat monopous. Umur 40an da monopous. Xnak yeeee ,, petua ni elok utk badan..tp kalau lbehan efek bdan lak.sama mcm ubat

======

pendapat peribadi saya

dah 3bulan amal minum ni memang badan rasa ringan , sendawa besar . bau badan pun berkurang . rasa sihat je

Saya memang suka amal benda mcm ni lbeh percaya cara lama dri ubat2 kalau libatkan dalaman..tapi sekarang mudah saya amalkan COKLAT LOVE HABIBI je semua manafaat ada dalam 1 COKLAT

selamat beramal !
share kalau suka !

#LizaStokisJSDBentong

Isnin, 19 Disember 2016

PASTA SPIRAL GORENG SOS SARDIN... emmm dapnya..πŸ˜†☺

Assalamualaikum kekawan..

Salam petang yg ceria :)
Sibuk sikit ye lah dah lama bercuti.. kerja pun menunggu lah kan :)

Masak pasta spiral goreng ni dah lama hihihi.. tapi tak menyempat nak update entri.. tu guna homemade sardin yg saya buat di sini tu homemade sardin sedap..
Sebelum tu saya dah buat spaghetti sardin juga.. resepinya di sini juga.. spaghetti sardin emmm dapnyaaaa :)
Anak-anak saya suka betul spaghetti dan pasta ni.. tekak budak2 sekarang kan.. ini pun kakak nabilah juga yang minta.. saya pun join sama.. memang sedap lah weyyy.. bertambah makan hahhaa.. tapi bagi orang yg suka sardin lah kan..


Resepi saya cukup mudah kekawan.. sebab saya ni suka yg cepat dimasak sedap dimakan.. jom intai resepi saya ni ye :)

RESEPI PASTA SPIRAL GORENG SOS SARDIN
Bahanya :-
- 1/2 peket pasta spiral
- 1 tin kecil sardin (saya guna yg homemade)
- 1 tin sos pasta original adabi
- 1 batang karot di sagat
- 1biji tomato potong dadu
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar potong dadu
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 1 sudu teh serbuk oregano
-garam secukup rasa

Caranya :-
1. Rebus pasta spiral sehingga lembut, tos kan, ketepikan.
2. Tumiskan bawang putih bersama minyak zaitun, kemudian masukan sardin yg telah di hancur-hancurkan, masukan pula sos pasta adabi.
3. Kemudian masukan bawang besar, karot dan tomato yang didadukan tadi. Bila karot dah lembut dan mesra perasakan garam.
4. Kemudian baru masukan spiral yg direbus tadi. Kacau mesra kemudian taburkan serbuk oregano. 
5. Apabila semua bahan telah mesra dan garam secukup rasa boleh lah ditutup apinya. Kemudian letak dalam mangkuk tabur kan daun bawang dan sup utk hiasan.

Ini bekas tupperware kakak nabilah untuk dibawa ke madrasah. Masak ni masa pagi isnin tu.. jadi boleh lah dia membawa bekal.. selalu masukkan dalam bekas besar boleh makan bersama-sama kekawannya dimadrasah.
Bila masak ni teringat nabil.. masa tu dia dikampung .. bercuti sekolah disana.. kakak nabilah baru mula cuti hari ini.. esok nak masak utk mereka lah.. sebab nabil selalu kata.. dia selalu share pasta goreng mama ni dgn cikgu.. cikgu kata kalau mama nabil masak cikgu makan sebab sedap hahahha.. cikgu sebenarnya tak makan sangat pasta goreng ni.. iyo lah nabil tu.. nak jek mama dia suruh masak lagi :D