JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 31 Mac 2015

AYAM TOMATO

Assalamualaikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik hendaknya.. 

Sejujur-jujurnya saya tak pernah masak sendiri ayam tomato ni.. Nabil punya suka makan 

kalau pergi rumah kenduri kahwin.. Jadi sewaktu sekodeng FB ada pulak resepi Ayam 

Tomato yg mudah ni.. teruja juga nak mencubanya.. Kita save dulu disini lepas tu baru 

cuba ye :)



Ayam Tomato - by Kembar Siam
Bahan2nya
10 keping kepak ayam di belah dua, rempahkan dengan kunyit serbuk, cili kisar dan garam - di perap sebentar
3 ulas bwang putih di tumbuk halus
1/2 inch halia di tumbuk halus
4 biji buah keras ditumbuk halus
2 potong akar ketumbar di tumbuk halus
Daun ketumbar di potong kasar2
1 batang serai dititik
1/2 mangkuk bawang kisar
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh serbuk jintan halus
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 sudu besar cili kisar
1 tangkai daun kari
3 biji buah tomato dipotong dadu2 kecil
2 sudu besar bawang merah goreng
2 biji ubi kentang di potong wedges (digoreng dulu)
1 lobak merah dipotong dadu
5 sudu besar tomato sos
Minyak untuk mengoreng ayam dan menumis
Cara2nya
Panaskan minyak di kuali, goreng ayam nya 3/4 suku masak, kemudian di tepikan. Panas minyak di periok, letakan sebatang serai yang di titik, goreng ia sebentar kemudian masukkan bawang kisar, bahan yang ditumbuk halus. Goreng rencahnya hingga ia bangkit aroma nya, letakan cili kisar, serbuk rempah2 nya, buah tomato, goreng nya hingga tomato nya lembut dan sebati, masukkan lobak merah, bawang merah, daun kari dan daun ketumbar dan sos tomato. Letakan garam dan gula secukup rasa, kalau ia pekat, letakan air secawan, masukkan ayam yang sudah di goreng. Gaulkan supaya sebati. Biarkan kuah nya pekat semula sebelum tutup api nya. Sajikan dengan nasi putih. Taburkan bawang merah goreng dan daun ketumbar sedikit.
Suka · 

Isnin, 30 Mac 2015

KEK PANDAN KUKUS

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi jua hendaknya..
Hari ni saya ada kursus kualiti selama dua hari.. so ni entri autopublish la.. jom jamu mata dengan kek pandan kukus yg gebusss.. kalau ada masa nak juga mencuba ni ehe.. apa2 hal kita save dulu .. Biasalah hasil sekodeng dari di wall FB :)





RESEPI KEK PANDAN KUKUS

Bahan:

6 biji putih telur 
2 cawan gula halus
6 biji kuning telur
1 cawan pati santan
1 cawan air daun pandan -
perahan 6 helai daun pandan yang besar

Bahan diayak:

4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate soda

Cara membuatnya:

Pukul putih telur bersama gula halus sehingga betul2 kembang, masukkan kuning telur dan pukul lagi.

Masukkan santan dan sari pandan, kacau rata. Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit2 sampai habis sambil dikacau perlahan2 sehingga sebati.

Masukkan dalam loyang yang sesuai yang dilapik dengan kertas minyak terlebih dahulu.

Pastikan air kukusan mendidih dahulu ketika meletakkan adunan kek untuk dikukus.

Kukus menggunakan api sederhana lebih kurang 45 minit atau sehingga betul2 masak.
 —

Ahad, 29 Mac 2015

PUDING ICE CREAM OREO

Assalamualaikum kekawan ...

Selamat berhujung minggu, jom kita cuba puding yg sedap ni , sedap makan masa musim panas ni kan.. tapi saya tak cuba lagi ehe .. simpan dulu kat sini ye.. terima kasih pada penyumbang resepi.. saya ambil dari wall FB saya ni :)



Puding Ice Cream Oreo ..sedapnya 

Bahan2:

25g agar2 bertali ( dipotong kecil2)
1250ml air
1 Tin susu cair
1 cup Gula
1 Sudu teh esen Vanila
1 Biji telur
1 Bungkus Biskut Oreo ( dikisar halus)
1 cup Ice Cream ( 5/6 scoop ice cream) ** apa2 perasa ice cream pun boleh**

Cara membuat:

Masak Agar2 bertali dengan 1250ml air tadi hingga larut...
kemudian masukkan gula...kacau sebati. Blendkan Telur, susu cair , Ice Cream, & Esen Vanila Kemudian satukan dengan adunan agar2 yang dimasak tadi....

Kacau rata , & akhir sekali masukkan Biskut Oreo yang telah dikisar...kacau lagi biar sebati ye...dah sebati, tutup api...

Sediakan Loyang...Tuangkan adunan & sejukkan dalam Freezer...dah siap! 

Sabtu, 28 Mac 2015

PISANG GORENG RANGUP (RESEPI HOTEL)

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya..
Selamat hari sabtu kekawan.. jom kita breakfast goreng pisang rangup resepi hotel ni.. Ni kawan saya postkan di FB .. nampak rangupkan kekawan.. :)



PISANG GORENG RANGUP (RESEPI HOTEL)

2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder (jenama Royal)
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna)
1 biji telur

air secukupnya
2 sudu besar marjerin - dipanaskan hingga cair dan disejukkan.

CARA PENYEDIAAN
1. Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat - adun guna tangan bkn sudu.
3. Masukkan marjerin cair juga gaul dengan tangan.
4. celup pisang dan goreng dalam minyak yang panas.

*adunan ini sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, keledek, cempedak, roti, tempe dll

*resepi daripada Hairul, dah try dah...memang rangup, mertua memang cukup puji bila dihidangkan cempedak goreng guna adunan resepi ni.

Jumaat, 27 Mac 2015

CUKAI DAN "ULAMA CUKAI"

Assalamualaikum kekawan...

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

Terkesan pula membaca artikel yg dikongsi oleh Dr MAZA ni di FB nya saya kongsi pula disini, semoga bermanfaat..






CUKAI DAN 'ULAMA CUKAI'.
Pada Jun 2008 semasa saya menjadi Mufti Perlis kali pertama, saya menulis sebuah artikel berjudul AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKANORANG MISKIN. Artikel turut disiarkan oleh Akbar Utusan Malaysia pada masa itu. Artikel ini merujuk kepada isu harga minyak melambung naik pada zaman itu. Pihak kerajaan berkempen agar rakyat berjimat cermat dan ‘mengubah gaya hidup’. Golongan agama juga digunakan untuk berkempen. Kenaikan harga minyak secara mendadak yang dilakukan oleh pihak kerajaan ketika itu amat membebankan lapisan masyarakat yang berpendapatan rendah. Berikut beberapa potongan dari artikel berkenaan;

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi r.h (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad. Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Teladan Saidina ‘Umar
Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).
Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).
Alangkah Buruknya..
Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Khamis, 26 Mac 2015

SENYUM PAGI KHAMIS (^____^)

Rabu, 25 Mac 2015

Selasa, 24 Mac 2015

AYAM PERCIK BERKUAH SAMBAL LEMAK

Assalamualikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya ...
Salam petang yg ceria :)

Biasalah petang hari ni balik sekodeng di FB , jumpa pulak resepi Ayam Percik Berkuah Sambal Lemak yg mudah dan nampak sedap ni.. tengok kuah perciknya yg pekat tu.. tak sabar pulak nak mencubanya :)





Ayam Percik ala papajoh berkuah sambal lemak. Bon Appetit

Bahan2nya
800gm Ayam Segar yang tak bertulang

Bahan2 rempah perap ayam
2 batang serai dikisar
2 inch halia dikisar
1/2 inch kunyit hidup dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 biji bawang besar dikisar
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar biji ketumbar
Garam & gula secukup rasa
100gm krim santan
Gaulkan bahan2 kisar dengan ayam dan perap untuk sejam.

Cara2nya
Panaskan minyak dikuali dan goreng ayam nya sehingga setengah masak semuanya. Toskan dan tepikan. Rempah lebihan yang dikisar tadi, di goreng dikuali yang bersih, letakan cili kisar dan bawang kisar sedikit. Letak 1/2 kuib knorr ikan bilis. Bila sambal nya sudah mula mendidih letakan santan 100gm gaulkan rata, letakan garan dan gula secukup rasa. Ayam yang di toskan tadi diletakan kedalam oven dan di panggang dalam 15mins di suhu 160C. Tinggikan suhu nya ke paras 200C dan panggang di api atas untuk 2mins. Sajikan dengan nasi putih dan lauk2 lain.Tuangkan kuah sambal lemak keatas ayam goreng tadi.

Isnin, 23 Mac 2015

Alhamdulillah.. SIAP Dah RUMAH Baru ABAH...

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah jua hendaknya..

Semoga roh abah dicucuri rahmat Ilahi..
Pada 17 Mac 2015 , Alhamdulillah siap sudah menaikan batu nesan utk arwah abah, pada tarikh itu genap dua bulan arwah abah pergi meninggalkan kami sekeluarga.. jadi semalam, ahad kami adik beradik mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil buat arwah abah.. kami buat pada sebelah pagi bermula pukul 10.30 pagi, sebab petang masing2 nak menghantar anak2 pulang balik ke asrama. 


Pada hari khamis tu, mak pergi menziarahi pusara abah bersama adik saya Itam, mak cerita selepas balik menziarahi pusara abah, malam tu mak mimpi arwah abah, mak kata abah bawa mak pergi berjalan-jalan kesuatu tempat yg sangat cantik, cerita mak lagi dalam mimpi tu wajah abah masa muda , gambar muda macam dalam kad pengenalan dulu, dalam mimpi tu mak sangat manja dengan abah, siap lentuk-lentuk kepala dibahu abah sambil berbual-bual dengan abah, gelak kami adik beradik dengar cerita mak tu.. pastu kakak saya menyampuk mesti mak rindu dengan arwah abah tu.. mak senyum aje.. pastu mak sambung cerita balik, lepas mak jalan2 tu abah hantar mak balik rumah, tiba2 mak terdengar macam abah cakap , "bangun yat dah pukul 4 ni.. " ayat seperti abah bangunkan mak selalu, bila mak tersedar memang mak tengok dah nak pukul 4 pagi,   memang itu lah routin abah selalu bangun awal pukul 3 pagi dah bangun mandi dan buat solat -solat sunat.. bila dah nak dekat subuh abah dah gi masjid.. 

Semakin rindu saya pada arwah abah saya, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama para solehin dan dicucuri rahmat Ilahi. Al Fatihah . Aamiin..



Ahad, 22 Mac 2015

RESEPI TAU FU FA... Siapa rajin boleh cuba ^__^

Assalamualaikum kekawan..Selamat berhujung minggu.. 

Siapa rajin nak buat boleh cuba resepi buat Tau Fu Fa ni.. saya selalunya bila di pasar malam jer ehe :) 
Tengok resepi macam mudah jer.. teingin nak buat sendiri pun ada juga ni.. kita save dulu kat sini.. esok senang nak cari.. kawan saya ni rajin betul buat.. ambil kat FB lah ni , mana lagi kan :)


RESEPI TAU FU FA

Bahan-bahannya :
● 250 gram Kacang soya - rendam selama 4 jam atau lebih
● 1 liter air
● 1 sudu teh gypsum powder
● 1 sudu besar tepung jagung dan 1/4 cawan air panas

Untuk air gulanya :
Rebusan air gula dan daun pandan. Terbaik kalau gula melaka.

Cara-caranya :
1. Kisar kacang soya bersama air. Perah air soya guna penapis teh tarik atau penapis yg sesuai.

2. Masak perahan soya sehingga mendidih dan biar lama sikit.

3. Bancuh tepung jagung,air dan gypsum powder. Letakkan dalam bekas.

4. Tuangkan rebusan air kacang soya tadi ke dalam bekas berisi gypsum powder. Biarkan disitu sampai sejuk. Ingat jangan sesekali cuba kacau pati soya tu dengan bancuhan gypsum powder. Biarkan dan jangan diusik-usik, takut2 nanti cair dan tak jadi.

5. Bila dah sejuk boleh pindahkan dalam peti ais. Boleh dimakan dengan air gula.

Sabtu, 21 Mac 2015

KERABU KACANG BOTOL IKAN PEKASAM

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya :)

Weekend ni kemana kekawan.. tentu ada yg memenuhi undangan perkahwinan.. bagi yg tiada kemana jom mencuba Kerabu Kacang Botol Ikan Pekasam ni kekawan.. pembuka selera untuk menambah nasi dalam pinggan ehe :)
Ini kes saya sekodeng dekat FB lah.. kawan saya yg sorang ni memang suka post masakan yg membuat saya terliur nak mencuba :)




Kerabu Kacang Botol Ikan Pekasam

Bahan:
300 gm kacang botol
1 ekor ikan pekasam goreng dan ambil isi
1 batang bunnga kantan, mayang nipis
1 labu bawang besar, mayang nipis
3 tangkai cili api, ditumbuk
5 biji limau kasturi, ambil jusnya
4 sudu besar kelapa parut disangai sehingga kekuningan
secubit garam

Cara menyediakan:
Hiris kacang botol.
Campurkan semua bahan dan gaul rata.
Sedia dihidang dengan nasi putih.
.

Jumaat, 20 Mac 2015

PUDING SAGU GULA MELAKA


Assalamualaikum kekawan.. Salam petang yg ceria :)

Sedap pulak tengok Puding Sagu Gula Melaka yg dipostkan oleh kawan saya di FB ni.. sedap makan masa musim panas ni kan kekawan.. weekend ni macam nak buat jer :)




Puding sagu gula melaka

Bahan-bahan:

Sagu Merah

1 cawan sagu
3 cawan air
1/2 cawan gula
5 titik sirap ros

Sagu Hijau

1 cawan sagu
3 cawan air
1/2 cawan gula
setitik perisa pandan
sedikit pewarna hijau

Sirap Gula Melaka

2 ketul Gula Melaka
1 cawan air
sedikit daun pandan

Santan Lemak Manis

3 cawan santan
sedikit garam sedikit
daun pandan

Cara- cara :

Sagu Merah

1. Basuh sagu.Toskan.Didihkan sagu bersama air hingga mendidih. Titikkan sirap.

2. Kacau sehingga sagu kembang dan menjadi jernih. Proses ini mengambil sedikit masa. Jika sagu masih belum jernih dan airnya telah kering, tambahkan sedikit demi sedikit air lagi sehingga ia menjadi jernih.

3. Masukkan gula. Kacau rata.

4. Kemudian masukkan ke dalam acuan dan biarkan ianya mengeras dan sejuk.

Sagu Hijau

1. Basuh sagu.Toskan.Didihkan sagu bersama air hingga mendidih. Titikkan pewarna hijau dan perisa pandan.

2. Kacau sehingga sagu kembang dan menjadi jernih. Proses ini mengambil sedikit masa. Jika sagu masih belum jernih dan airnya telah kering, tambahkan sedikit demi sedikit air lagi sehingga ia menjadi jernih.

3. Masukkan gula. Kacau rata.

4. Kemudian masukkan dalam acuan dan biarkan ianya mengeras dan sejuk.

Sirap Gula Melaka

1. Cairkan gula melaka dan air bersama2 daun pandan di atas dapur.

2. Kacau hingga semua gula melaka hancur. Tutup api.sejukkan pada suhu bilik

3. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk

Santan Lemak Manis

1. Didihkan santan,daun pandan dan sedikit garam.

2. Kacau sentiasa untuk mengelakkan ianya pecah minyak dan berketul-ketul.Tutup api.sejukkan pada suhu bilik.

3. Masukkan dalam peti sejuk untuk menghidangkannya... masukkan sagu + air gula melaka + santan ke dalam cawan.

Renungan Jumaat :: TAULADAN DARI SI PENJUAL LAKSA


Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendak...

Saya terima dari group whatapps , dikongsikan disini semoga memberi manfaat..




Khamis, 19 Mac 2015

ON GOING BERTERUSAN YE.. BOLEH BERSEDEKAH LAGI :)

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria.. 



Tadi sahaja tengok si Nuffnang ni, dah lama tak bertandang ke sini, sekali tu tengok ...
Alhamdulillah ada 22 yg tengah on going. Terima kasih en nuffnang.. teruslah menari-nari bertandang ke sini.. boleh saya terus bersedekah lagi.. 
Alhamdulillah pengeluaran yg pertama  yang-ditunggu-sudah-tiba.telah selamat saya sedekahkan di Maahad Tahfiz Kelantan, kirim pada adik yg nak balik kampung Kelantan dan masa tu kan Kelantan teruk dilanda banjir.. 


Bila saya tengok apa yg mereka cari, kebanyakan mereka mencari resepi di blog saya yg carca marba ni.. bukan blog masakan saya ni pun.. Alhamdulillah memberi manfaat juga pada kekawan yg mencari resepi yg tak seberapa ni.. purata dalam sehari yg menjengok blog adalah dalam 4000++.
Terima kasih kepada yg sudi bertandang ke blog saya ni ye :)

ROJAK BANDUNG... eeemmmm dapnyaaa :)

Assalamualaikum kekawan...

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

Tiba-tiba sedap pulak tengok rojak bandung ni.. gara2 sekodeng FB pepagi hari.. sudah 

meleleh air tengok .. Apa lagi kita save dulu kat sini lepas tu kita cuba buat pulak.. ehe bila 

lah masa saya nak buat ye kekawan..




Rojak Bandong - Rozita Hassan
Rojak Bandung bersos kuah petis. Cuttlefish & Kang Kung Rojak with shrimp paste sauce.
Bahan2nya
1 ekor sotong kering yang sudah di kembangkan,dipotong dadu2 diclurkan dalam air panas bergaram
2 keping tauhu digoreng dihiris2
1 paket daun Kang Kung (organic - ikut citarasa) di celurkan
1 cawan kacang goreng di tumbuk tak terlalu halus
1 batang timun di hiris2
Sosnya
3 sudu besar petis
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar jus limau (2 limau kasturi)
6 sudu besar gula melaka dicairkan dulu
2 sudu besar gula pasir
1/2 botol sos tomato ketchup
Air secukup nya
Cara2nya
Semua bahan2 seperti sotong dan kang kung di celurkan dalam air panas bergaram. Dipotong dadu kecil dan ditoskan dan tepikan. Tauhu digoreng dan di hiris2 ikut citarasa. Kacang goreng tak berkulit ditumbuk tak terlalu halus. Boleh gunakan kacang paket dikedai yang sedia ada. Sajikan dipinggang lebar sebelum dituangkan sos petis nya.
Sosnya,
Masak dan cairkan seketul gula melaka dalam periok yang berair sedikit. Letakan gula pasir, jus limau, cili kisar, sos tomato dan petis. Masak sosnya kacau, letakan sedikit air. Sos nya jangan terlalu cair. Rasa sos kuahnya, ia mesti masam manis dan pedas sedikit(ikut citarasa.

Rabu, 18 Mac 2015

WW :: Lama Tak Dapat GOODIES Ni ^___^


Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik...


Telur pindang... emmm dapnyaaa :)
Dah lama tak makan telur pindang ni, dapat goodies dari adik ofis mate ni.. selalunya orang Johor yg rajin masak telur pindang ni kan kekawan.. :)


Selasa, 17 Mac 2015

Raikan CINTA :: NORDIANA & IZUDDIN ~ 14 Mac 2015

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberi kesihatan yg baik hendaknya :)

Pada 14 Mac 2015 hari Sabtu yg baru lalu , kakak andak saya menyambut menantu yg ketiga pulak, buat kenduri rumah mak di Kuang, kami buat sederhana sahaja. Tambahan kami baru kehilangan ayahanda yang tercinta dan suami kakak andak saya ni dua minggu sebelum kenduri di serang penyakit jantung, oleh kerana kenduri telah dirancang jadi terpaksa lah diteruskan, ayah pengantin ni pun minta cuti keluar dari IJN untuk menikahkan anaknya ini.. minggu depan masuk semula ke IJN untuk dibuat Bypass jantung. Semoga diberikan kemudahan pada pembedahannya itu.

Pagi pada pukul 8.30am bermula dengan majlis khatam Al Quran oleh pengantin ni..Diteman oleh Nabilah dan Najeeha utk khatam Al Quran tu, bergilir-gilirlah mereka membaca Al Quran tu..

Pada pukul 11.00am pula majlis pernikahan pula, nikah buat dirumah sahaja, Alhamdulillah sekali lafaz saja, sah mereka bergelar suami isteri.

Pada pukul 1.30pm pula majlis bersanding .. pengantin lelaki bersiap di homestay yg disewa, InsyaAllah, sabtu depan kami ke Klang pula untuk menghantar kesana bagi majlis menyambut menantu pihak lelaki..

Sama cantik sama sepadan ke dua pengantin ni.. warna hijau menjadi pilihan mereka.. entah mengapa tak ada pula gambar sekeluarga lupa diambil bersama pengantin.. gambar ni pun dari kamera handphone cap ayam saya ni jer.. tu lah gambar kurang cantik.

Petang tu sempat juga bagi mereka yg lahir bulan Mac untuk menyambut hari kelahiran mereka, Selamat hari lahir buat kak angah saya , ayah pengantin (tapi tak ada dalam gambar) dan tiga orang anak buah saya Izzat, Khairul dan Dany. Semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yg baik hendaknya.

Kepada Nordiana dan Izuddin semoga Perkahwinan ini kekal hingga ke jannah dan bertabahlah dalam menempuh kehidupan baru sebagai pasangan suami isteri hendaknya.. 

Isnin, 16 Mac 2015

5 NASIHAT MOTIVASI UNTUK DIRI

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya...




5 NASIHAT MOTIVASI UNTUK DIRI

1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.

2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERBAGI ILMU.

3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.

4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau RAPATKAN DIRI.

5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM dan BERLALU PERGI.

Ahad, 15 Mac 2015

KEK BUAH NAGA MOIST

Assalamualaikum kekawan...

Selamat berhujung minggu... tentu ada yg memenuhi undangan perkahwinan kan.. maklumlah cuti sekolah telah bermula.. boleh lah kita gantung periuk kuali weekend ni kan.. oleh sebab nak pergi kenduri kahwin kita sekodeng dulu FB tengok apa lagi yg dipost oleh kawan saya ni lagi... pastu apa lagi save dulu disini nanti kita cuba pulak :)




RESEPI KEK BUAH NAGA MOIST
Bahan-bahan
*1 cawan tepung kek/superfine
*1 sudu besar serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1/2 sudu kecil soda bicarbonat
*1 sudu kecil garam
1/2 cawan buttermilk
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil pewarna merah
1/2 cawan butter cair
1/2 cawan buah naga lecek
sedikit buah naga didadu
1 biji telur A
esen vanila
Caranya:
Campurkan tanda * ke dalam mangkuk dan ketepikan.
Campurkan bahan - bahan yang lain ke dalam mangkuk dan sebatikan.
Masukkan bahan cecair ke dalam bahan kering. Gaul sebati tapi jangan overmix.
Bakar pada suhu 170 C sehingga masak.
Sejuk dan boleh dinikmati.
Suka · 

Sabtu, 14 Mac 2015

BEBOLA DAGING BEREMPAH

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya...
Apa lagi saya ni... balik sekodeng FB.. tengok sedap pulak yg ditayang oleh kawan saya di wall FB.. so save dulu disini :)




Homemade Spicy Meatballs. Bebola daging berempah. (Resepi Baru) Bon Appetit.
Bahan2nya
1 kg daging cincang
1 biji bawang besar dipotong dadu kecil
5 tangkai daun sup di potong dadu kecil bersama batang nya
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan halus
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk buah pala
Garam secukup rasa
1 sudu besar madu asli
Minyak zaitun
Untuk sosnya
1/2 mangkuk daun pudina - dicincang halus
Minyak zaitun
Jus lemon
Madu asli
Cara2nya
Letak daging cincang dalam basin besar/luas. Letakan bawang dadu, daun sup garam, serbuk2 yang di sebut atas dan gaulkan bersama tangan supaya sebati. Kemudian buat bebola ikut citarasa besar nya. Sebelum itu, buat bebola kecil sebagai contoh untuk di rasa, goreng di kuali kecil dengan sedikit minyak. In untuk mempastikan daging nya cukup rasa. Sesudah selesai membuat bebola daging nya. Anda ada dua cara untuk memasak letakan di oven atau goreng dikuali. Gaulkan sedikit minyak sebelum digoreng atau dipanggang di oven. Panaskan oven dalam 160C api grill atas yang berkipas. Letakan secukup bebola daging anda dalam dulang pembakar dan tutup dengan foil. Ambil garfu atau toothpick dan buat lobang2 kecil. Panggang daging nya dalam 8-10mins, buka foil nya dan panggang dalam 3 - 5mins. Anda pun boleh goreng nya dikuali tanpa minyak untuk mendapatkan tanda2 goreng di bebola daging anda. Siapkan sos anda, dengan mengaulkan minyak zaitun, jus lemon, madu dan daun pudina. Buat secukup untuk hidangan anda. Sejukkan sos nya di peti ais sebelum di sajikan. Selamat mencuba.