JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 28 Februari 2013

Serius betul ni... untuk menerokainya... :D

Hari ahad baru ni 24hb Febuari saya pergi menyertai "Seminar Fesbuk Power" di De Palma Shah Alam. Saya pergi bersama adik saya Norfaizah... seronok dia mendapat ilmu yang sangat bagus dan berguna utk perniagaan dia juga. Saya hanya pembakar semangat utk dia... agar lebih berjaya dan kaya :D

Cewah... possing berdua ... Fikir dan fokus :D

Masa ni Bryan suruh ambil gambar dia dan post kan di FB... semua ambil kesempatan mengambil gambar beliau... 4 jam duduk dalam tu... penuh ilmu di otak :D


Gambar ni saya ambil dari web richwork.. di Shah Alam hampir 2,000 yg hadir.. ada yg duduk diatas lantai dan diluar dewan pun ada... semangat mereka hendak ilmu kan...


Power sungguh energy Bryan ni boleh handle 2,000 peserta .. 4 jam tanpa henti... memang terbaek....

Saya telah mendaftar "Advance Fesbuk Power" yg akan diadakan pada 16 dan 17 Mac 2013 ni...

Bila dah daftar... apalagi banyak email yang saya terima... pembakar semangat :)


Hai Norhayati Bt Mohd Isa.
Apa khabar?
Adakah Norhayati Bt Mohd Isa tahu cara paling pantas
untuk tingkatkan jumlah "LIKE" untuk Facebook
Pages?

Maksud saya.
... Sepantas 100 LIKE dalam masa kurang 15
minit.

+ Tanpa perlu SPAM.
+ Tanpa perlu aplikasi yang menyusahkan
pengguna Facebook lain.

+ Tanpa perlu tipu.
Semuanya dengan cara yang beretika dan
disukai pengguna Facebook.

Tekniknya akan dikongsikan dalam e-mel
kali ini.

Facebook Ads - Kos Murah, Pulangan Berganda
Norhayati Bt Mohd Isa boleh gunakan Facebook Ads.
Facebook Ads adalah ruangan iklan yang dibuka
oleh pihak Facebook, untuk peniaga-peniaga
manfaatkannya.

Kelebihan Facebook Ads adalah:
1) Jimat (Murah gila kosnya!).
2) Pantas (Norhayati Bt Mohd Isa dapat lihat hasil
kurang 10 minit).

3) Kaut duit berkali-kali (Ini yang syok!).
Tidak pernah dengar Facebook Ads? Klik sini
untuk ke paparannya.

Secara ringkas, Norhayati Bt Mohd Isa perlu laburkan
sejumlah wang untuk gunakan iklan di Facebook.

Facebook Ads sangat berguna untuk:
1) Tingkatkan LIKE.
2) Tingkatkan SALES.
3) Tingkatkan EXPOSURE.
Norhayati Bt Mohd Isa tidak perlu labur RM5,000 hingga
RM10,000.

Menggunakan Facebook Pages, kos pelaburan
minimum Norhayati Bt Mohd Isa adalah serendah RM0.10
hingga RM1 sahaja.

... Bergantung pada kreativiti Norhayati Bt Mohd Isa
menghasilkan iklan yang MENARIK dan TERTARIK.

Norhayati Bt Mohd Isa boleh baca tutorial bagaimana
untuk hasilkan iklan Facebook Ads secara PERCUMA.

Baca di sini (KLIK).
Jumpa kita di Advanced Fesbuk Power nanti. ;)


Rabu, 27 Februari 2013

WW : Aktiviti Nabil tunggu kakak dua orang tamat sekolah :D












Mama yg amatur hahahhaha....

p/s saya masih kecewa dgn sikap sesetengah ibubapa yg hanya menunggu anak di seberang jalan tanpa menjemput mereka dan mengharapkan anak2 nya boleh melintas sendiri. Semalam, nasib baik sempat saya menarik tangan seorang budak yg hendak terus meluru kepada bapanya yg menunggu di seberang, pada masa tu ada kereta lalu, tak salah kereta tu pun sebab belum merah lagi.. saya pesan pada budak tu tunggu lampu hijau pada perjalan kaki baru boleh melintas, itu pun perlu berhati-hati lagi takut kenderaan tak berhenti lagi :(
Ceritanya seperti disini saya masih trauma

Isnin, 25 Februari 2013

Mini Pavlova Yummy.... :D


Hari tu kakak Nabilah kata dah lama tak makan pavlova mama, jadi saya penuhilah hajat dihati kakak seorang ni... sebenarnya dia nak tolong deco-deco pavlova tu , kegemaran dia bab deco mendeco kek ke, rumah ke, hasil kerja tangan ke.. itulah kegemaran kakak nabilah... si Najeeha pula ulat buku... suka baca buku tak kiralah buku cerita ke... buku sekolah ke... bab kumpul novel Ana Solehah tu memang dah banyak...

Ini lah hasil deco kakak Nabliah...





Yang ini deco yg kedua... adik yg dua orang tukang rasa hehehe :D


Saya piping kan kedalam kertas cup cake... 
Resepi saya masih ikut resepi Irma... senang bangat... cuma jadikan dia mini pavlova ajer :) Jom kita cuba ... senang buat kecik2 sebab senang nak ngap masuk mulut hehehe
RESEPI MINI PAVLOVA

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor  atau nak kurang manis pun boleh 3/4 cawan
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya ikut irma pakai gula icing cepat sikit sebati.
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan
3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat
4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula.
6- Masukan bahan dalam piping lepas tu picitkan kedalam cawan kertas.
7- Panaskan oven pada suhu 110' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 
8- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 110'C. Masak selama 45minit atau sehingga masak.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 


Selasa, 19 Februari 2013

Rindu nak bercerita :D

Rindu nak bercerita di blog... rindu nak gi blog kekawan... tapi bila dah MC 2 hari sebab demam itu hari.... tengok yg menunggu diatas meja huhuhu...


*
&
^
%
#
(
^
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v














Sabtu, 16 Februari 2013

Tercapai hajat di hati....

Sudah lama kakak dua org tu nak meja tulis bersama dgn rak buku. Masa dpt bantuan persekolahan, dah janji akan beli guna duit tu, jika kurang mama tambah... so pagi tadi pergi lah kedai perabot di depan rumah.. Naza Perabot.. jadi ini yg berkenan oleh kakak dua org.. puas mama menawar harga.. kata budak tu ni harga promosi kak... jika tidak harganya rm220.00.. promosi rm180.00... memang dah survey harga semuanya rm200.00 keatas.. ye tak ye confirmkan membelinya..

Petang pukul 3.00 seperti yang dijanjikan, sampailah barangan tersebut di rumah.. suka hati kakak dua org tu..sebelum tu dah sibuk mengemas bilik, mana nak letak rak tersebut... jadi kena tukar posisi katil dia org..
kakak nabilah possing dulu depan rak dan meja tulis tu.. gembira sungguh rasa dihati :)
Gambar Disney ni pilihan hati kakak Najeeha.. dia kata sama dgn tempat
pensil yg mak long berikan... tu hari mak long pergi bercuti ke Disneyland satu keluarga..

Kakak Nabilah pilih Princess.. dah memang kesukaan nabilah tu. Semua ada gambar princess.. tengok dah siap susun semua buku-buku mereka tu.. punya lah teruja dapat apa yg dihajatkan ;-)
Hahaha budak seorang ni tumpang possing jer.. puas pujuk mama beli meja upin ipin ... tunggu dulu ye Nabil mama kumpul duit :D
.





Khamis, 14 Februari 2013

Demam pun ada pakej ;-)

Dah lama saya tak demam macam ni... semua ada... selsema, batuk, demam menggigil-gigil, tekak pahit, kepala pening, mata berdenyut-denyut di buatnya... terpaksa en suami papah pergi klinik... doktor kata panas sgt 38.8c ... patutlah tak berdaya saya nak bangun tadi... doktor kasi MC dua hari suruh rehat byk2. En suami minta cuti, boss dia kasi cuti halfday jer... jadi sempatlah en suami masakan bubur utk saya.. tq hubby sayang u ketat- ketat ;-)
bubur nasi yg sgt sedap... masak dgn penuh kasih sayang ;-)

Isnin, 11 Februari 2013

10hb Februari genap 2 tahun...

Tanggal 10 hb Februari 2010 MIL pergi meninggalkan kami buat selamanya... saya masih ingat lagi masa tu saya tengah mesyuarat.. dpt SMS en suami "mak nazak di hospital" masa tu saya baru jer habis bentangkan laporan prestasi bahagian saya... apa lagi bergegas saya mohon kebenaran utk balik. ... lepas tu pergi ambil anak2 di sekolah.. dalam pada bersiap nak balik en suami terima call dr pak tam kata " emak kau dah meninggal dunia" masa tu hanya mampu berkata " innalillahiwainnalillahirojiun"...

Terus saja ke kg chohong kerana jenazah MIL akan dikebumikan disana.... Alhamdulillah pukul 6 ptg selamat MIL disemadikan..

Hari ini kami membuat kenduri arwah n tahlil untuk arwah MIL. Semoga rohnya dirahmati Ilahi dan di tempatkan bersama orang2 yg beriman. Amin.. Alfatihah..
Semalam sempatla saya membaking 1biji kek coklat moist dan 120 biji apam palkadot utk majlis ini.




Rabu, 6 Februari 2013

4 Hari 3 Malam... kemana tu .. :D

Aduh... rindu betul saya dengan blog saya ni... kawan2 blog saya... tak tahu apa cerita kawan-kawan selama 4hari tu... dunia saya hanya fokus kepada krusus Mentor Kejayaan No 1 Asia ini Dr Azizan Osman ...  Sungguh amazing... sangat luar biasa... sungguh berbaloi... energy yg luar biasa... tak tahu apa nak kata ... betapa best sangat kursus ni ... INSENTIF MENTOR KEKAYAAN DAN KEJAYAAN... 1hb - 4h Februari 2013 di Setia City Convention Centre Shah Alam



Bergambar dulu dengan mentor kekayaan dan kejayaan ini walau pun dengan banner :D 
Memang banyak ilmu yg di perolehi dari beliau... betul katanya 
" If you give more.. you get more and more "

 Aktiviti di dalam dewan kursus...
 Bermacam ragam... :D

                                     
 Bila Dr Azizan kata boleh ambil gambar beliau di pentas dan didalam dewan, masing2 tak melepas peluang utk mengambil gambar... dapat ambil dari jauh jer lah sebab duduk di tengah...
Sebenarnya setiap orang tidak dibenarkan mengambil gambar... siapa yg ambil gambar akan didenda RM50.00 .. kena jaga2 tu hahaha..

Possing gaya Dr Azizan hehehe :D .. hendak juga tu...
"Apa yang kamu fikir, rasa dan fokus untuk meminta"
Ayat power Dr Azizan tu... :D


Kagum betul dengan energy Dr Azizan ini, boleh conduct 4,000 ribu peserta selama 15 jam... dari pukul 8.30 pagi hingga 11.00 malam... 

Tak kira usia yg datang kursus beliau ni .. Tua, Muda dan berbagai latar belakang kerjaya yang datang... tok guru dari sekolah tahfiz pun boleh datang... yang hebatnya bila exercise lagu chiken dance tu.. tak ada segan silu menari hahahaha ...

Diakhir program pada ptg hari isnin tu ada cabutan bertuah.. 10 ipad dan seorang pemenang utama sebanyak RM10,000.00 tunai... tu adik diatas pentas sedang cium wang tunai yang di menangi .
"I am a money magnet"




Adik ini lah Hajilinda peneman saya sepanjang  krusus... seronok sangat dengan dia.. sama2 pemberi semangat...

Adik ni datang bersama suaminya Shukri... very sporting person.. sebenarnya krusus IMKK ini sangat bagus datang suami isterinya... kesannya amat luar biasa.. sayangnya en suami kena kerja so saya datang seorang jer... tapi jua ilmu yang saya dapat saya kongsikan bersama en suami...


Gambar ini saya ambil dari FB Richworks... TAHNIAH untuk semua... semoga ilmu yg diberi kita guna sebaik mungkin... kerana ianya sebuah ilmu yg amat bermanfaat... 

p/s inshaAllah saya ingin berkongsi ilmu yang saya perolehi di blog kecil saya ini... semoga memberi manfaat kepada insan yg lain dan juga untuk rujukan anak2 saya dimasa akan datang...

Jumaat, 1 Februari 2013

Renungan bersama "Salam Jumaat"

Assalamualaikum sahabat semua... mari kita berfikir sejenak... untuk muhasabah diri... untuk saya juga :D