Salam petang yg ceria kekawan :)
Buat apam keledek unggu pada hari sabtu petang.. konon nak bawa makan masa nak gader-gader dengan jiran tetangga group wasap tu.. saya ingat perjumpaan tu pagi rupanya petang pukul 2.00pm-5.00pm hahhaa.. punyalah rabun saya membaca mesej yg di post tu.. nampak sangat kilau emas kan.. *__*
Lepas tu hantar gambar kat group kata besok pagi akak bawa ni jer boleh tak.. lepas tu admin peringatkan.. petang lah akak oiii..
Anak-anak suka pulak .. sudah tingal sikit .. bila dia cakap petang lagilah budak2 nak ngap masuk mulut.. terpaksalah saya kena cari makanan lain utk dibawa petang ahad tu..
Saya ambil resepi ni di Blog My Kuali a.k.a kakrose disini apam-keledek. Cuma kak rose guna keledek oren , saya guna keledek ungu yg itu hari beli.. adalah tinggal 3 biji tu.. jadi alang2 tinggal sikit tu elok lah di apam kan dia .. hahaha
Saya ni pun jenis yg malas tulis resepi.. jadi saya minta izin kak rose tempek resepi kat sini ye :)
RESEPI APAM KELEDEK
Bahan-bahan.
3/4 cwn gula pasir*
200 ml air*
1 helai daun pandan*(* masak sehingga gula hancur dan sejukkan)
2 cwn tepung beras (kak rose guna tepung gandum sepenuhnya...)
1 cwn keledek rebus (saya guna keledek oren, jadi takyah letak pewarna)
250 ml santan
1 cwn tpng gandum
sedikit garam
1 sudu kecil yeast
1 sudu kecil b.powder
pewarna oren* optional (kak rose x letak, tp cam pucat jer )
Cara-Cara.
1. Keledek rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan....sejukkan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dngn kelapa parut.

Lemak berkrim apam keledek ni kekawan.. ye lah gabungan dengan santan memang sedap manis jadinya..
Macam anak2 tak suka kan.. Nabil yg disuka sangat kelepa tu.. manis, masin dan lemak semua bergabung.. 3 ketui pun tak cukup mak hainom oiiii :D