JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 31 Mei 2012

Meraikan bersama kawan memang seronok ^__^

Dari sehari nak membuat entri Nabil sambut hari lahirnya di tadika tapi asyik terlupa lah pulak.. mungkin dah seminggu berlalu tapi saya nak buat juga entrinya disini. Sekurang-kurang ada juga kenangan dikemudian harikan. 

Ini lah goodies utk kawan nabil ada 50 beg

Masa saya datang mereka sedang minum pagi dalam pukul 10.30am

Seronok bersama kawan-kawan meraikan

Mama pun tumpang gembira




Goodies tu nak beri sendiri pada kawan-kawan dia, kemudian minta bergambar bersama.. ^__^
Bersama kawan-kawan perempuan pula..
Lepas dapat goodies, elok jer duduk ramai-ramai makan :))

Kemudian guru beri kek yang telah dipotong sedikit seorang duduk dalam bulatan.

Seronok sungguh mereka, Nabil pula ini kali pertama menyambut hari lahir di tadika bersama kawan-kawan

Kari Burung Puyuh Berserai

Hari ni saya masak kari burung puyuh untuk makan malam... burung puyuh ni saya beli pada kawan pejabat saya, dia ni rajin orangnya, burung puyuh ni dia ternak sendiri, pandai cari side income kan.. Saya guna resipi Mat Gebu disini kari-daging-berserai. Saya gantikan daging dengan daging burung puyuh ni..Memang sedap sebab terasa serainya... wangi jer masa menumis bahan tumisnya tu sehingga menarik perhatian Kak Jeeha yang sememangnya peminat kari.

"Wah, mama masak karilah, best", katanya yang datang dari depan rumah ke dapur , bila aroma kari itu menerpa deria baunya..

"Mama masak kari apa tu"? tanyanya lagi

"Kari Burung Puyuh", jawab saya

"Tak sabar nak makan, baunya pun dah buat Jeeha lapar", katanya. Wah sungguh teruja sungguh anak saya yang sorang ni bila lauk kegemarannya dimasak.

Mari kita semak resipi dari Mat Gebu ni... masakan ini juga telah dicuba oleh kak azlita  masam manis... kak azlita lagi kreatif, saya buat biasa ajer. Terima kasih Cik Mat Gebu dengan resipi yang sedap ini..



KARI BURUNG PUYUH BERSERAI

BAHAN-BAHANNYA:-)
5 ekor burung puyuh
4 biji kentang saiz sederhana, kupas, belah 4 setiap sebiji dan rendam
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
2 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama Baba's)
1/2 cawan pati santan
1 camca besar penuh kerisik
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
1/2 camca besar gula melaka

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai, hiris halus

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari, dilurut

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Rempah kari dibancuh bersama bahan2 kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan cili dan tumis hingga garing. Masukkan bahan kisar + rempah kari tadi dan tumis hingga pecah minyak.
  2. Masuk kentang (toskan dulu), gaul rata, masak sekejap dan masukkan burung puyuh. Tambah air jika perlu. Masak hingga kentang empuk, masukkan asam gelugor dan pati santan, kacau rata dan biar mendidih.
  3. Tambah garam secukup rasa, gula melaka dan tomato, masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api, Hidangkan bersama nasi atau roti prata....
Selamat mencuba kawan-kawan !

SYABAS MALAYSIA - BERJAYA BENAM JUARA ASIA


Pagi tadi saya singgah di Restoran Ali Bistro.. nak order Tosei untuk sarapan pagi, sambil tu tengok berita pagi di TV3, keluarlah berita ni, yang bestnya 1 minit perlawanan nak berakhir, Malaysia berjaya menjaringkan gol untuk meraih kemenangan. Gembirannya saya, saya suka bermain hoki, masa sekolah menengah dulu bermain hoki untuk rumah sukan.. bestkan..


BENAM JUARA ASIA...Skuad hoki negara meraih 
kemenangan pertama pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 
dengan mencipta kejutan menewaskan juara Asia, Pakistan 3-2 di Ipoh, malam tadi.

Muhammad Razie ledak gol kemenangan seminit sebelum tamat

JARINGAN Muhammad Razie Abd Rahim seminit sebelum tamat perlawanan membantu tuan rumah, Malaysia mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Pakistan dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 di Ipoh, malam tadi.

Ketika perlawanan tampak menuju seri 2-2, pakar pukulan sudut penalti negara itu menguis kencang melepasi celah kaki penjaga gol Pakistan, Imran Shah untuk menghasilkan kemenangan pertama negara dalam kejohanan edisi ke-21 itu. 
SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah berkenan bertemu pemain
 selepas Malaysia mengejutkan Pakistan di Stadium Azlan Shah,
 Ipoh malam tadi. Malaysia menang 3-2.

Pada perlawanan malam tadi, Malaysia yang memburu kemenangan pertama sebaliknya tambah tertekan apabila lawan mendahului 2-0 selepas 12 minit saingan berlangsung.
 Muhammad Umar Bhutta membuka jaringan pada minit ke-4 diikuti oleh Shafqat Rasool lapan minit kemudian.

Begitupun anak buah Tai Beng Hai bangkit melawan dan Amir Farid Ahmad Fuzi menyemarakkan semangat tuan rumah apabila menolak ke dalam gawang bola yang melantun ke arahnya dari tampanan pemain lawan, Rashid Mahmood sejurus sebelum rehat.

Malaysia menggandakan usaha pada babak kedua dan berjaya menekan hebat kubu lawan. Usaha mereka berhasil apabila penjaring prolifik, Faisal Shaari menyamakan kedudukan pada m-48.

Sementara itu, rekod tanpa kalah New Zealand lebur apabila tumpas 2-1 kepada Britain. Begitupun kekalahan itu tidak menjejas kedudukan pasukan Kiwi itu selaku pendahulu kerana masih berada di takhta carta berdasarkan kelebihan jaringan.
Jaringan Ashley Jackson pada m-18 dan Matt Daly (27) mencukupi buat pasukan ranking keempat dunia itu merakam kemenangan keduanya. Manakala gol New Zealand disumbangkan oleh Andy Haward (62).

Pagi-pagi blog saya dah diisi dengan berita ;D




Rabu, 30 Mei 2012

WW: Projek cuti sekolah

Kak Nabilah kata cuti sekolah ni dia nak siapkan jigsaw puzzle yang di beli di Pasar Tani Shah Alam . Caiyok !  kak Nabilah...

500 pieces tu...
Possing dulu..


Tekun membuat.. saya kata mulakan bahagian tepi dulu

Selasa, 29 Mei 2012

KEK KARAMEL MUDAH

Saya rasa, saya pun terkena sumpahan tujuh keturunan itu ,seperti yang kak azlita kata tu.... tapi tak tahu bila ianya akan berakhir... ini adalah percubaan saya kali ketiga... masih tak puas hati sebab karemelnya merekah lah... bercapuk dan tak sekatalah... tapi rasanya tetap mantap dan menyelerakan, en suami pun suka kek ni, en suami kata tak ape rupa parasnya tak cantik asalkan rasanya sedappp... ini kata-kata untuk menyejukan hati si isteri yang berduka lara melihat kejadian kek ini...

kek dah elok gebu tapi karemelnya terpecah...
Sesiapa boleh tolong saya agar karemelnya tak terpecah dan bercapuk-capuk tu.. saya dah guna kedua-dua kaedah yang kak azlita bagi tu. Yang ini saya guna cara steam bath, licin dah permukaannya cuma terpecah.. kalau kaedah terus bakar tu karemelnya pula bercapuk-capuk..

Kaedah steam bath saya gunakan

kata kak azlita biar di oven sampai kek merenggang sendiri
Bila terbalik kan kek tu karemel dia terpecah so cover
dengan strawberry haha

Resipi ni sungguh senang tapi sangat berhati-hatilah pula untuk membuatnya... ini untuk saya kot.. orang lain senang je buat, saya jer yang terkial-kial. Saya ambil resipi dari blog Masam Manis kak azlita. Kalau nak resipi step by step boleh pergi di sini berakhir-sudah-sumpahan-itu. Terima kasih kak azlita dengan step by step ini tapi saya masih lagi melangkah jatuh-jatuh buat kek ini hehehe

KEK KAREMEL










Gula Hangus 

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc. 
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan 
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan 

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair 
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air 
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque  
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja. 

Kaedah Steam Bath 
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Saya kongsikan juga kek ini dengan mak ngah kerana meminjamkan oven nya... ehe disebalik nak membuat kek ini ada cerita yang sangat dramatik.. haha.. saya beriya dah siap semua kek ini tinggal nak bakar saja tiba-tiba oven saya tak menyala... puas saya godek-godek sana sini tapi tak menyala mujur lah rumah mak ngah dekat dengan taman saya tinggal jadi anak mak ngah along zaza datang hantar pada saya ovennya.. so selamatlah kek saya ini... wow kak ngah buat rainbow kek lah... nanti siap bagi rasa ye...



Ini yang saya bagi pada mak ngah.. cover-cover dengan strawberry hehhehe..

Isnin, 28 Mei 2012

Ingat juga untuk Mama... ^__*

Semalam en suami belanja makan di Radic Fried Chiken sempena besday saya :)) dah bertambah usia maka nya semakin muda pula untuk kedunia baru... Saya kata pada en suami tak payah beli kek besar tu beli yang slide jer... En suami pun beli satu slide brownies dan 2 kek coklat bulat..



Tengok anak bujang saya ni si Nabil, dia juga yang
sibuk bila orang nak potong kek

Terima kasih kak nabilah.. rajin2 tolong mama ye
Doa saya semoga Allah SWT, agar diberi kesihatan yang baik kepada saya supaya saya dapat beribadat dengan sempurna dan dapat mendidik anak2 saya menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Saya juga amat bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah memberi nikmat yang tak terhingga kepada saya sekeluarga. Segala doa saya selama ni, Alhamdulillah, kebanyakan nya di makbulkan oleh Allah SWT.

Saya berdoa kepada Allah agar saya dapat mengerjakan haji bersama anak-anak, bila masa mengerjakan haji pada tahun 2007, melihat ada jemaah  yang pergi satu keluarga , saya pun berdoa agar saya dapat pergi bersama satu keluarga satu hari nanti. Ameen..

Khamis, 24 Mei 2012

Pembantu bersara setelah 14 tahun berkhidmat...

Dia membantu saya bermula pada tahun 1998 yang lalu, dia seorang yang rajin, selalu meringankan beban kerja saya dan bekerja dengan tangkas sekali... tanpa dia saya akan terkial-kial membuat kerja seorang diri. Apabila dia bersara saya terpaksa mencari penggantinya untuk membantu saya.

Sungguh terharu saya hendak berpisah dengannya. Emak saya kata, lama juga dia bekerja dengan kamu, emak selama 14 tahun itu telah mengganti pembantu sebanyak 3 kali ehe ^__^. Terharu bukan apa... tuan rumah kena keluar duit untuk membeli yang baru hahaha :))


Ini pembantu saya mesin pengisar
yang telah berkhidmat selama 14 tahun 

Kini nyawa hampir berpisah dari jasadnya hehe

Tengok tu wayarnya telah terkeluar dan hampi tercabut..
en suami takut nanti ada yang terkena renjatan letrik :))


Selamat datang pembantu baru, semoga kamu
dapat berkhidmat selama pembantu saya
yang lama ye ^___^
Saya beli mesin pengisar ni dengan harga RM150.00, saya suka jenama panasonic, 14 tahun lalu saya membeli dengan harga RM70.00, separuh juga harganya naikan, tapi yang baru ni fungsi nya ditambah sedikit iaitu button "pulse" yang dulu hanya ada "on/off" sahaja.

Rabu, 23 Mei 2012

Selamat Hari Lahir Nabil ~ 5 tahun


Hari ini genap Nabil berumur 5 tahun.. dah besar anak bujang saya ni. Masa saya melahirkanya amat senang sekali. Tengok muka masa lahir macam cina kan, dengan mata yang sepet dan kemerah-merahan. Sekarang Nabil lah hero didalam rumah.

Nabil 1 hari pada 23 Mei 2007







Nabil 1 tahun





Nabil 2 tahun





Nabil 3 tahun


Nabil 4 tahun
Sekarang saya dah 5 tahun ^__^