Masa majlis hari lahir november di kuang tempohari .. menu utamanya ialah mee kari... mee kari yang kak ngah masak ni memang power... air tangan kak ngah dah macam air tangan masakan emak pulak... ialah kak ngah anak perempuan sulung dalam keluarga.. sejak umur 10 tahun emak dah ajar memasak.. adik-adik pulak dah berderet.. kak ngah memang cekap memasak dan yang paling best sedap pula.. sebab tu abg ngah sayang sungguh dengan kak ngah :D
Tekun betul en suami saya makan hahhaha :D |
Ni mangkuk encik suami saya... sungguh sarat dengan bahan-bahannya dan mangkuk penuh tu... |
Hidangan di atas meja... dalam periuk ada lagi tu.. apa kak ngah cakap utk korang tapau gak :P... best terbaik kak ngah.. |
RESEPI MEE KARI POWER
Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - dicelur
1 paket fish ball
4 biji tauhu pok
4 biji telur - direbus & dibelah
2
3 biji cili merah - dihiris
3 biji limau nipis - dibelah 2
Untuk kuah:
5
camca besar minyak
4 camca besar rempah kari daging
400gm daging- dipotong kecil
300gm tulang rawan-direbus
300gm udang
1/2 kg-500gm santan pekat
1 1/2 cawan -agak-agaklah nak pekat
2 biji ubi keledek – direbus lepas
dilenyek hancur
2 keping asam gelugor
garam secukupnya
Bahan-bahan tumisan
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1-2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar,
3 biji bawang putih dan
2 biji bawang merah di hiris halus.
Bahan-bahan kisar:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering - direbus
1 labu bawang besar
Cara-cara
1. Panaskan minyak.
2. Masukkan bahan-bahan
penumis, bawang yang telah di hiris dan bahan2 kisar bersama daun kari.
3. Kacau sehingga naik
bau
4. Kemudian masukkan rempah
kari dan kacau selama 2 minit.
5. Masukkan pula daging
bersama ubi kentang dan kacau rata sehingga terbit minyak.
6. Tuangkan santan, ,
garam secukupnya..kalau rasa kuah tu pekat, tambahkan air, ikut kepekatan
masing2.
8. Bila kuah menggelegak,
perlahankan api dan renihkan sehingga naik minyak. Masukkan fish ball,
fish cake, taufok dan rasa cukup masinnya.
9. Biar mendidih semula
sebelum diangkat .