JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 31 Mac 2017

Jalan-jalan Johor 6 :: YEAHHH.. Dah Sampai LEGOLANDπŸ˜†πŸ˜‚πŸ˜‰❤

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..
Inilah tempat yang dinanti-nantikan oleh anak-anak kan.. masa kami sampai pukul 11.00am tu .. hujan masih renyai-renyai , tu yg berpayung lagi :) 
Tengok orang pun dah ramai, waktu pergi musim cuti sekolah tu yang ramai.. kebanyakan chinese dari Singapore.. orang Malaysia adalah beberapa kerat.. ye lah nak masuk Legoland ni kemain mahal .. untuk satu theme park jer dah RM155.00/orang.. Alhamdulillah biras yg kerja Maybank tu dapat rate dia dalam RM88/orang .. jadi kami 5 orang ni dah RM440.00 *-* hihihi.. bertabah je lah.. 
Mula-mula merancang juga nak tido di hotel Legoland semalam.. tapi bilik yang tinggal harga RM1000++++ tak dayo lah kan :D
Jadi booking lah di V8 Hotel yg berdekatan di situ baru RM150 semalam hihihi..

Bergambarlah dengan 3 keluarga, jadi semua kumpulan kami ada 11 orang kesemuannya.. mula-mula ingat umur 4 tahun tak kena caj.. rupa nya sekarang dah kena.. jadi terpaksa pergi membeli tikit utk budak comey yang naik stroller tu :)

Sementara menunggu mereka membeli tikit tu kita gambar kat sini dulu :)
Kenapa pulak en suami tu tido hihihihi..

Kita lah pulak selfie berdua hihihi.. Tukang besi juga yang berkenan oleh en suami ni hahhaa.
Nom tak sempat pulak nak menlentik angkat kaki macam hang di Kundasang tu hahahaha..
Nantikan next entri apa yang kita orang teroka ye :)

Khamis, 30 Mac 2017

JJCM Johor 5 :: KACANG POOL HAJIπŸ‘πŸ‘πŸ˜†πŸ²πŸ³ ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.

Sebelum ke Legoland, kami bersarapan pagi di Restoran Kacang Pool Haji... perghhhh memang thumb up lah.. pure punya sedap kacang pool tidak seperti saya makan di Segamat Rel tu.. masa saya makan yg Kacang Pool Haji ni terus jatuh cinta hahahha.. teringat-ingat kesedapannya okey..
Rata-rata kami memesan kacang pool ni bermangkuk-mangkuk atas meja tu hihihi.. nampak sangat lapor tu kan.. pada hal malam tu dah menyandar makan di glamour-seafood hahaha..
Biras saya tu oder juga lontong kering.. not bad sedap juga yang ini.. oder sampai 2 pinggan tu :)
Kata biras saya tu makan kenyang2 kat sini.. Legoland mahal hahhaha..

Meja ni dah full dengan mak bapak.. anak2 dara tu duduk meja sebelah.. yang najeeha dan qaseh oder oder roti telor tiga suku 2 biji tu.. yang kakak Nabilah oder soto mee hoon.. mula2 cakap dengan saya.. nanti kita kongsi ye mama.. kakak dah kenyang makan biskut dan ratah ikan pari tepung tadi.. sekali tu.. mama dah habis .. sedap sungguh soto nya.. nabil dengar sedap soto tu.. oder pulak soto nasi.. rasa kat nabil memang sedap sup soto tu.. tak pasal2 adik ipar saya pun mengoder satu hahhahha..


Dalam banyak-banyak gambar Haji kat dinding ni.. Nabil teruja gambar Haji dengan harimau tu.. "Wah hebat nya atuk Haji ni mama, tembak harimau tu" hihihi.. kagum betul dia dengan gambar tu.. banyak sebenarnya gambar tergantung  tak larat nak mengambilnya.. 

Sumber Picture : Google

Inilah Restoran Kacang Pool Haji , boleh gi lagi bila datang ke Johor Baharu ni..
Alamat 
Kacang Pool Haji
Jalan Sabar, Taman Dato Onn
80350 Johor Baharu, Johor
Tel : 017 - 7416843


Rabu, 29 Mac 2017

JJCM Johor Baharu 4 :: Glamour Seafood Medan Selera Sri Stulang πŸ˜†πŸ˜ ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Butter Prwan
Balik dari keluar berjalan-jalan di sekitar Johor Baharu tu, kami JJCM pulak malam tu, mencari makan hingga ke Stulang tu.. Galamour Seafood Medan Selera Stulang.. berbaloi sungguh makan kat situ.. sedap terbaik sedap.. murah pun murah .. perghhh makan sampai fengsan malam tu hahahahaha

Sotong masak kicap ni request dari Qaseh.. mmg bertambah dia makan masa tu :D

Ikan pari goreng tepung.. memang sedap wey... adik tu kata tengah popular kat situ.. cicah pulak sambal kicap.. perghhh.. :)

Ikan siakap merah bakar sambal.. Nabil belasah yg ini ajer.. tersandar dia lepas makan hahaha..

Kerang bakar sambal ni kegemaran kak Nabilah dan Jeeha.. beriya mengupas kulit kerang tu satu persatu.. sedapnya mama..

Satu jer sayur hahahha.. Kailan ikan masin, yang tak ada dalam gambar sebab lambat sikit sampai masa tu tengah beriya makan, ikan siakap merah stim halia sos tiram.. memang terbaik sedap .. rasa berbaloi lan walaupun nak kesana sesat barat hahahha..

Tengok sedap tak sedap.. pinggan dah elok tersusun bertingkek-tingkek :p .. sampai menyandor en suami tu.. harga pun murah gilerrr.. ikan fresh pulak manis dan lembut jer.

Tempat biasa-biasa ajer bukan lah restoran pun, tapi masakannya setaraf hotel kot.. boleh bagi 5 bintang..

Kalau nak gi sana elok call siap-siap, jadi tak lama menunggu, kami tengok ramai yang dah booking.. sampai makanan terus terhidang..


Selasa, 28 Mac 2017

Selamat Menyambut Bulan Rejab :: DOA BULAN REJAB ❤πŸ’–



♥ *ALLAHUMA! KEKASIH HATI NAK DATANG ??*♥

Bulan yang penuh berkat...
.
R E J A B  πŸŒΈ
.
Bakal menyusul tiba..
.
*ESOK !* ,

28/3/2017, Selasa malam...
.
So ??
.
Ap kena mengena dgn aq?
.
Haa , time ni la ko blh kumpul mata ganjaran lebih utk akaun akhirat ko..
.
Rugi man..
.
kalau lepaskan bulan baik ni..

*Apa nak buat??*


.
1) Setkan reminder *Malam Pertama* Rajab.

Peruntukkan masa pada malam itu untuk berdoa dan ibadah kerana
.
Al-Imam Muhammad bin Idris As-Syafi'iy οΊ­οΊΏο»² ﺍﻟﻠο»ͺ ﻋﻨο»ͺ meriwayatkan di dalam kitab Al-Umm beliau
.
bahawa malam tersebut merupakan salah satu *malam doa mustajab !*
.
2) Dah mula boleh cari *guru Al Qur'an*,

untuk ulang dan semak bacaan Al Qur'an sebelum gasak tadarrus dalam *Ramadhan* nanti.
.
3) *Revise!*

Buat ulangkaji berkenaan Puasa dan ibadah-ibadah yang berkenaan dalam Ramadhan.
.
4) Semak *baki puasa* yang belum berganti.
.
5) Usahakan mengesan dan mencari *asnaf zakat* untuk diserahkan Fitrah kepadanya dalam Ramadhan atau pada malam raya nanti.
.
6) Rancang hari *balik ke kampung* untuk berbuka puasa dengan ibu bapa.
.
7) Beli *persiapan Raya* lebih awal supaya ibadah dalam Ramadhan tidak terganggu.

8) *Asingkan* lebihan *pendapatan* untuk disedekahkan di dalam Ramadhan nanti.  

9)Jika berkemampuan,rancanglah untuk *berumrah* dalam Ramadhan.

10)Doa supaya Allah panjangkan umur dan sempatkan kita bertemu Ramadhan dan keluar daripada Ramadhan dalam keadaan diampuni.

Sumber :: WhatsApp

KARI KENTANG VIRAL πŸ˜†πŸ˜…πŸ˜ ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)

Hahahaha viral sangat lah kan.. :D 
Kari kentang ni viral kat WA Aweks Blogger yang di ketuai oleh jiran yang balik dari Kundasang tu katanya :p..
Bila tanya masak apa dalam group .. mulalah sorang2 tunjuk apa yang dimasak.. jadi bila gambar kari kentang dikeluarkan oleh mummydearie.. yang dah lama menyelam.. tak timbul2.. blog pun dah 2 bulan dihuni oleh Misteri Wan Peah.. tak gitu ticer Nor Azimah.. jadi semua orang teruja nak mencuba nya.. rasanya saya orang terlewat mencubanya.. :D

Jadi semalam inilah salah satu menu berbuka puasa saya.. dah beli siap-siap 1 kg kentang yg macam ko tu nom.. isi lembut jer.. perghhh memang sedap jiddan ko.. patutlah HD si Mummydiarie suka.. hari-hari kentang pun tak apa hahhaha.. masa WA tu minta juga kat si MD  resepinya tu.. tapi yang saya punya ni versi derhaka sikit.. ikut tekak sendiri jer.. hahhaha..
Moh lah intai resepi kari kentang viral ni ye ;)

KARI KENTANG

Bahannya :-
- 3 biji kentang dipotong ikut suka :)
- 2 ulas bawang putih*
- 3 biji bawang merah* ditumbuk lumat
- Kiub ikan bilis (ikut resepi MD tapi saya ganti dengan segenggam ikan bilis)
- 2 sudu besar serbuk kari
- 1/2 sudu asam jawa (bancuh dengan sedikit air)
- 2 tangkai daun kari ( MD tak letak, saya yg letak biar ada aroma daun kari tu :)
- sedikit garam

Caranya :-
1. Goreng kentang sehingga empok sampai habis dan ketepikan.
2. Kemudian goreng pula ikan bilis sehingga garing, angkat ketepikan.
3. Lepas tu tumis bahan tumbuk bersama serbuk kari, cara saya air asam tu saya gaulkan dengan serbuk kari tu, baru ditumis. Tumis sehingga wangi.
4. Kemudian letak air sedikit hendak bagi kuah basah-basah sikit, kemudian letak sedikit garam , lepas tu masukkan daun kari dan kentang goreng , gaul mesra.
5. Akhir sekali baru masukan ikan bilis goreng, gaul sebentar, tutup api dan angkat.
6. Siap dihidang bersama nasi putih panas. :D

Selamat Mencuba :)

Isnin, 27 Mac 2017

ENAM TANDA ALLAH SAYANGKAN KITA ❤πŸ’–πŸ’žπŸ˜Š







Sumber : Facebook

Jalan-Jalan Johor 3 :: BANGSA JOHOR, ISTANA BUKIT SERENE, FOREST CITY & JPO πŸ˜ŠπŸ˜†πŸ˜πŸ˜™

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)


Jom sambung cerita jalan-jalan Johor ni ye.. minta maaf lah jika ada yang boring membacanya.. sekadar meletak kenangan diblog kecil saya ini.. Beli t-shirt Johor (JDT ) ni masa makan malam di kilang bateri tu.. nak kongsi bangsa Johor dengan atuk walaupun cucu orang Johor ajer hihihi.. saya nak juga beli satu tapi yg tulisan Johor di belah tepi bawah baju tu dah habis.. sampai kesudah mencari tak dapat hehehe..
FIL saya ni orang Johor , Muar Sg Mati.. dalam anaknya yang seramai 10 orang tu seorang jer yang IC 01, pak usu dorang lahir di Hospital Tangkak Johor, 4 orang lagi Melaka ikut arwah MIL dan 5 orang lagi Negeri Sembilan, kata en suami lah..

Kami bersarapan di rumah ajer sebab budak2 ni nak mandi kolam, beli soto, lontong dan sup gear box di Restoran ZZ Sup Tulang, memang power sup tulang nya tu.. Group lelaki gi sarapan kat situ.. lagi sedap panas-panas makan sup kan..

Lepas sarapan kami gerak gi jalan-jalan Johor, mula2 pegi Istana Bukit Serene ni.. dari tempat penginapan kami nampak mahkota yang terseregam indah.. hendaknya waktu malam, bercahaya mahkota ni..
Tengok abam pomade ni.. line rambut memang clear tu hahhaha.. Nabil ni nak ambil gambar dengan askar diraja tu.. tapi boleh dari jauh jer.. dulu kata boleh datang dekat..
sebelum tu bergaduh dengan kak jeeha dalam kereta.. udah kak jeeha dah badmood .. nangis ambil gambar .. aduhai..
Sekejap pun kami kat sini.. panas berdenting.. tu yang saya berpayung nanti sakit kepala hihihi..

Lepas tu pergi pulak ke Forest City ni.. cantik sungguh tempat ni.. kata pulau yang ditambak.. macam nak buat ala-ala Pulau Sentosa Singapura tu.. ada water park, nak bermain dilaut juga.. macam2 ada.. tapi tahan panas lah bila kat pantai tu.. kat water park okey sebab banyak pokok-pokok.. saya dengan jeeha jalan2 kat pokok-pokok tu redup sikit.. tak pula mengambil gambar sebab masa tu mood baru nak ok sikit jer jeeha ni :)

Last sekali pergi JPO tu.. lunch dan solat pun kat sini.. adik ipar saya yang banyak memborong .. saya tak membeli apa pun.. budak2 ni nak jam swacth .. boleh lah bila 70% diskaun tu.. en suami pergi tengok di Levis tak ada yang menarik dihatinya.. 
hampir jam 6pm juga kami disitu, pastu terus balik homestay.. sebab malam nak JJCM lagi.. tempat makan sedap katanya.. next entri lah ye.. ~__^

Jumaat, 24 Mac 2017

Jalan-Jalan Johor 2:: JJCM Kilang BateriπŸ˜†πŸ˜Š

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.

Pada malam sabtu tu kami kami JJCM ke kilang bateri tu.. memang teruja budak2 ni bila masuk kilang bateri tu.. tempat yang diterjah dahulu tentu lah food court tu.. masing2 dah kelaparan.. selalu baca blog kekawan yg berada di Johor tentang kilang bateri.. 

Mar @ Janjikita blog... akak dah terjah weyyy kilang bateri ni.. hapening sungguh :D

Pertama kali kami mencuba mee rebus hj wahid ni.. perghhh kuahnya memang pekat weyyyy.. en suami makan licin pinggan nya.. saya kongsi dengan nabil.. nabil masa tu sibuk dengan Ais Jagung.. ni pun sedap jugak.. 


Lepas tu budak bertiga ni teruja pulak dengan air dalam mentol ni.. memang unik sungguh :)

Lepas tu dorang makan Dim Sum bertingkek-tingkek..
terbaikkkk sodap weyyyy..

Adik ipar saya tergoda dengan Ais Jagung nabil minum.. dia pun oder satu.. satu bekas besar tu..
Okey nanti sambung JJCM johor ni ye ~__^

Khamis, 23 Mac 2017

Jalan-jalan Johor 1 :: Kenduri Kahwin πŸ˜ŠπŸ˜πŸ’–

Assalmualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.

Hari sabtu 18/3/2017 kami sekeluarga menuju ke Johor Baharu untuk menghadiri kenduri kahwin anak sepupu en suami di Ulu Tiram, anak kak Ebit ni tunggal.. kena wajib datanglah kan :)
FIL siang2 dah bagi tahu.. lagi pun dah lama tak jumpa .. last jumpa tahun 2013 masa arwah Mak Utih meninggal.
Tapi kali ini sungguh mencabar perjalanannya.. selalunya 4 jam perjalanan , kami hari tu terpaksa menempuh 2 kali ganda masa tu.. kerana banyak benor jumpa excident.. lagi lah kemalangan maut.. mana nak tunggu polis datang ukur lagi.. namun begitu .. Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah kenduri pada pukul 2pm. dari rumah pukul 7am huhuhu..

Bergambar memang kegemaran mereka ni .. saya tumpang ajer hahaha.. ikut jer lah style yg dorang suruh.. simbol kasih sayang tu..

Bersama mak andak yang tudung biru tu.. adik FIL yg tinggal di Muar sg mati tu.. yang adik beradik lain kebanyakan tinggal di Johor Baharu dan seorang di Singapore.

Melepaklah sampai ke petang .. tak ada gambar Kak Ebit kerana sibuk melayan tetamu yg hadir.. kalau ada pun di kamera man pengantin tu. 

p/s lepas ni tunggu untuk JJCM Johor Baharu ye :)

Rabu, 22 Mac 2017

RESEPI TEPUNG BUNGKUS SEDAP..



Resepi Tepung bungkus sedap

Bahan untuk adunan tepung

1 bungkus tepung beras siam
5 cawan air
12 sudu gula
1 sudu garam
500 gram santan

Bahan untuk inti kelapa

3 biji kelapa parut (diambil putih sahaja)
500 gram gula melaka
1/2 sudu garam
250 gram gula pasir
2 sudu debu pulut
2 helai daun pandan

Cara membuat adunan tepung

1. Masukkan 2 1/2 cawan air, gula, garam dan santan ke dalam kuali dan kacau sehingga mendidih.

2. Baki 2 1/2 cawan air lagi dibancuh bersama tepung dan kacau sebati seterusnya masukkan sedikit demi sedikit ke dalam kuali dan kacau sehingga tepun betul-betul masak dan nampak berkilat.

Cara membuat inti kelapa

1. Masak kelapa parut dengan air sehingga masak

2. Setelah itu masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan, kacau sehingga sebati dan sedikit likat.

3. Bancuh sedikit tepung pulut dengan air dan masukkan ke dalam adunan inti kelapa dan masak sehingga kering dan pekat.

4. Bulat-bulatkan inti kelapa dan gaul dengan debu pulut.

Cara membungkus kuih tepung bungkus

1. Ambil dua lapis daun pisang supaya tidak pecah ketika mengukus.

2. Letakkan sesudu tepung ke atas daun pisang dan ratakan sedikit.

3. Setelah itu masukkan 2 biji inti kelapa dan tutup dengan satu sudu lagi adunan tepung.

4. Bungkus dan lipat dengan rapi daun pisang supaya adunan tak terkeluar.

5. Kukus selama 20-25 minit.

6. Kuih tepung bungkus anda sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba

Sumber :: Facebook

Jumaat, 17 Mac 2017

PENAWAR SAKIT DARI AL QURAN.

Assalamualaikum

TIAP TIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MATI.

*Demam Panas*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa {Bismillahil Kabir ...}
4. Doa Penyejuk

*Selesema*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
4. Doa Penyejuk

*Penyakit Kulit*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}

*Sakit Kepala*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Sakit Kepala {al-Waqi'ah : 19}
4. Doa {Bismillahil Kabir ...}

*Sakit Sendi*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}

*Sakit Mata*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penyakit Mata
a. Doa Kesembuhan Penyakit
b. Surah Qaf : 22
c. Surah al-Qalam : 5

*Buta Seluang*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Buta seluang

*Sakit Mata Sebab Sihir*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Menentang & Melawan Sihir
a. Surah Yunus : 81-82
b. Surah al-'Araaf : 118-122
c. Surah Taa Haa : 69
d. Surah al-Nissaa' : 84
e. Surah Yusuf : 64
4. Doa Menghindar Syaitan
5. Doa Penyakit Mata

*Tahi Mata Berlebihan*
1. Surah al-Fatihah
2. Doa Tahi Mata Berlebihan

*Mata Dimasuki benda*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penyakit Mata

*Sakit Perut*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7 Kali}
4. Doa Sakit Perut

*Batuk*
1. Surah al-fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}

*Bisa*
1. Surah al-Fatihah
2. Bismillah Tujuh
3. Bismillah Lima

*Sesak Nafas*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. al-Mu'awwizat (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq & Surah al-Nas}
4. Surah al-Insyirah
5. Doa Melegakan Sesak Nafas
a. Surah al-An'am : 125
b. Surah al-Zumar : 22

*Dada Berdebar-Debar*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. al-Mu'awwizat
4. Doa Melegakan Debaran Dada
a. Surah al-Ra'd : 28
b. Surah al-An'am : 13
c. Surah al-Syura : 33
d. Surah al-Furqan : 45

*Sakit Gigi Biasa*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
4. Doa Sakit Gigi

*Sakit Gigi Bernanah, Gusi Bengkak & Barah Gigi*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa Pengecil
4. al-Mu'awwizat

*Kencing Malam*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah {Surah al-Mukminun : 115-118}
3. Ayat Penahan {Surah Hud : 44}

*Cirit-Birit*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghalang sakit {Baca 7X}
5. Doa Sakit Perut

*#(INSYAALLAH DENGAN IZINNYA ALLAH SWT SETIAP PENYAKIT ADE UBATNYA,SEMOGA PERKONGSIAN INI UNTUK KITA BERSAMA)*✍🏻

Khamis, 16 Mac 2017

Tips Kekal Sihat Di MUSIM PANAS πŸ’₯πŸ’₯

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua beraada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Sekarang ni dah mula musim panas kan kekawan.. semalam keluar sekejap ajer ke hospital cek darah pun punya lah panas berdenting.. memang berpayung saya keluar dari kereta menuju ke DEMC tu.. 
Bila musim panas begini kena minum air kosong banyak2 dan jangan ada aktiviti diluar dari pukul 11am hingga 4pm tu.. takut kena strok haba kan..
Semoga Allah melindungi diri kita semua ..




Dear all, krn fenomena Equinox yg akan mempengaruhi Malaysia, Singapura dan Indonesia mulai hr ni hingga minggu depan.. Pls tinggal dalam rumah terutama dari jam 12 th hingga 3 ptg setiap hari. Suhu akan meningkat hingga 40 derajat Celcius. Hal ini boleh menyebabkn dehidrasi dan stroke haba (Ps:. Fenomena ini adalah krn matahari berda pd posisi tepat di atas garis khatulistiwa pd  20 Mach

Harap menjaga diri agar tdk dehidrasi. Setiap orang harus minum kira2 tiga liter air masak setiap hari. Memonitor tekanan darah. Kemungkinan mendapatkan serangan stroke haba

Mandi air sejuk sekerap mungkin. Kurangkn mkn daging, perbanyakn mkn buah & sayuran.

Tempatkan lilin tdk terpakai di luar rumah. Jika lilin boleh cair, berarti udara dlm suhu yang berbahaya.

Selalu letakkn baldi berisi air di ruang tamu & di setiap bilik utk menjaga suhu tetap lembab.

Pengalaman pertama di Malaysia dan Singapore. Heat stroke yg tdk memiliki gejala indikasi. Setelah pengsan, yg serius berbahaya seperti kegagalan organ dalaman.
Hari menjadi lebih serius mungkin lebih dari 2 minggu ajn datang. Bioleh sampai 9 darjat lebih tinggi dari biasanya !

http://www.straitstimes.com/singapore/warmer-days-likely-over-next-2-weeks-nea

Sumber : WhatsApp