JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 28 Ogos 2017

Jom DOA..


๐Ÿ”ดINFO PENTING -
Di arafah 'asar pd tarikh *9 zulhijjah 1438H* hingga ke maghrib pd tarikh *10 zulhijjah 1438H* itu di kira *waktu ARAFAH*... ustazah kata *waktu paling mustajab berdo'a*... tarikh di *M'sia* adalah pd *31.08.2017* kira2 pd jam : *8.48pm-11.30pm* pd masa ni semua kita di *M'sia* pun bole sama2 berdo'a sekali...
*INGAT*... dr jam *8.48pm-11.30pm* do'a, do'a dan do'a... jgn putus b'doa.. ulang2 do'a yg sama pun X'apa... masa tu nak menangis puas2 pun menangislah.. minta bersungguh-sungguh *ALLAH swt* ampunkan dosa2 kita semua.. (juga utk ibubapa kita)...
Moga *ALLAH swt* makbulkan sgala do'a2 kita semua. Aamiin...

Pls inform pd ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat2 yg lain agar mereka juga turut sama berdo'a ye...
- *SALAM JUMA'AT* dr *MEKAH al Mukarramah*. ☺☺☺-

Info dari : *Ustazah Fatimah* (Rayhar Travel). Semua muslimin & muslimat disarankan berdo'a masa trsbt. Aamiin...

๐Ÿ”ดTolong panjangkan info ini kpd seluruh muslimin dan muslimat. *Jaazakumullahu Khayr*.



DOA ARAFAH - 31/8/17 Rebutlah satu jam ini

Assalamualaikum. Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi 

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.  ๐ŸŒ•๐ŸŒ•๐ŸŒ•๐ŸŒ•๐ŸŒ•๐ŸŒ•๐ŸŒ•๐ŸŒ•


In sya Allah . Hari Arafah bagi tahun 2017 jatuh pada 31/08/2017 mulai jam 12.21 tengah hari (Khutbah Arafah). 

Untuk doa yang paling mustajab bagi kita yang berada di Malaysia adalah dalam waktu solat Asar jam 5.21 petang hingga jam 6.21 petang. Rebutlah 1 jam yang penuh istimewa ini untuk kita angkat doa ke langit Allah. waktu ini utk berdoa kerana ini adalah waktu yg amat mustajab. Selamat Beribadat!

Sumber : whatsApps

Khamis, 24 Ogos 2017

RESEPI PAU SAMBAL GEBU DAN LEMBUT

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Dah masuk 2 Zulhijjah kan kekawan.. lagi 8 hari kita akan menyambut Aidiladha.. rindu pulak dengan panggilan haji itu.. semoga kita akan menjadi tetamu Allah jua suatu hari nanti.
Layan FB tadi keluar lah pulak resepi pau sambal gebu ni.. nabil cukup suka ni.. nanti nak cubalah.. sebelum tu kita save kat sini dulu..๐Ÿ˜†

Resepi Pau Sambal Yang Gebu dan Lembut๐Ÿ˜

Bahan adunan doh Pau:

400 g Tepung gandum ( 4 cawan tepung)
1/2 peket Yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam
2 sudu gula pasir
1 sudu majerin
2 sudu susu tepung
Sedikit garam
Sedikit air untuk mencanai doh

Cara dan Petua Mudah Menyediakan Pau Yang Lembut dan Gebu

Sediakan setengah paket yis mauripan dengan air suam dan satu sudu kecil gula pasir.Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih.
Masukkan tepung ke dalam mangkuk,buat lubang,masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.
Biarkan doh dalam 30 minit.Bila doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin.Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.
Biarkan doh sampai mengembang sehingga seganda.
Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.
Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus.
Siap untuk dihidang.

Bahan-Bahan untuk buat Inti Pau Sambal:

100gram cili kering yang telah digunting,direbus.***
3 ulas bawang merah.***
2 ulas bawang putih ( saya letak, resepi asal tak letak)
1 sudu garam
5 sudu gula pasir
1 sudu asam jawa adabi
1 sudu udang kering*** ( saya tak letak, tapi ganti dengan ikan bilis)
minyak masak untuk menumis
1 ulas bawang besar potong dadu.( saya letak, resepi asal tak letak)

Cara memasak sambal Untuk Buat inti Pau
Blender bahan bertanda ***

Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan biarkan sampai naik minyak.
Masukkan gula,garam,asam jawa.
Masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
Biarkan sehingga kering.
tutup api.

like & share
Senangnya Masak utk lebih resepi hebat menanti ๐Ÿ˜

Sumber : Facebook

Selasa, 22 Ogos 2017

Hari Ini LAST POTONG KUKU dan RERAMBUT..



*HARI SELASA ADALAH HARI AKHIR POTONG KUKU!*

 22 Ogos 2017
29 Zulkaedah 1438
๐Ÿ—ฃ๐Ÿ—ฃ๐Ÿ—ฃ
 Adalah HARI TERAKHIR POTONG RAMBUT DAN KUKU BAGI MEREKA YANG NIAT UNTUK BERQURBAN.

Hadis riwayat Imam Muslim disunatkan bagi yg buat Qurban bila masuk  bulan Zulhijjah tidak lagi potong kuku dan rambut sehingga binatangnya di sembelih

Sekadar sebagai Peringatan..
๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ—ฃ๐Ÿ—ฃ
Mula1-9 Zulhijah Rabu 23 OGOS ๐ŸŒน๐ŸŒน mari kita puasa bagi yg mampu berpuasa

Jawapan:

Assalamualaikum.

Hadis yang disebutkan adalah hadis Sahih.

ุนَู†ْ ุฃُู…ِّ ุณَู„َู…َุฉَ، ุฃَู†َّ ุงู„ู†َّุจِูŠَّ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚َุงู„َ ‏ "‏ ุฅِุฐَุง ุฏَุฎَู„َุชِ ุงู„ْุนَุดْุฑُ ูˆَุฃَุฑَุงุฏَ ุฃَุญَุฏُูƒُู…ْ ุฃَู†ْ ูŠُุถَุญِّูŠَ ูَู„ุงَ ูŠَู…َุณَّ ู…ِู†ْ ุดَุนَุฑِู‡ِ ูˆَุจَุดَุฑِู‡ِ ุดَูŠْุฆًุง ‏"‏
Daripada Ummu Salamah radiallahu ‘anha, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Apabila masuknya sepuluh hari (awal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban, janganlah dia mencabut bulu atau kukunya. [Sahih Muslim, Kitab Al-Adhohiy, Bab Nahy Man Dakhala ‘Alaihi ‘Asyr Dzulhijjah…, hadis no: 1977].

Menurut mazhab Syafie, dimakruh sesiapa yang ingin melakukan korban untuk memotong kuku dan sebarang bulu yang ada di tubuh badan bermula pada awal Zulhijjah sehinggalah dia melakukan korban.

Menurut Imam Malik dan Abu Hanifah: Tidak makruh.

Sa’id bin al-Musayyib, Rabi’ah, Ahmad, Ishaq dan Daud pula berpendapat ia haram.

Mazhab Syafie berhujahkan dalil di bawah untuk menunjukkan bahawa larangan dalam hadis di atas adalah makruh dan bukan haram.

ุนَู†ْ ุนَุงุฆِุดَุฉَ ู€ ุฑุถู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ุง ู€ ู‚َุงู„َุชْ ูƒُู†ْุชُ ุฃَูْุชِู„ُ ู‚َู„ุงَุฆِุฏَ ุงู„ْุบَู†َู…ِ ู„ِู„ู†َّุจِูŠِّ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูَูŠَุจْุนَุซُ ุจِู‡َุง، ุซُู…َّ ูŠَู…ْูƒُุซُ ุญَู„ุงَู„ุงً‏.‏
Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, beliau berkata: Aku membuatkan kalung untuk kambing (yang akan dikorbankan) milik Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Baginda mengirimkan kambing itu, kemudian baginda tinggal dalam keadaan tidak berihram. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hajj, Bab Taqlid al-Ghanam, hadis no: 1703].

Seperti diketahui antara perkara yang dilarang dalam ihram ialah memotong kuku dan membuang bulu daripada badan.

Kesimpulan: Bermula 1 Zulhijjah yang dijangka pada Rabu ini janganlah kita memotong kuku dan membuang sebarang bulu di tubuh. Lakukan semua itu sebelum datangnya 1 Zulhijjah.

Wallahua'lam.

*-PPMM & IMIM-*

Sumber : whatApss

Ahad, 20 Ogos 2017

Tips Cili Kekal Segar



Sebelum ni memang tak pernah tahu tips ni. selalu beli cili banyak tapi seminggu dua je dah busuk lembik. Tapi kali ni dah 3 minggu segor lagi. Happy lepas berjaya kekalkan kesegarannya.. Thanks laa pada empunya tips ni , mohon halal ye๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Yang dah tau okla... Ni untuk  yang belum tahu lagi.

Tips cili padi tahan lama :
➡ Buang tangkai dari badan cili
➡ Bersihkan cili padi dengan air bersih dan tapis
➡ Masukkan dalam satu bekas dan alas dengan tisu
➡ Letak seulas bawang putih yang dah siap di kupas
➡ Simpan didalam bekas bertutup dan masuk dalam peti.

**Boleh tahan sampai sebulan ke atas uols siap cantik and tak benyek pun

-Selamat mencuba-

Sumber : whatsApp

Sabtu, 19 Ogos 2017

Apa Tanda Baby Hisap Ibu Jari Kaki



Orang tua selalu cakap 'baby hisap jari kaki tanda dia nak adik lagi'.

Now let me tell you guys a story.

Ada seorang perempuan,aku namakan Puan N.pregnant 5 bulan.bila scan 5D, nampak baby dia tengah hisap jari kaki.

Jadi doktor cakap apa tau?

'dia nak adik lagi lah tu....'

Tak tak.doktor tak cakap macam tu.mau kena lempang.hahaha.

Actually the fact is : baby adalah reflexologist pertama di dunia. Ha, tukang urut la senang katanya.

Nak tahu kenapa?

Sebenarnya, setiap kali baby menghisap ibu jari kakinya, baby sebenarnya sedang merangsang otaknya untuk berkembang. Setiap bahagian tapak kaki kita ada bahagian yang berfungsi terhadap organ tertentu. Jom kita tengok bahagian tapak kaki baby ni yg aku attach ni.

Sekiranya baby nak tumbuh gigi pulak, cuba tengok bahagian mana yang sering menjadi perhatian baby.

Ya, baby akan menarik-narik bahagian belakang telinga yang tidak gatal kerana di belakang cuping telinga mempunyai dental reflexes.

Subhanalllah. Hebat sungguh ciptaan Allah kan? Sebab itu kita perlu belajar sedikit sebanyak tentang urutan baby. Selain dapat memanjakan dan menenangkan baby, urutan juga dapat merangsang otak dan emosi mereka.

Sumber : Facebook

Jumaat, 18 Ogos 2017

Jangan Kita Melahirkan TUAN???๐Ÿ˜Ÿ

Ibu : Dina...Dini...nak makan ape?
Dina : Dina nk mkn mi goreng
Dini : Dini nk mkn mi kari
Tudiaaaa...mak ambk oder kt anak dara diaaaa
DIDIK ANAK MENJADI HAMBA AGAR IBUBAPA TDAK MELAHIRKAN TUAN*"

Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi

+ *Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone*

+  *Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai2 sebab terpaksa*. ๐Ÿ˜ญ

+  *Tak kurang juga anak lelakinya,mana mahu nak buat kerja2 perempuan*.

Budaya *anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang.*

Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" sedari kecil

+ Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka

+ Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka

Alasannya?

+ "Kesian anak tu kecik lagi.."
+ "Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"
+ "Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk *menjadi "hamba" anak sampai ke tua.*

+ Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak *menyusahkan mak pak.* Ini terjadi dalam dunia masa kini.

+ Baju laki bini anak beranak mak basuh
+ Makan laki bini anak beranak mak masak

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa

+ Mereka akan buat secara terpaksa

+ Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka

Dan yang akan menjadi hambanya ialah mak pak mereka.

+ *Sementara si anak sedap menggoyang kaki*

Jadinya. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya.

Bila besar mereka akan mampu berdikari

+ *Usah terlalu kasihankan anak*
+ *Jangan terlalu memanjakan anak*

+ Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
+ Ajar mereka tentang kerja rumah
+ Ajar mereka erti kehidupan
+ Pupuk kesedaran dalam diri mereka

+ *Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan*

+ *Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik*

Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba

Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita

Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA

*"Ramai Sebar, Ramai Dapat Manfaat"*

Sumber : whatsApp

Khamis, 17 Ogos 2017

Tarbiah Sentap ... Korban ๐Ÿ๐Ÿซ๐Ÿช๐ŸŒท๐ŸŒน๐Ÿ˜Š



Saja congak-congak.

Astro = rm540 setahun (minimum)
๐Ÿ‘€ biasa la tu.

UniFi : rm1500 setahun (minimum)
๐Ÿ‘€ biasa la tu.

Bil Telefon : rm600 setahun
๐Ÿ‘€ biasa la tu

Rokok : rm1440 setahun (minimum).
๐Ÿ‘€ biasa la tu.

Korban RM650 setahun. ๐Ÿ˜ญ mak aiii.. Mahalnya.. Manala aku mampu.


๐Ÿ๐Ÿ‚๐Ÿƒ๐Ÿ๐Ÿƒ๐Ÿ‚๐Ÿซ๐Ÿช๐Ÿช๐Ÿซ๐Ÿ๐Ÿ

*KISAH BENAR YANG BOLEH DIAMBIL PELAJARAN. MOGA BERMANFAAT*

Kisah semalam yg mengajar saya...
Moga menjadi motivasi buat kita yg jauh lebih dewasa..
Semalam kami  ziarah anak bongsu berumur 15 tahun di Madrasah Hafizah Tamam Bangi kepunyaan Ustazah Asni Abu Mansor (Personaliti TV 1, TV3, TV 106, Oasis, TV Hijrah).
Setelah membawa anak  "outing", semasa dlm kereta saya terdengar perbualan diantara ayah dan anak.

Ayah: Huda, tahun ini Ayah nak buat  ibadah Qurban utk Huda di Kemboja.. Nanti ayah bayarkan rm280.

Huda : Tak payah le Ayah..

Ayah : Kenapa pulak tak payah?

Huda : Bukan tak payah......Huda nak buat Qurban..tapi Ayah tak payah bayar utk Huda. Huda nak bayar sendiri dgn duit Raya Huda.

Ayah : Oh ye ke..Ok le tu.

Huda : Ayah, lbu,..Ustazah Asni cakap dlm Tazkirah di Madrasah....Binatang Qurban yg kita sembelih  didunia akan menjadi kenderaan kita di Padang Masyar nanti. Tapi ramai yg tak nak buat..Ada yg kata tahun lepas dah buat...tahun ini tak payah lah.....
Kenapa pula mcm tu? Ustazah kata....
Kalau kenderaan kita didunia  kita bolih "renew" roadtax setiap tahun, kenapa kita tak boleh renew lbadah Qurban setiap tahun? Hanya 1 tahun 1 kali sahaja dibulan Dzulhijjah...kita buat bukan utk org lain tetapi diri kita.
Kita kene yakin...perintah Allah SWT pasti baiฤท

Ibu : Alhamdulillah...Syukur..lbu dpt llmu baru.....Ye kan...  ibaratkan Renew Roadtax!!..
Takde roadtax bukan main risau dgn polis dan JPJ.....Takde kenderaan di Padang Masyar kita tak risau...pada hal kita  nafsi nafsi...sendirian tiada siapa dpt menolong kita hanya dgn Amal kita..........hanya org beriman dan beramal soleh shj yg akan selamat.
Alhamdulillah....

Ibadah Qurban Bukti Cinta❤ kita kpd Allah SWT

Moga menjadi Amal Soleh Ustazah Asni Abu Mansor dan juga Huda.
Tk Huda atas llmu yg dikongsikan..simple tapi amat bermakna..❤

Sumber : whatsApp

Selasa, 15 Ogos 2017

PETUA ELAKAN MASAKAN MELEKAT PD KUALI

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..


PETUA ELAKKAN MASAKAN MELEKAT PADA KUALI

Silalah cuba mana-mana cara berikut :

1. Garam :
Mula-mula masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan minyak. Setelah minyak dah cukup panas, sebelum menggoreng samaada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. InsyaAllah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.

2. Asam gelugur :
Anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali.

3. Sedikit minyak dan goreng asam jawa
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.

4. Bawang putih :
Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, gerenti tak lekat. Cuba la.

5. Cuka atau limau nipis :
Perapkan dgn sedikit cuka atau asam limau nipis, insyaallah tak lekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan.

Selamat mencuba.

Sumber : Facebook

Isnin, 14 Ogos 2017

Ibu Unta dan Anaknya... cer baca..

Seorang jurugambar yang mengambil gambar ini merasa hairan dengan tingkah laku ibu unta di sebuah kolam tempat minum binatang di sebuah kawasan lapang. Ibu unta ini berendam di dalam kolam sedang disampingnya anaknya sabar menunggu di tepi kolam.




Selang tak berapa lama kemudian,  ibu unta bangkit demikian pula anaknya, lalu keduanya saling mendekati, yang ternyata ibu unta menyusui anaknya dengan segera.

Jurugambar lalu menanyakan tingkah laku haiwan ini kepada Orang Badwi yang memilikinya, lalu Orang Badwi tersebut berkata :

"Bahawasanya ibu unta ini berendam supaya susunya menjadi dingin, setelah sekian lama berkelana di padang pasir yang panas. Sehingga setelah terasa dingin dengan segera ia bangkit lalu menyusui anaknya sehingga anak unta terasa nyaman, menikmati susu dingin di tengah padang yang panas".

Maka Maha Benar Allah telah berfirman dalam Surat Al-Ghasyiah ayat 17 :

ุฃูู„ุง ูŠู†ุธุฑูˆู† ุฅู„ู‰ ุงู„ุฅุจู„ ูƒูŠู ุฎู„ู‚ุช

Maka apakah kamu sekalian tidak memperhatikan bagaimana unta itu diciptakan ?
Sumber : Facebook

Tidaklah setiap penciptaan dari Allah kecuali padanya ada keajaiban-keajaiban yang menjadikan manfaat bagi mereka yang mahu mempelajari.
Wallahu Ta'ala A'lam.

Sumber FP ู†ุงูุฐุฉ

Sumber : Facebook

Sabtu, 12 Ogos 2017

PETUA KENCING TAK LAWAS..




PETUA MASALAH KENCING TAK LAWAS
Boleh cuba mana-mana cara-cara berikut...

1. Daun sirih :
Rebus beberapa helai daun sirih dan minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari.

2.Air barli :
Rebus sedikit biji barli sehingga kembang dan minum airnya. Jika perlu tambahkan sedikit gula. InsyaAllah rasa sakit yang dihadapi akan sembuh, ia juga dapat menyejukkan badan.

3. Air basuhan beras terakhir :
Boleh kat isteri simpam segelas. Selepas anda selesai menikmati hidangan makan tengahari, minumlah air basuhan beras tadi. Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tidak lawas anda tu sembuh.
Sebaikknya guna air yg ditapis

4. Jus Nenas yg kurang masak :
Buang kulit dan potong/hilis dengan beberapa potong, masukkan 2 potongan dalam 2 gelas air dan kisar. Airnya bolehlah diminum. Mudahan selesai masalah.

Sebaiknya mulakan dengan niat, dan berdoa pd Allah supaya sembuh.

Selamat mencuba dan semoga berhasil.

Sila SHARE Supaya Tak Hilang.

Sumber : Facebook

Jumaat, 11 Ogos 2017

Kata Ustaz Tentang SOLAT..๐Ÿ˜

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
    *USTAZ AZHAR IDRUS*

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
     *Ustaz Kazim Elias*

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      *Ustaz Don Daniyal*

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     *Datuk Ismail Kamus*

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
    *Ustaz Haslin Baharin*

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
     *Al-Habib Ali Zainal*

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
     *TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki*

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    *Sheikh Abdullah Jahaf*

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     *Ustaz Dasuki Rani*

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
        *TG Harun Din*

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
      *Ustaz Pahrol*

 Rasulullah bersabda,
 Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

 *SELAMAT* *BERAMAL* . *JGN* *LUPA* *KONGSIKAN* *DGN* *ORANG* *LAIN*

Sumber : WhatsApp

Isnin, 7 Ogos 2017

Selamat Berangkat DHUYUFURRAHMAN...๐Ÿ˜

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Semalam kami menghadiri majlis doa selamat pak cik en suami yang akan berangkat menjadi dhuyufurrahman pada 15 Ogos 2017 ni.. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan segala urusan , diberikan kesihatan yg baik serta dikurniakan haji yg mabrur..

Inilah pak cik Mohd Nazri.. yg akan menjadi dhuyufurrahman tu.. suami isteri yg sentiasa saling sayang menyayangi.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜™

Buah yg paling orang rare hidang ialah buah manggis tu.. berulang si Nabil dan najeeha mengulang makan.. mamanya pun sama hihihi๐Ÿ˜†  lama weyyy tak jumpa buah tu.. pastu mahal pulak jual kat pasor..RM12/kg๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜œ



Bila dengar orang hendak pergi menunaikan haji.. mulalah hati tu melonjak2 hendak pergi.. teringat momen indah sewaktu menunaikan haji pada tahun 2007.. boleh baca entri saya di sini .. RINDU DATANG LAGI gambar kenangan sewaktu disana dan boleh lah kawan2 tinggalkan komen kat situ ye๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜๐Ÿ˜™

*******๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท*******

Surat tafsir surat Al-Hajj ayat ke-27 yang berkaitan tentang seruan Nabi Ibrahim kepada ummatnya di seluruh dunia untuk beribadah haji. Mari kita mulai, Allah Ta’ala berfirman:

ูˆَุฃَุฐِّู†ْ ูِูŠ ุงู„ู†َّุงุณِ ุจِุงู„ْุญَุฌِّ ูŠَุฃْุชُูˆูƒَ ุฑِุฌَุงู„ًุง ูˆَุนَู„َู‰ ูƒُู„ِّ ุถَุงู…ِุฑٍ ูŠَุฃْุชِูŠู†َ ู…ِู†ْ ูƒُู„ِّ ูَุฌٍّ ุนَู…ِูŠู‚ٍ

“Dan serulah manusia untuk berhaji, mereka datang dengan berjalan kaki, dan sebagian lagi menunggang unta, mereka datang dari tempat yang jauh”
Tahukah anda, ayat ini dahulu ditujukan kepada Nabi Ibrahim sesaat setelah membangun Ka’bah. Ada yang mengatakan bahwa beliau ketika itu sedang berdiri di atas Maqam (Maqam Ibrahim), ada pula yang mengatakan beliau sedang berada di Bukit Shafa, dan ada pula yang mengatakan ketika itu beliau sedang berada di Jabal Abi Qubais (kini menjadi istana tamu-tamu kerajaan)
Ketika mendapatkan perintah ini, Nabi Ibrahim pun kebingungan, bagaimana cara untuk menyeru (adzan) agar manusia dapat menunaikan ibadah haji? Beliau pun mengeluhkan “Wahai Rabb, bagaimana saya dapat menyerukan sementara suara saya tidak dapat didengar mereka?”
Maka dikatakan (Allah) kepada Ibrahim “Serulah, kami yang akan menyampaikannya”
Nabi Ibrahim pun menyeru, “Wahai seluruh manusia, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan baitullah, maka tunaikanlah ibadah haji”
Setelah itu, gunung itupun tunduk dan menyebarkan seruan Nabi Ibrahim hingga seluruh manusia mendengarnya. Mereka pun kemudian menjawab “Labbaik allahumma labbaik” (Saya penuhi panggilanmu ya Allah.. Saya penuhi panggilanmu)

Jika kekawan mendengar talbiah ini.. sahutlah dengan mengikut bacaan talbiah tersebut. Teringat tu hari dengar ceramah ustaz kata jika kita menyahut seruan itu.. insyaAllah satu hari nanti kita dijemput menjadi tetamu Allah..
Saya berdoa agar dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik.. agar dapat menunaikan ibadat haji ini satu keluarga anak beranak. Aamiin.

Sabtu, 5 Ogos 2017

EGO...๐Ÿ˜ก PUNCA KEHANCURAN..

EGO PUNCA KEHANCURAN

SITUASI DI SEBUAH PEJABAT
"Mana report yg saya mintak?"
"Sorry bos! Belum siap. "
"Awak ni macamana bekerja? Nak kerja buat kerja betul-betul"

BICARA DI SEBUAH CAFE
"Dia ingat dia sorang jer boleh buat kerja.. kalau tak AKU yang buat semua tu.. tak jalannya projek ni.
Pengurus apa kalau hanya tahu mengarah"

๐Ÿœ๐Ÿœ๐Ÿœ๐Ÿœ

Di dalam perjalanan mencapai sesuatu MATLAMAT KEHIDUPAN,  adakalanya kita terdampar kepenatan. Kekadang ditambah pula dikala itu dengan ujian dan halangan.
Namun yang penting... apapun yg terjadi..
JANGAN  sampai SYAITON BERTEPUK tangan di dalam setiap keputusan yg diambil.

Al Khafi merakamkan kisah Nabi Musa yang KEPENATAN di dalam.perjalanannya mencari Nabi khidir.. setelah berhari-hari2 berjalan.
Kehausan dan kelaparan menuntutnya menyuruh Yusa' bin Nun mengeluarkan bekal.

Namun Terkejutnya mereka apabila IKAN bekalan mereka telah pun masuk semula ke dalam air.๐Ÿ˜ฒ

APA TINDAKAN NABI MUSA SEBAGAI PEMIMPIN ?

Boleh saja dia MEMARAHI Yusa'
Boleh saja dia TERMINATE Yusa'
Boleh saja dia mengarahkan Yusa' CARI ikan ru sampai dapat.

Namun apa yang Allah ingin MENDIDIK kita umat akhir zaman ini.

Nabi Musa TIDAK MELATAH!
Dia tidak memarahi Yusa' tetapi menganggap itulah petunjuk utk mrk lebih FOKUS kpd misi asal.
Dan Alhamdulillah sejurus kemudian, baginda terus ditemukan dengan orang yg dicari.
Misi Accomplish!

UJIAN.SABAR!
Dalam.kemelut..memang sukar.
Menuntut kita utk mmbuat keputusan yg terbaik.
Pesan guru saya..
Dlm membuat Pilihan BUKAN KRN KITA SUKA..
Atau pihak lawan suka.
Tapi PILIHLAH yg ALLAH SUKA ❤
Nescaya Allah akan mempermudahkan segala urusan kita.

Bukankah kita BUAT SEMUA INI UNTUK ALLAH,
KERANA ALLAH,
DENGAN KEKUASAAN ALLAH
bukan kuasa kita ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
DI ATAS KEHENDAK ALLAH
bukan kehendak kita ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Maka pesanku pada diri
PECAHKAN TEMBOK EGO-MU
kerana di situ punca kehancuran.

InsyaAllah ingin berkongsi Leadership Kindergarthen di utara.. ada yang berminat ?

#Unzila
#AmazingLeadership
#copypaste

Sumber : whatsApp

Jumaat, 4 Ogos 2017

Selepas Malaikat Israfil Meniup SANGKAKALA...

Bacalah sampai habis saudare2 ku... Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

* Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

* Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

* Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

* Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

* Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

* Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

* Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

* Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

* Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

* Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 1- Pemimpin yang adil. 2- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 3- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 4- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 5- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 6- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 7- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

* Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

* Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

* Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

* 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

* Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

* Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

* Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

* Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

* Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

* Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

* Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

* Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

* Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

* Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

* Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 1- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 2- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 3- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

* Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

* Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

* Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

* Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
sekiranya anda ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1- Sedekah/amal jariahnya. 2- Doa anak²nya yang soleh. 3- Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sumber : WhatsApp

Khamis, 3 Ogos 2017

JOM Kita ...๐Ÿ˜† Senaman LUTUT Osteoarthritis๐Ÿ‘❤

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya. 



๐Ÿ‘‰๐Ÿป๐Ÿ‘‰๐Ÿป๐Ÿ‘‰๐Ÿป Senaman LUTUT Osteoarthritis
.
.
Tips Senaman yang dikongsikan ini merupakan senaman yang biasa dipraktiskan di hospital dan juga therapist.
.
Antara senaman-senaman yang disaran untuk diamalkan oleh pesakit lutut :
.
1. Static Quads
Cara senaman ini dilakukan dengan meletakkan tuala kecil, pada bawah pelipat lutut, kemudian secara perlahan-lahan tekan kan bahagian bawah lutut seadanya, tahan dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x-15x.
.
2. Straight Leg Raise ( SLR)
Caranya tegangkan hujung pergelangan kaki (ankle), kemudian dengan kaki yang penuh lurus angkat kira-kira satu jengkal sahaja, sebab kalau anda angkat lebih anda tak akan rasa keberkesanan senaman ini. Tahan dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x-15x.

Senaman ini kalau anda dapat lakukan sebaik mungkin konfirm kaki akan rasa ringan serta akan mengurangkan tahap sakit pada lutut.
.
3. Side SLR
Tukar Posisi Badan ke tepi, lakukan cara yang sama seperti SLR tadi dan petua nak bagi senaman ni effective, kaki kena sentiasa tegak dan pejal maksudnya penuh dengan kontraksi otot, tahan dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x
.
4. Hip Prone SLR
Anda cuma perlu tukar posisi meniarap sahaja, cara nya tetap sama angkat kaki dalam anggaran sejengkal, dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x-15x.
.
5. Adductor Rise
Ianya merupakan senaman yang penting kalau anda nak kuatkan seluruh struktur lutut anda. Caranya baring mengiring, kemudian angkat kaki dalam anggaran sejengkal, dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan di ulang sebanyak 10X lagi.

Sumber : Facebook

Rabu, 2 Ogos 2017

5 TIPS CEGAH DARAH TINGGI ๐ŸŽ๐Ÿ€๐Ÿ

Assalamulaikum kekawan..
Semoga kita berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.






Sumber : Facebook

Selasa, 1 Ogos 2017

Ambil PELUANG..1-31 Ogos 2017๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜‰

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.

Jom kita ambil peluang untuk pinjaman pelajaran 0% tanpa faedah. Untuk anak2 Selangor untuk melanjutkan pelajaran.