JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 31 Mac 2019

AMALAN TAMBAHAN SEBELUM BAGI SALAM SEMASA SOLAT


Assalamualaikum kekawan semua 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘😍



Petang ini, hamba nak kongsi beberapa amalan tambahan dalam solat. Amalan ini dibaca selepas “fil ‘aalamiina innaka hamiidum-majiid..", biasanya kita terus bagi salam kan? Elok tambah ni.

Allahumma,
Wahai Allah

Inni a’uuzubika,
Sesungguhnya aku berlindung dengan Mu

Min ‘azaabi jahannam,
Dari azab Neraka Jahannam

Wa min ‘azaabil qabr,
Dan dari azab siksa kubur

Wa min fitnatil mahyaa wal mamaat,
Dan dari fitnah ketika hidup dan sesudah mati

Wa min fitnatil masiihid-dajjaal,
Dan dari fitnah Dajjal

Allahumma,
Wahai Allah

Ya muqallibal quluub,
Wahai yang membolak-balik hati

Thabbit qalbi ‘ala diinik,
Tetapkan hatiku atas agamaMu

Wa ‘ala taa’atik,
Dan sentiasa taat kepadaMu

Kemudian bagi salam seperti biasa. Ini adalah pesanan Rasulullah SAW, Riwayat Bukhari. Jangan tinggal. Ini penyelamat kita dari 4 perkara yang Rasulullah SAW pesan pada kita untuk beringat m

Neraka, siksa qubur, fitnah masa tengah hidup dan nanti cerita-cerita buruk lepas kita mati, dan fitnah Dajjal al-masiih kalaulah kita ditaqdirkan sempat bersemuka dengan dia. Sebab hakikatnya kita memang takkan tahu kita team mana bila dia tiba. Team Muhammad atau Team Dajjal.

Hafaz doa ni. Semoga kita semua terselamat. Aamiin...

Sumner: Facebook

Ustazah Siti Fatimah kata kalau tak dpt hafal dalam Bahasa Arab cubalah dulu dlm Bahasa Malaysia tapi baca dalam hati jgn dilafazkan nanti batal pulak solat kita.☺️

Sabtu, 30 Mac 2019

DARI YANG SEDIKIT... SEDIKIT JUGA YG BERJAYA PERJALANANNYA....


Assalamualaikum kekawan 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘❤️



Di dunia ini, dari banyaknya jumlah manusia hanya sedikit saja dari mereka yang sedar.

Dari sedikit yang sedar itu hanya sedikit yang berIslam.

Dari sedikit yang berIslam itu hanya sedikit yang berdakwah.

Dari mereka yang berdakwah lebih sedikit lagi yang berjuang.

Dari mereka yang berjuang sedikit sekali yang bersabar.

Dan dari mereka yang bersabar hanya sedikit sekali dari mereka yang sampai akhir

perjalanan...


Sumber : Facebook

Jumaat, 29 Mac 2019

Yati, Berusahalah Menjadi Golongan Yang Ke 12 & Bertaubatlah 🙂💚

Assalamualaikum kekawan semua 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘❤️



BACALAH SAMPAI HABIS & BERTAUBATLAH

12 Golongan Manusia Di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya;“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:

“Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”
Surah an-Naba’:18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab:”Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”
Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.

“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

“Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Kuliah dhuha Di masjid negeri Shah Alam pada selasa oleh Ustaz Fauza sungguh menyentuh hatiku , saya ada membaca nya sebelum ini Di Facebook tetapi bila bertalaqi yakni berguru ianya sungguh menyelam menusuk kesanubari.. dgn ustaz fauza jua sebak terhenti menghuraikan satu persatu, membuat airmata Kami disitu gugur berlinangan .😪

Nabi SAW pun basah baju menangis menghuraikan kpd Muaz Bin Jabal, apa lagi Kita insan yg kerdil ini kata ustaz, ternyata berapa sayang nya Nabi SAW kpd Kita, Kita bgmn, berapa selawat yg terlintas dibibir Kita yg ingin meminta syafaat dari Nabi SAW.

Ustaz Fauza menceritakan lagi,  Saad bin Waqas pernah bertanya, berapa lama menunggu , 1 hari diakhirat bersamaan 1000 tahun didunia. Nabi SAW bersabda, Saad bin Waqas adalah ahli syurga, dia menunggu setenghari diakhirat yakni 500 Tahun, namun lamanya mengikut amalannya didunia, bagi Saad bin Waqas ianya umpama antara waktu solat zohor ke asar.

Allahu, yg Kita ini bgmn, saya lah Tu, 😥
Ya Allah,
Ampuni lah dosa2 Kami, terimalah taubat Kami. Beri lah Kami taufik dan hidayah Mu, janganlah Engkau pesongkan hati2 kami setelah engkau berikan petunjuk. Aamiin 🤲🏻❤️

Khamis, 28 Mac 2019

SEMUSIM DI BARZAKH...

Assalamualaikum kekawan semua 😍.
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘❤️

Bila Ada waktu Dan saya ABC.. dapatlah saya membaca buku2 yg saya beli dahulu, beli Tahun 2017, skrg baru diizinkan membacanya.

Ini penulisnya, ditulis dari kisah benar seseorang yg koma selama 3 Bulan.

Sinopsis yg dibaca sepintas lalu, buku ini dipilih oleh Nabil..


Dalam tempoh 2 Tahun , 12 Kali cetakan ulangan , best sellers Kan.

Saya membaca pun seperti yg ustazah Nor Bahyah katakan, sungguh mendebarkan.

Hendaknya pesanan api ni.. aduhai 😥😥

Dan ratapan seksa wanita ini..

Jika kekawan pergi kekedai buku carilah buku ini, cukup memberi kesan dihati. Kekadang hidayah Allah dtg dgn berbagai Cara, mungkin juga melalui pembacaan Kita.



Wallahualam..









Rabu, 27 Mac 2019

DOSA SILAM BUKANNYA HUKUMAN😔💚

Assalamualaikum semua 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘❤️



DOSA SILAM BUKANNYA HUKUMAN

ALLAH tak pandang dosa lama kita.

ALLAH hanya pandang pada taubat kita.

Yang pandang dosa kita hanyalah manusia.

Kerana mata manusia lebih fokus kepada titik hitam daripada kanvas putih.

Dosa silam itu bukannya hukuman.

Tapi dosa silam itu sebenarnya pengajaran.

Jika ingin dibukakan pintu rezeki,

Maka banyak-banyaklah bertaubat kepada ALLAH setiap hari.

Sebab rezeki itu tersekat oleh dosa-dosa kita yang lalu.

Tanda ALLAH cinta pada kita bukannya dengan DIA beri emas selori.

Tapi DIA bagi peluang kita bertaubat,

Meski dosa kita berlori-lori...

Astaghfirullahal'adzim.

Dosa adalah ujian, namun untuk kita pendosa harapan selalu ada, samada mahu kembali atau terus membuat dosa.

ALLAH tak memandang masa silam seseorang, tapi ALLAH pandang siapa kita pada hari ini.

Semoga pengakhiran hidup kita dikurniakan dengan pengakhiran yang baik...

Aamiin

Sumber: Facebook

Selasa, 26 Mac 2019

MUHASABAH HATI 💚

MUHASABAH HATI

Sungguh,

Al-Quran akan mempertemukan kita dengan manusia-manusia istimewa pilihan Allah.

Orang yang merasa paling tampan, seketika ketampanannya itu menjadi tidak ada seujung alis ketika merenungi kisah Yusuf.

Orang yang merasa paling kaya, seketika kekayaannya itu menjadi tidak bernilai ketika merenungi kisah Sulaiman.

Orang yang merasa paling menderita, seketika penderitaannya itu menjadi tidak seberapa ketika merenungi kisah Ayyub.

Wanita yang merasa paling dikhianati, seketika luka hatinya tidak sebanding ketika merenungi kisah Asiyah istri Fir'aun.

Lelaki yang merasa paling tidak dihargai, seketika ia malu dengan perasaannya sendiri ketika merenungi kisah Muhammad.

Sungguh, di hadapan Al-Quran kita akan tersentak berkali-kali…

Sedang, bahasa takdir adalah bahasa yang sukar untuk di mengerti...

Ketika yang sudah pun berlalu, masih belum di temukan jawapan apatah lagi yang bakal mendatang...

Lalu akhirnya, kita hanya mampu mengkhabarkan kedukaan pada Tuhan bersama doa dan harapan.

Dan di suatu sudut, hakikatnya takdirlah yang membawa kita mencari Tuhan.

Hingga pada akhirnya, bukan indahnya syurga yang kita harapkan. Akan tetapi,  pertemuan dengan Sang Khaliqlah yang kita rindu-rindukan.  Maka, sebaiknya, beribadahlah kerana Allah semata.

"Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah , "HASBIYALLAAHU (Cukuplah Allah bagiku); tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung".

At-Taubah ayat 129.

Bukan beratnya ujian yang membuat kita lemah, tapi ringannya hubungan kita dengan Allah yang menyebabkan kita seakan tidak dapat menanggungnya...

Sumber : WhatsApp



Sabtu, 23 Mac 2019

HARAP DIINGATI APA YG SELALU DITAKUTKAN OLEH ORGAN KITA😍

*HARAP DIINGAT APA YANG DITAKUTI OLEH ORGAN2 KITA?*

     Ginjal : Tidur lewat

     Paru² : asap (rokok)

     Hati : lemak

    Jantung : Masin

    Pankreas : Makan terlalu kenyang  

    Usus : Makan tanpa pantang

    Mata : Komputer/Media elektronik

    Hempedu : Tidak  sarapan.

Maka sayangilah tubuh anda!

Kerana :  Anggota dalam badan susah dicari diganti. Mahal ! Lagi pula belum pasti ada。

 *_Kekentalan/Pembekuan darah_*

💢     Sharing dari Doktor Jantung :   *PEMBEKUAN DARAH DLM TUBUH, BAGAIMANA BOLEH TERJADI?*

    💦 👫      Ada satu pertanyaan:
_Mengapa kita harus minum AIR PUTIH yg cukup?_

💦🌏      Sebenarnya jawapannya cukup " *_mengerikan_*" tetapi kerana sebuah
_pertanyaan jujur harus dijawab dgn jujur_, maka topik tersebut boleh dijelaskan sbb:

 💦👫      Kira-kira *_80%_* tubuh manusia terdiri dari *AIR*.
Malah ada beberapa bahagian tubuh kita yg memiliki kadar air di atas *_80%_*.
Dua organ paling penting dgn kadar air di atas 80% adalah:
*OTAK dan DARAH*.

💦☺ *_Otak_* memiliki komponen Air sebanyak 90%,
Sementara *_Darah_* memiliki Komponen Air sebanyak 95%.

💦👫      Keperluan minimum bagi manusia normal sedikitnya adalah *_2 Liter sehari atau 8 Gelas Air putih_* sehari.
Jumlah di atas harus ditambah bagi seorang *PEROKOK..!*

💦👫       Air sebanyak itu diperlukan utk mengganti cairan yg keluar dari tubuh kita melalui  *_Pembuangan, Keringat, Pernafasan_*

Apa yg terjadi bila kita meminum kurang dari 2 Liter sehari..??

💦👫       Tentu tubuh akan menyeimbangkan diri. *_Caranya?_*

💦      Dgn jalan " *_Menghisap_*" Air dari komponen tubuh sendiri terdekat: *DARAH..!!*

💦      Darah yg dihisap Airnya akan menjadi *_membeku_*.
Akibat pengentalan Darah ini, maka perjalanannya akan kurang lancar sebab bukan *_Darah Berair. _*

💦      *_Saat melalui Ginjal/buah pinggang_*
(tempat menyaring Racun dari Darah),
Ginjal akan bekerja Extra keras menyaring Darah.

💦       Dan kerana Saringan dlm Ginjal halus, selalunya Darah yg beku boleh menyebabkan kerosakan pada *Glomerulus Ginjal*.

💦  *    _Akibatnya_*,
Air Kencing berwarna kemerahan, tanda mulai bocornya saringan Ginjal.
Bila dibiarkan terus menerus, anda mungkin suatu saat harus buat Dialysis utk *_Cuci Darah_*.

💦      Bagaimana dgn *OTAK?*
Di saat Darah membeku mengalir melalui Otak, perjalanannya agak tersendat.

Otak tdk lagi " *_berair_*", kerana *Sel² Otak* adalah yg paling banyak memerlukan  Makanan & Oksigen, ini yg mengakibatkan *STROKE...!*!

💦🌏       Jika anda share ini kepada seorg bererti anda sdh dpt menyelamatkan seorg yg anda kenali

Sumner : WhatsApp

Jumaat, 22 Mac 2019

KEBESARAN SANG PENCIPTA💚

SubhanAllah... Cantik petikan ini.
 Kebesaran Sang Pencipta

          Wahai anak adam..
   Aku jadikan engkau dalam
  perut ibu mu ,, dan aku tutup 
    wajahmu dengan penutup   
         supaya tak lemas/
terhidu engkau dalam rahim. 

           ,Dan Aku jadikan
    engkau tenang dilindungi   
       disebalik rahim ibumu.
   Aku cukupkan bagi engkau
               makanan mu. 

            Dan Aku jadikan
 di samping kanan dan kirimu
             tempat berpaut. 
    Di kananmu hati. { liver }
     dan di kirimu hempedu
           { spleen } ibumu.

                 Setelah itu,
         Aku ajarkan engkau
       untuk tetap dan duduk
      di dalam badan ibu mu.
            Adakah yang lain
  selain dari Ku yang mampu
menjadikannya sedemikian.??

 Setelah berakhir penciptaan
     mu dan disempurnakan
                kejadian mu, 
     aku arahkan kerajaanKu
              dengan penuh
           kasih dan sayang
     untuk mengeluarkan mu
                  dari rahim,
  maka dikeluarkanlah dirimu. 

         Tiada bagi mu gigi
          untuk mengunyah,
jua tangan, untok menggapai,
      juga kaki untok berdiri 
    Engkau tidak punya apa2. 

           Aku jadikan susu
     yang lengkap lagi bersih
            dari dada ibuMu,
  yang sejuk di musim panas
   dan panas di musim sejuk. 

      Dan Aku letakkan cinta
    dan kasih kepada engkau
 dalam diri kedua org tua mu.
     Tidak meniarap engkau
           sebelum mampu,
        tidak duduk. engkau    
           sebelum mampu,
    tidak merangkak engkau
           sebelum mampu,
         tidak berdiri engkau
            sebelum mampu. 

    Apabila engkau telah kuat
      untuk berjalan sekarang,
           engkau bermaksiat
 sa'at engkau berseorangan.!!
         Dan engkau langsung
            tidak malu padaKu. 

 Maka Aku tetap peringatkan:
          Jika engkau berdoa, 
              Aku makbulkan.
        Jika engkau meminta,
                 Aku berikan.
       Jika engkau bertaubat,
 Aku bawa engkau kepadaKu

Sungguh ajaib, engkau wahai anak adam .. Ketika dilahirkan kau di Azankan, dan di Iqamat kan tanpa di sertai solat.. Dan bila kau mati engkau disolat kan tanpa didahulukan azan.

Sungguh ajaib bagi mu wahai
                Anak adam..
Ketika lahir tidak kau ketahui
siapa yang mengeluarkan mu
          dari tubuh ibumu,
        dan ketika kau mati
   tidak juga engkau ketahui
    siapa yang memasukkan
        engkau ke kubur mu.

    Sungguh ajaib perihalmu 
                 Anak adam..
         Ketika kau dilahirkan
    ada yang menggosok dan
           membersihkan mu,
      dan setelah engkau mati
    ada juga yang menggosok
       dan membersihkan mu.

    Sungguh ajaib perihalmu
               Anak adam..
   Ketika lahir tidak kau tahu 
    siapa yang gembira dan
tersenyum atas kelahiranmu, 
         dan setelah ajalmu
     masih engkau tidak tahu
        siapa yang menangisi
     dan bersedih ke Atas mu.

    Ajaib sungguh perihalmu
                Anak adam..
Ketika engkau di perut ibumu 
         Aku jadikan engkau, 
 di dalam tempat yang sempit 
  lagi gelap, dan apabila mati 
  dijadikan bagi engkau kubur 
       yang sempit lagi gelap.

     Ajaib sungguh perihalmu 
                 Anak adam..
 Lahirmu terus engkau dibalut
          dengan kain putih 
         untuk menutupi mu, 
        mati mu juga engkau
dikafankan dengan kain putih 
         untuk menutupi mu. 

    Ajaib sungguh perihalmu 
                 Anak adam ..
        Apabila engkau lahir
        ditanyakan manusia    
                   mengenai 
     syahadah dan perihalmu.

     Dan setelah engkau mati 
  engkau ditanyakan malaikat 
               tentang amal2 
 engkau yang sholeh dan apa 
      bekalmu untuk akhirat?

 Paksakan untuk sebut di hati 
       Dua kalimah Syahadah.
  Asyhaduan Laailahaillallah
     Waasyhaduanna Muhammadar Rasulullah.

Bacakan Juga Surah Al Ikhlas
                  Bismillah...
      Qul hu'wallah hu' Ahad. 
           Allah hu'ssomad. 
     Lam yalid wa lam yuulad.
   Wa lam yaqullahu kufuwan
                      Ahad

Engkau sebarkan maka setiap orang yg membacanya sperti membaca sepertiga Al-Quran.ُ
 آمين يا الله * آمين يا رحمن * آمين يا رحيم..
               أَمِيْن يَا  رَبَّ العَالَمِينْ.
                                      َ
ِ       ஜ¤═══¤ ۩۞۩ ¤═══¤ஜ
 ٍِSemoga kita dapat menyebar 
       luaskan kata kata yang 
              bermanfaat ini.
   Agar ia akan jadi ilmu Amal
        Jariaah Bagi jawapan 
       Di hadapan Allah Nanti..ْ

Sumber : WhatsApp


Khamis, 21 Mac 2019

CARA MUDAH NAK HABISKAN BACAAN SURAH AL-KAHFI DAN TIDAK SUSAH 📗💚😍&KENANGAN DI GUA AL KAHFI DI JORDAN

Assalamualaikum kekawan 😍😘
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘❤️🌹





*Cara habiskan Surah al-Kahfi dengan cara yang best dan tidak susah !*

Split *3*. Ayat ada *110* kan. Split masa jadi tiga, waktu bila?

🔖 Start lepas _Maghrib_, kita habiskan ayat 1 sampai Ayat *31*.
Sebab ayat *32* tu dah masuk cerita lain,nanti tak syok nak follow up baca terjemahan dia kalau tergantung."

🔖 Ayat *32* dah masuk cerita pasal dua lelaki dengan kebun tu. Lepas _Isya'_ kita sambung ayat *32* sampai ayat *59*.

🔖 Kalau larat sambung lagi dari *60* sampai *82*. Tu dah masuk cerita pasal _Nabi Musa_ dengan _Nabi Khidir_.

🔖 Subuh _Jumaat_ tu kita habiskan je ayat *83* sampai *110* tu.

Tak ada la semput sangat. Ayat *83* tu start dengan kisah _Zulkarnain_."

🔖 Bila split bahagian macam tu tak ada la rasa terkejar sangat. Boleh la savour maksud ayat dengan baca terjemahan dia sekali untuk each bahagian tu.

🔖 Benar, surahnya sedikit panjang dari lazimnya yang kita biasa cuba untuk cari jalan dan cari masa.

 🔋*Ayuh. Sama-sama habiskan bacaan Surah Al Kahfi*✌

Sumber : WhatsApp

🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴

Kenanga sewaktu melawat gua Al Kahfi Di Jordan sewaktu menghadiri konvo adik lelaki Di University of Yarmouk Jordan.
Jadi berkesempatan lah pergi melawat Di sekitar Jordan yg berdekatan Tu..

Ni dihadapan signboard  gua Tu. 7 pemuda yg ditidurkan didalam gua.

Ini dihadapan pintu gua Tu.. nak masuk bergambar dlm Tu kecik.. ada simpanan kisah-kisah pemuda Tu. Ada juga yg dikatakan kubur pemuda-pemuda tersebut. Wallahualam..

Rabu, 20 Mac 2019

WW:: KUNCI KEBAHAGIAN HIDUP😍💚

Assalamualaikum kekawan 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘❤️

Sumber : Facebook

Selasa, 19 Mac 2019

MENGIBAS DEBU DARI TEMPAT TIDUR 😴😴

Assalamualaikum kekawan semua 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘





*Mengibas debu dari tempat tidur*


Informasi yang sangat berharga!

Hikmah di sebalik mengibas debu di cadar & tilam sebelum tidur.

Mengapa kita harus mengibas cadar & tilam kita?

Ini adalah apa yang kita akan ungkapkan dan di sinilah tentangan ilmiah dan kesimpulan oleh para ilmuwan Barat:
*Ketika seseorang tidur beberapa sel-sel mati dan jatuh ke atas cadar. Setiap kali kita bangun ia akan akan tertinggal di atas cadar & tilam. Sel-sel mati ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan hampir tidak dapat dihilangkan.*

*Jika jumlah sel-sel mati bertambah, maka ia dengan mudah meresap kembali ke dalam tubuh, dan boleh menyebabkan penyakit serius.*

Saintis Barat pernah cuba untuk menghilangkan sel-sel mati tersebut menggunakan pelbagai cecair pembunuh kuman seperti Dettol dan sebagainya, tetapi gagal.

Sesetengah ilmuwan mengatakan, ia mencuba mengibas debu 3 kali seperti yang dinyatakan di dalam Hadis dan terkejut  apabila mendapati bahawa semua sel-sel mati tersebut hilang !!

 Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah ﷺ bersabda: *"Barangsiapa pergi ke tempat tidur, ia harus mengibas debu di cadar tidurnya tiga kali, kerana dia tidak tahu apa yang ditinggalkan"* (Hadis riwayat Bukhari no. 6320, Muslim 2714)

Kebanyakan orang berfikir itu adalah cara menghilangkan serangga kecil tapi ramai yang tidak tahu bahawa kebaikannya jauh lebih besar daripada itu.

Hal ini sangat menyedihkan apabila kebanyakan daripada kita mengabaikan ajaran Rasulullah ﷺ.

Sama-samalah kita sebarkannya, biar seluruh dunia tahu bahawa segala perintah Allah SWT adalah untuk kepentingan dan kebaikan manusia.
 *سبحان الله...*

Sumber : WhatsApp

Jumaat, 15 Mac 2019

RAHSIA SUJUD KETIKA SOLAT💚

Assalamualaikum kekawan 😍

Salam Jumaat yg penuh berkah.  Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘



*R A H A S I A   S U J U D​*
*​K E T I K A   S H O L A T*

​1. *Sujud* melibatkan 5 anggota badan yang bertumpu pada bumi, yaitu :​
 - dahi,
 - hidung,
 - kedua telapak tangan,
 - lutut, dan
 - kedua ujung kaki (jari).

​2. *Sujud adalah konsep*:​
- merendahkan diri,
- memuji Allah SWT, dan
- memohon segala macam hajat kepada Allah swt.

​3. *Sekaligus, mengikis sifat tercela*:​                                            - riya,  sombong,                                                                                - ujub, dan
 - takabur dan lain-lain.

​4. *Dr Fidelma O'Leary, Phd Neuroscience dari St Edward's University,*
 telah menjadi mu'allaf, karena mendapati fakta tentang manfaat sujud bagi kesehatan.​

​5. *Dalam kajiannya* ditemukan bahwa ada beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah dan urat ini hanya dimasuki darah ketika manusia bersujud.​
(lebih lama setelah Sholat Subuh).

​6. *Tetapi urat saraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja,* yaitu pada waktu-2 sholat yang telah ditetapkan (subuh, zuhur, asar, maghrib dan Isya').​

​SubhanAllah...​

​7. *Jadi, siapa yang tidak solat maka urat ini tidak menerima darah sehingga otaknya tidak berfungsi secara normal.​*

​8. *Salah satu indikasinya adalah timbul macam-macam gejala sosial di masyarakat yg tidak solat saat ini.​*

​9. *Karena letak otak di atas jantung, maka kata Prof Hembing, jantung hanya mampu menyalurkan 20% darah ke otak manusia, maka dibantu lagi dengan sujud yang lebih lama agar dapat menambah kekuatan aliran darah ke otak*.​

​10. *Hal ini sesuai dengan apa yang disampaikan Rasulullah saw, supaya kita sujud berlama-lama pada raka'at terakhir.*

​11. *Manfaat sujud berlama-lama ini adalah untuk* :​

1. Mencegah pening,
2. Terhindar migrain,
3. Menyegarkan otak,
4. Menajamkan akal dan
fikiran (lebih sensitif),
5. Melonggarkan sistem
pernafasan,
6. Memperbaiki kandung rahim yang turun,
7. Menjaga dan menguatkan kedudukan
bayi dalam kandungan.
8. Menghindarkan kandungan sungsang dan lain lain.

​12. Dan yang menakjubkan, jika kita memperhatikan, bentuk saraf yang ada dalam otak kita berbentuk seperti orang yang sedang sujud...​

*MasyaAllah*
​13. Jika anda membagikan ini kepada 1 orang artinya anda sudah menyebarkan 10 kebaikan di akhirat.​
​Insya Allah...​...!!!!

Sumber : Facebook

Rabu, 13 Mac 2019

WW : 7 DOA MUSTAJAB IBU BACAKAN UNTUK ANAK 👩‍👧‍👦❤️

Assalamualaikum kekawan 😍😊
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘❤️




























Sumber : Facebook

# lama tak buat word Wednesday Kan 😍

Selasa, 12 Mac 2019

Resipi Salmon Grilled Black Pepper 😋🤩

Assalamualaikum kekawan 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘


Ini lunch saya tengahari tadi.. mengikut senarai makanan yg boleh di makan ada lah dua jenis ikan.. iaitu ikan salmon dan sardin saja utk pesakit tiroid ni. Jadi masa pergi Aeon hari tu nampaklah ikan salmon ni satu potong RM 14.00. Saya tak pernah makan ikan salmon ni. Jadi nak cuba belilah sepotong.  Rindu nak makan ikan setelah hampir 1 bulan lebih, menu ayam dan burung puyuh aje..🤭😊


Close up sikit 😉. Sayur organic tu saya masak asing, kena makanan seimbangkan lah.. 😁. Rupa2nya sedap Salmon ni ye.. isi dia lembut ajer.. saya tak makan dengan sos black pepper sebab bahannya ada sos ikan dan sos tiram. Sebab saya tak boleh makan yg sos seafood dan ada bahan pengawet. Sekarang ni saya dah tak guna yg pes-pes apa pun.

Saya panggang guna pemanggang ajaib ni aje..  saya panggang dengan kentang, saya guna minyak zaitun.. senang ajer resipinya.. pastu cepat pulak masak nya. Cuma nak perap tu lah yg kena tunggu 2 jam.. baru merisa semua bahan pada ikan Tu.. resipi saya olah sendiri. Mungkin sedap ditekak saya.. tak tahu lah pada kekawan semua 🤗
Jom intai resipi saya yg mudah ini.😉

RESIPI IKAN SALMON GRILLED PATATO BLACK PEPPER.

Bahannya:-
* 1 potong ikan salmon
* 5-8 biji lada hitam
* 2 biji bawang putih
* 2 inci halia
* 5 biji ketumbar
* Sedikit jintan manis ( saya tumbuk semua bahan ini kecuali ikan lah Kan😁)
* 1 sudu besar minyak zaitun.
* Garam
* 1 biji kentang.

Caranya:-

1. Cuci ikan bersih2, toskan, kemudian lumurkan dengan bahan yg ditumbuk tadi, letak garam ye secukup ya.
2. Kemudian perap selama 2-3 jam. CH buat perab pukul 10am.. pukul 12tghri dah grill.😁
3. Lepas tu panggang , CH guna pemanggang ajaib Tu😁, lebur sekali kentang yg digaul dgn garam.
4. Balik-balikkan ikan ni nanti hangus pulak, masak pun jangan lama nanti ikan keras.
5. Apabila telah masak Dan kentang empuk boleh lah diangkat dan dihidangkan..

SELAMAT MENCUBA 😍😋


Ehhh kenapa pulak ada asam pedas daging tetel ni.. 😁 apa lagi untuk bossku.. en suami 😍.. nak resipinya boleh cari kat sebelah tu ye 😊😉







Isnin, 11 Mac 2019

PENGALAMAN BERHADAPAN DENGAN HUJAN RIBUT DAN AIS BATU

Assalamualaikum kekawan 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua 😊


Pengalaman ini tidak dapat saya lupakan bersama nabilah.. pada semalam petang saya hendak menghantar Najeeha balik asrama di Samttaj, sebelum tu singgah Aeon untuk beli kasut prep yg dah ketat katanya. Ye lah beli size 6 oleh abahnya, size skrg dah 8. Keluar dari situ hujan dah turun. Sampai Di sekolah hujan dah lebat. Turun dgn nabilah memayungnya. Masa tu dah pukul 5pm. Jadi terus je balik sebab memikirkan utk hantar nabilah pada pukul 6pm.

Redah sahaja hujan yg lebat dan angin yg sangat kuat itu. Sampai di Seksyen 6, Ada pokok tumbang, jadi ambil keputusan utk melalui jalan perumahan Seksyen 6 Tu, rupanya disitu juga ada pokok tumbang juga, semasa saya jalan tu, dahan kayu menimpa cermin depan, terpaksa tutup wiper dan jalan kedepan, tapi tak boleh sebab Ada dahan sangkut, saya berhenti kan kereta tepi jalan.

Hujan semakin lebat dan bunyi seperti batu menimpa bumbung kereta, nabilah kata boleh tak dia keluar nak tengok kayu yg tersekat bawah kereta Kita ni mama, saya kata jangan, hujan lebat dan ada kilat dan guruh, rasa nya hujan ais Batu ni,  banyak kereta yg berpatah balik sebab tak boleh lalu juga.

Apabila hujan reda sikit, saya membenarkan nabilah turun untuk membuat ranting kayu Di cermin tu, nabilah juga terpaksa meniarap utk buang dahan kecik yg tersangkut dibawah kereta. Kemudian kami dengar bunyi siren bomba, alhamdulillah bomba datang , rupanya bomba Tu tengah mencari kereta yg dihempap pokok, bomba tu pusing semula, saya pun dan beberapa kereta yg lain pun ikut kereta bomba, sebab laluan menentang arus, bomba memberi Kami laluan.

Saya kata pada nabilah , Kita Cuba laluan Di hotel uitm ni mungkin boleh, sebelum smpi di around about tu pun Ada pokok tumbang, terpaksa pusing balik, ikut laluan dlm perumahan Seksyen 3, saya kata jom Kita solat asar dulu, skrg dah pukul 5.30pm. Kami disitu sehingga hujan berhenti, rata-rata dlm surau Tu menceritakan terperangkap Dalam hujan ribut tu,  ada seorang adik baru sampai, tanya dah ok ke jalan, adik Tu kata dia Dari Jakel, kalau akak nak balik ikut jalan Seksyen 2 nak menghala ke Unisel.

Kami pun melalui jalan tersebut, smpi di terowong Desa Alam tu air naik juga tapi boleh dilalui oleh kereta MPV, kata Nabilah bawa pelan-pelan mama, kesian nabilah kesejukan sebab basah kena hujan tadi, alhamdulillah pukul 6pm smpi rumah, dikiri kanan jalan pun ada juga dahan-dahan yg patah.


Begini lah keadaan ribut melanda.. byk juga kereta yg kena hempap dahan. Gambar ni Dari wasap jiran tetangga.. mmg gelap tak nmpk jalan.

Dahan pokok yg patah.

Jiran kongsi kata hujan ais Batu yg bertaburan dihalaman rumahnya Di Seksyen 6.

Canvas khemah Di surau Kami pun habis koyak dilanda ribut.



Sepanjang kami didalam kereta Tu, doa diatas menjadi zikir Kami Dan juga Kami banyak berselawat. Alhamdulillah saya mengamalkan doa ini selepas solat.
Pengajaran dari ini saya perlu mencari tempat perlindungan dahulu dari meneruskan perjalanan. Kita tidak tahu apa yg terjadi hadapan kita. Tu cakap dgn nabilah sepatutnya Kita tunggu hujan berhenti masa Di Samttaj, tak apa ini pengajaran buat saya supaya lebih berhati-hati.

Sabtu, 9 Mac 2019

MAKANAN YG TIDAK BOLEH DAN BOLEH DI MAKAN OLEH PESAKIT TIROID 😘

Assalamualaikum kekawan 😍
Semoga dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya Dan berada dlm rahmat Allah jua 😘❤️
Selamat berehat dihari sabtu..😁


Ini adalah senarai makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit tiroid. Doktor kata boleh makan sikit2, jangan makan banyak. Bagi saya baik elakkan teruskan.😁


Alhamdulillah.. Masih banyak yg saya boleh makan, syukur kehadrat Ilahi, Masih memberi nikmat makan kepada saya. 💚😍

Jumaat, 8 Mac 2019

SELALULAH BRRSYUKUR 🤲😍


Apa yang telah BERLALU 
Syukurilah dan banyakkanLah 
Memohon keampunan ALLAH 
  
Apa yang SEDANG BERLAKU,  
Sabar dan syukurinya.  

Apa yang BAKAL BERLAKU,  
Yakin dan percayai kebaikan dari Allah. 
  
Hanya DIA boleh membuka sesuatu. 
Sesuatu yang tiada sesiapa mampu membukanya, Hanya DIA boleh menutup sesuatu yang tiada sesiapa mampu menutupnya. 

Apa yang kelihatan baik hari ini belum tentu baik untuk hari esok... 

Apa yang buruk hari ini belum tentu buruk untuk hari esok... 

Tetapi yang pasti, ALLAH paling tahu yang terbaik buat kita... 

Bahagian kita adalah, mengucapkan syukur dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki ALLAH di dalam hidup kita ini... 

Jalan yang dibentangkan ALLAH belum tentu yang tercepat, bukan pula yang termudah tapi sudah pasti yang terbaik.


Sumber : FB

Khamis, 7 Mac 2019

APA YG ISTIMEWA MALAM INI 💚😘

Assalamualaikum kekawan 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘




Malam ini (7 Mar 2019) akan masuk 1hb Rejab. Cara kebetulan  (Khamis, malamnya) adalah malam Jumaat.

Hidupkanlah malam ini dan jangan mempersia-siakannya.

Sangat digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar di dalam bulan Rajab dan mula bersiapkan diri untuk tibanya bulan Ramadhan.

Antara istighfar yang digalakkan adalah
رب اغفر لي وارحمني وتب علي
_Robbigh firli warhamni watub  'alayya_ 70x selepas solat isyak.

Disunnahkan juga untuk membaca doa
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
_Allahumma baariklanaa fii rajabi wa sya'baani wa ballighnaa romadhoon_

Para ulama' muktabar mengatakan bahawasanya ada lima malam unggul yang mana ALLAH Subhanahu Wata'ala akan  berikan anugerah besar pada tiga malam, iaitu

1. Awal malam Rajab;
2. Malam Nisfu Sya'ban;
3. Malam 'Idil fitri;
4. Malam 'Idil Adha; dan
5. Malam Jumaat.

Semoga ALLAH berikan kepada kita taufiq dan hidayah untuk beribadah pada malam-malam tersebut, dan diterima segala amal ibadah kita....
Aamiin ya Robb... اللهم آمين. اللهم صل على سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد وعلى وآله وصحبه وسلم. والحمدالله رب العالمين.

Sila share, kongsi sama pada kenalan semua..

Selasa, 5 Mac 2019

BICARA QALBU

BicAra QaLBu...

Sabar itu indah
Senyum itu bahagia
Tangisan itu kadang-kadang suka 
Dan kadang-kadang duka
Inilah sebuah citra dunia.

Rindu itu anugerahNya
Dunia itu hanya sementara
Tapi, di sini hidup bermula
Sebelum berhijrah ke "daerah sana”.

Dakwah itu usaha mulia
Supaya Islam tersebar ke serata dunia
Usrah sebagai pintu utama
Tarbiah Ilahi manis tiada terkata.

Jihad itu pintu perjuangan
Usaha itu tangga kejayaan
Doa senjata mukmin jangan sesekali ditinggalkan.
Tawakkal itu tanda redha hati insan

Jangan lemah..
Teuskan usaha
ALLAH BERSAMA

Sumber : FB


Jumaat, 1 Mac 2019

SIAPA KITA...



Mungkin kerana … Kita jarang baca Quran

Mungkin kerana … Kita solat terlalu laju hingga 
tiada khusyuk 

Mungkin kerana … Kita lupa nak bersyukur
bila dapat rezeki

Mungkin kerana … Kita tak amalkan sunnah. 

Mungkin kerana … Kita terlalu sibuk mengejar duniawi

Mungkin kerana … dalam beramal kita tak hadirkan hati

Mungkin kerana … niat kita tak baik

Mungkin kerana … kita lupa DIA.

SEBAB ITU KITA RASA TAK TENANG DALAM HIDUP...

SEGALANYA MUNGKIN

Muhasabah DIRI
Tarbiahkan HATI

Luruskan niat, perbetulkan lafaz, laksanakan dengan ikhlas. 

Dari Allah … Untuk Allah … Kerana Allah … Demi Allah 

Allahu Allah 
Laa ilaaha illallah