JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 27 Januari 2021

Zikir Dan Doa Sewaktu Rawatan Covid 19 Di Hospital Sg Buloh ❤️

 Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜Š

Sewaktu saya menjalani rawatan Covid 19 di hospital Sg Buloh, ini lah zikir ² Dan doa yg saya amalkan setiap Waktu :-


1. Istigfar (100x)boleh juga baca lebih, seperti ustaz saya kata, biar Malaikat yg mencatatnya.

 ุงุณุชุบูุฑ ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุนุธูŠู…

2. Lailahaillah (100X)

ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡

2. Al Dhar (1000X)

ุงู„ุถุงุฑ

3. Al Ghafur Al Shakur (100x)

       ุงุดูƒูˆุฑ    ุงู„ุบูุงุฑ 

4. Selawat Nabi SAW (100X)

ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ َุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ  ูˆَ ุนَู„َู‰ ุขِู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ُุญَู…َّุฏ

5. Baca doa ni 100X



6. Baca doa ini ditempat yg sakit. Masa saya sakit perut, saya letak tangan diperut saya, pastu masa saya sakit dada, saya letak tangan didada saya, yakni baca sentiasa doa ini dimana Kita berasa sakit. 


7. Baca ayat 44 Al Ghafir didalam sujud dan doa kita. Serahkan kepada Allah SWT bulat-bulat untuk memelihara Kita.

InshaAllah dgn izin Allah SWT jua kita diberi kesembuhan. Jangan berputus asa dari rahmat Allah SWT.

Saya juga baca Al mathurat pagi Dan petang. Aktiviti saya masa Tu Lepas solat subuh terus duduk Di beranda luar, ye lah kat dlm Kita bercampur dgn kaum lain, jadi Kita hormati mereka nak tidur lagi. Jadi Kami duduk diberanda Tu baca Al Quran Dan berzikir, Ada cahaya lampukan. Bersama-sama dgn mak cik² Dan kakak² disini. Pergantungan Kita sedari dulu hanya pada Allah SWT.

#Allahjagakita
#kitajagakita
#kitabelummenang
#dudukrumah



Sabtu, 23 Januari 2021

Bila Oksigen Kami Berdua Berkurangan... Covid 19

 Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜



Pada pagi  selasa 13.1.2021 Kami Di DM PKKN E-post buat pemeriksaan kesihatan seperti biasa. Bila buat ujian exercise duduk bangun selama 1 minit didapati oksigen kurang bagus.. turun dr paras yg sepatutnya, Lepas Tu Ada yg check BP Naik Dan rendah.. doktor suruh pergi rehat.. pukul 11.00am doktor panggil lagi utk test semula Dan ambil darah.. saya Dan kak nafisah pun Sama , rasa sesak nafas.. ialah dah 6 Hari Kan, Hari gejala bermula.. kak nafisah Pula dah 10 Hari Waktu Tu. 

Jadi doktor suruh buat X-ray Dan Kami dipindahkan ke ward 39 utk pemantuan rapi.

Saya bagi tahu dlm wasap keluarga Dan anak2.. saya suruh mereka fikir positif walaupun nabilah dah menangis, cepat aje dia buat video call.. mmg pun selalu mereka buat VC dgn saya utk melihat saya.. saya kata tak apa ini utk kebaikan mama๐Ÿ˜Š cukup kalian doakan mama dlm setiap solat kalian.


Dapat wasap Dari nurse suruh kami bersiap sedia.. nak pergi x-ray Dan pindah ke ward 39.

Pukul 4.01pm Tanya dlm group, dah boleh keluar ke.. nurse jwp dah boleh.. Kami pun keluar, sekali Tu ambulan yg smpi Tu rupanya yg hantar pesakit Covid 19 baru. Masuk balik dlm semula.. akhirnya pukul 5.30 pm baru Kami punya ambulan smpi. 

Alhamdulillah syukur tempat ward 39 ni menempatkan Kami berdua sebilik. Selesa sikit..  saya katil 6 Dan kak nafisah katil 5. Nurse kata nanti dlm pukul 6.30pm doktor nak jumpa.
Kami pun berkemaslah barang2 dan Mandi. 

Masa pergi x-ray Tu saya berjumpa dgn staf nurse Zuraidah yg dulu sebelah katil saya Di DM PKKN E-post tu. Diakan mengalami demam yg teruk Dan dibawa ke ward utk pemantuan rapi. Tak sangka dia dihantar ward 39 . Jadi berjumpa lah Kami , dia dibilik depan. Dia kata dah 2 Kali saya kena x-ray kak. Virus dah masuk dlm paru2 katanya๐Ÿ˜” Akak doakan saya ye.. ni dah tukar antibiotik lain. Semoga yg ini jadi penawar buat saya. Akak sentiasa doakan kau Zu.. korang lagi lah frontliner, byk berkorban utk negara bagi menjalankan tugas utk wabak ini.  

Pukul 6.30pm doktor Nak jumpa Kami berdua. Alhamdulillah syukur bila buat exercise duduk bangun Dan BP , bagus bacaan oksigen kami. Doktor kata tapi pagi esok kalau bagus baru boleh balik . Kak Nafisah dah 11 Hari disini. Anak2 Dan suaminya dah balik semalam. Dia satu keluarga dijangkiti Covid 19 seramai 7 org. Mulanya anaknya kena denggi, masuk hospital. Tak sangka dlm wad Tu ada yg positive Covid 19. Tu yg mengjangkit kat anaknya. Anaknya pun tak tahu bila dpt panggilan KKM utk buat swab test sebab kontak rapat, tengok positive Covid, jadi sekeluarga kena pulak buat swab test. Anaknya 5 org dihantar ke MAEPS Tu. Suami Dan kak nafisah dihantar ke sg buloh sebab warga emas.

Alhamdulillah syukur, pagi Tu check darah smlm Dan x-ray Kami baik. Paru² pun bagus Dan oksigen stabil. Jadi kak Nafisah boleh balik hari itu 14.1.2021. Saya kena tunggu esok sebab kena kuarantin sekurang2 nya 10 hari ke 14 hari. Kalau esok check ok.. boleh puan balik esok. 

Kak Nafisah bersiap² utk balik , anak dia datang ambil, yati Jaga diri elok2 ye, pesan kak nafisah, sedih juga nak berpisah, nanti Kita wassp² ye katanya. Kak Nafisah ni tinggal Di Setapak. InshaAllah jika Ada rezeki Dan panjang umur Kita jumpa.๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜

#Allahjagakita
#kitajagakita
#Dudukrumahdiam-diam
#kitabelumnenang









Rabu, 20 Januari 2021

Yati... Sakit ke buat swab test Covid 19 PCR๐Ÿคช

 Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜Š

Najeeha tgh tunggu utk Di swab test Covid 19.. kak nabilah kata Lepas kena swab test dia.. kata sakit ๐Ÿคช hihihi adik yg umur 8 Tahun Tu elok jr kata nabilah ๐Ÿคญ Najeeha ni mmg penakut ๐Ÿ˜

Ada yg tanya sakit ke buat swab test PCR Tu.. sejujurnya tak sakit mana pun.. anak buah punya anak yg umur 4 Tahun, cakap, geli² je mama๐Ÿ˜…. Bagus anak buah saya ni, pada hal contact pun 14 Hari sudah, tapi buat juga swab test, Alhamdulillah syukur mereka -ve.๐Ÿคฒ๐Ÿป

Bagi saya benda tak nmpk, dgn Cara itu saja yg Kita nak tahu +ve @ -ve ke Kita dgn Covid ni. Jika Kita -ve Kita sentiasa berjaga-jaga, kalau +ve kita dapatkan rawatan.❤️

Yang susahnya jenis tak ambil peduli pun, pada hal dah Ada gejala tapi Masih tak nak buat swab test.. kata minum lemon, ambil vit C oklah.. matilah dia..tak semudah itu, Kita tidak tahu Kita tahap brpa dlm badan kita, sbb Tu bila smpi hospital kena ambil darah, buat x-ray nak tahu keadaan Kita sebenarnya. Jgn nanti dah terlewat maka mudharat diri Dan keluarga..๐Ÿ˜”

Saya kesian yg mak cik umur 77 Tahun ini, dlm keluarga , hanya m.cik tu je yg +ve. Dapat Dari kes dtg menziarah dirinya. Pagi Tu saya bangun pukul 4.00am, saya masak air panas, pastu m.cik tu dtg, Ada air panas ye, tegur saya, Ada baru nak masak, m.cik bila masuk, Tanya saya, mlm tadi pukul 1pagi smpi๐Ÿ˜ข yelah saya tak lihat smlm pun m.cik ni๐Ÿ˜” m.cik bilik mana, depan katanya dekat dgn doktor katil 20. Oh ok, kul 5.30am saya nak Mandi jumpa lagi, m.cik Cari apa tengok dia tercari-cari. Tak Ada air kosong ke, m.cik nak campur dgn air panas ni, nak minum suam², saya beri air mineral saya. Saya dah anggap mcm mak saya.. kesiankan๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Tu lah harap sangat, virus tgh merebak sangat ni.. duduk lah rumah diam². Sayang diri Kita Dan keluarga Kita. Sebab skrg kes yg tak bergejala pun meningkat. Sebaik pergilah buat test Covid. Ye lah pergi melancung , jalan² Cari makan...adalak duit, utk buat test Covid kita berkira, ๐Ÿ˜” bukan apa takut berjangkit pd warga emas..๐Ÿ˜” mak ayah Kita, saya lihat ramai yg m.cik² yg dijangkiti Covid ni..๐Ÿ˜”

Tu lah Nabil cerita, Di ward 30 ramai atuk² mama, Sian juga, atuk nak pergi bilik air jauh kat blkg, bila dah masuk air drip Tu mmg lah nak buang air kecik je๐Ÿคญ pastu rajin bercerita, lampu dah tutup pun bercakap, kekadang Nabil dah tertidur dgr atuk bercakap๐Ÿ˜




Isnin, 18 Januari 2021

Yati... Apa Rawatan Covid 19 Semasa Di Hospital Sg Buloh..

 Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜Š


Bersama Kak Salmiah dr Kg Delek Klang sebelah katil saya DM30 saya DM31, sentiasa ceria Dan baik sangka dlm setiap ujian yg diberi๐Ÿ˜

Ramai yg bertanya apa rawatan Covid 19 yg diberikan. 

Ini adalah aktiviti harian Kami :-

1. 7.30am Kami Akan diambil darah. Selalunya nurse dah maklumkan dlm group wasap, nama² yg doktor nak jumpa.

Sebelum kak salmiah masuk,katil 30 adik nabilah yg duduk, 2 Hari Lepas Tu discaj. Alhamdulillah syukur dah sihat.

2. 8.00am Pula semua pesakit Akan diperiksa BP Dan oksigen. Doktor akan Tanya setiap pesakit apa masalah. Jika Kita ada batuk , Akan diberi ubat batuk, kalau sakit tekak Akan diberi ubat kumur2. Saya masa tu sakit perut gastric, batuk Dan sakit tekak. Doktor bagi ubatan nya. Covid 19 ni Kan Serang mana yg Kita sakit. Tak Ada ubatan khusus utk Covid 19, Ada yg sangka bagi ubat malaria lah.. macam ² andaian, bila dah masuk sini baru tahu yg sebenarnya.

3. 11.00am masa ini jika Ada pesakit yg bermasalah. Doktor akan check 4 jam sekali. Nama² Akan dipanggil oleh nurse. Saya Ada sekali sakit dada Dan oksigen kurang. Doktor akan ambil darah lagi. Selama saya disini , 4 Kali darah diambil Dan sekali utk x-ray.

4. 4.00pm semua orang Akan dipanggil utk check BP, oksigen, gula(bagi yg kencing manis)

5. Jika Dalam ward Tu Ada yg sakit Kami Akan call nurse atau beri tahu diwasap group. Nurse Dan doktor Akan dtg segera. Kalau Kita sendiri nak bertanya boleh PM. Cepat aje dpt jawab. Pants sungguh mereka.

Itulah rawatan yg diberi.

Utk rawatan kendiri. Kami buat seperti berikut :-

1. 7.30-8.00am Kami bersenam, berjalan ke , ikut kemampuan sendiri. Berdiri tempat panas ambil vitamin D.

2. 8.30am Kami sarapan, kekadang Ada yg ambil sarapan sendiri seperti nestum, biskut, oat ke.

3. 9.00 Kami ambil vit C 1000. Ini dibeli sendiri, hospital tak bagi๐Ÿคญ. Ada yg ambil lemon.๐Ÿ‹ Terpulanglah pada mereka. Saya ni Ada gastric jadi kalau nak ambil Lepas makan.

4. 12.00 makan tengahari, kekadang ada yg Oder grab food, tahulah makanan hospital. Tapi saya makan je, Ada sekali Tu saya Minta kakak hantarkan sambal hijau. Adalah selera sikit Kami. Makan sesama.. Alhamdulillah syukur kakak dekat sini. Boleh lah Minta tolong.

5. 3.00pm Ada minum ptg, selalunya rotilah, kekadang adalah dapat bubur kacang, karipap. ๐Ÿ˜

6. 6.00pm Kami makan Malam, nurse kata kena makan utk Ada tenaga. Ye lah kekadang Ada yg tak lalu terpaksa masuk drip air.

4. Selebihnya buat aktiviti sendiri. Saya suka dgn satu mak cik ni. Bagus sangat.. jangan ingat sakit tapi ingatlah Allah.. kerana itu yg disuruh. Mak cik ni buat aktiviti seperti Biasa, pukul 4.00am dah bangun qiamualail.. mengaji, solat sunat.. semua ini ujian buat Kita, semuanya atas izin Allah.. katanya. Cukup 10 Hari kuarantin Kita balik. Dengan izin Allah Kita sembuh. ๐Ÿ˜❤️

Itulah Yang Kami lakukan disini. 

#Allahjagakita
#kitajagakita
#Fikirygbaik-baik.

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️


Hospital telah menghantar mesej pagi ini bahawa virus ini nampaknya menyebar dengan cepat melalui pam petrol sehingga meminta untuk memberitahu semua orang untuk memakai sarung tangan atau menggunakan tuala kertas semasa mengisi dan membuang segera - sila kongsi-terima kasih dari pakar bedah di LGI x
 Kit Perubatan Covid Diperlukan di rumah:

 1. Parasetamol
 2. Betadine untuk ubat kumur dan berkumur
 3. Vitamin C dan D3
 5. B kompleks
 6. Wap + kapsul untuk wap
 7. Oksimeter
 8. Silinder oksigen (untuk kecemasan sahaja)
 9. Latihan Bernafas

 Covid Tiga peringkat:

 1. Covid hanya di hidung - masa pemulihan adalah setengah hari.  (Menghirup wap), vitamin C. Biasanya tidak demam.  Tanpa simptomatik.

 2. Covid di tekak - sakit tekak, waktu pemulihan 1 hari (berkumur air panas, air suam untuk diminum, jika suhu kemudian parasetamol. Vitamin C, Bcomplex. Sekiranya teruk daripada antibiotik.

 3. Covid pada paru-paru - batuk dan sesak nafas 4 hingga 5 hari.  (Vitamin C, B complex, kumur air panas, oksimeter, parasetamol, silinder jika teruk, banyak cecair diperlukan, latihan pernafasan dalam.

Tahap ketika hendak ke hospital:
Pantau tahap oksigen.  Sekiranya ia berada di bawah 92 (normal 98-100) maka anda memerlukan silinder oksigen.  Sekiranya terdapat di rumah, maka tidak ada hospital lain yang mengakui.

 * Tetap sihat, Tetap Selamat! *

Sila hantarkan kepada semua yang ada dalam senarai kenalan anda.  Anda tidak pernah tahu siapa yang boleh membantu.

Nasihat dari rumah sakit pengasingan, kita boleh lakukan di rumah

Ubat yang diambil di hospital pengasingan
  1. Vitamin C-1000
  2. Vitamin E (E)
  3. Dari (10 hingga 11) jam, duduk di bawah sinar matahari selama 15-20 minit.
  4. Makan telur sekali ..
  5. Kami berehat / tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam
  6. Kami minum 1.5 liter air setiap hari
  7. Semua makanan mesti hangat (tidak sejuk).

Dan hanya itu yang kami lakukan di hospital untuk menguatkan sistem imun

Perhatikan bahawa pH coronavirus berbeza dari 5.5 hingga 8.5

Oleh itu, yang harus kita lakukan untuk menghilangkan virus adalah dengan mengambil lebih banyak makanan beralkali di atas tahap keasidan virus.

  Seperti :
  Pisang
  Lemon hijau - pH 9,9
  Lemon Kuning - 8.2 pH
  Alpukat - 15.6 pH
  * Bawang putih - pH 13.2
  * Mangga - 8,7 pH
  * Tangerine - 8.5 pH
  * Nanas - 12.7 pH
  * Selada air - 22.7 pH
  * Jeruk - pH 9.2

Bagaimana untuk mengetahui bahawa anda dijangkiti virus korona?

  1. Tekak gatal
  2. Kerongkong kering
  3. Batuk kering
  4. Suhu tinggi
  5. Sesak nafas
  6. Kehilangan bau ...

Dan lemon dengan air suam menghilangkan virus pada awalnya sebelum sampai ke paru-paru ...

Jangan simpan maklumat ini kepada diri sendiri.  Sediakannya kepada semua keluarga dan rakan anda








Jumaat, 15 Januari 2021

Yati.. hari-hari ke kena swab test ๐Ÿค”๐Ÿคช

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜Š


En suami tgh ambil swab test Covid 19 Di KK Shah Alam


 Ada yg bertanya saya, kena ambil swab test hari² ke nak tahu Kita dah negetif..

Tak Ada ambil swab test Hari2..

Mula2 saya ingat mcm Tu.. pastu saya tanyalah staff nurse yg sebelah katil saya ni, dia dari hospital serdang , dijangkiti Covid dr pesakit dia yg tak tahu Ada Covid, bila buat swab test positive. Kenapa tak buat swab test ye, nanti Hari ke 10 baru Kita swab test balik ye. Nak tahu Kita dah negetif.

Bukan macam tu kak, kalau Kita buat swab test Covid pun ianya masih lagi positive sebab Covid dah Ada dalam badan kita. Hari ke 10 - 14 jangka hayat Covid mati. Tu sebab Kita kena kuarantin dlm tempoh Tu.. nanti dia Akan bertukar menjadi imunisasi dlm badan kita.

Tapi dia jadi pengawal akak, jika ada Covid jahat nak masuk balik dialah pelindung Kita, macam Kita kena chicken pox Tu lah, Kan Kita selalu kena sekali ajer, bagi anak2 yg ambil vaksin chicken pox tak Ada yg dijangkiti. InshaAllah.

Ada doktor dan nurse yg telah pulih Dari Covid mereka hanya pakai mask aje, alhamdulillah dah jadi imunisasi dlm badan. Ohhh patutlah akak tengok Ada yg pakai mask aje..

Allahuakhbar , sayang sungguh Allah SWT pada kitakan.. benarlah Allah SWT berfirman:

ูَุฅِู†َّ ู…َุนَ ุงู„ْุนُุณْุฑِ ูŠُุณْุฑًุง

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,"

ุฅِู†َّ ู…َุนَ ุงู„ْุนُุณْุฑِ ูŠُุณْุฑًุง

"(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

Tapi ni lah tempoh 10 Hari ni Kita lawan sungguh Covid ni, Tu sebab bila akak batuk Kita bagi ubat batuk, sbb batuk berkaitan dgn paru2, bila akak sakit tekak Kita bagi ubat kumur2, tapi kumur2 dgn garam kak yg bagus. Saya pun kumur2 dgn air garam hihihi๐Ÿ˜.

Bila akak sakit perut cirit birit Kita bagi ubat cirit birit. Sebab dia menyerang tempat yg Kita sakit. Jadi Kita rawat tempat yg Kita sakit.

Ooohhh macam Tu ye.. ๐Ÿ˜Œ jadi 10 Hari ini Kita berjihad utk melawan.

Staff nurse pun teruk kena, badan panas menggigil-gigil, mlm tadi saya tolong gak dia basahkan tuala letak kat kepala dia , bagi mkn penadol sbb dia tak boleh bangun dah.. ni dah bawa ke ward hospital sg buloh bagi antibiotic Dan pemantuan rapi.

Tu lah dia cerita sebenarnya ramai yg telah dijangkiti tetapi tak tahu sbb tak buat swab test, ye lah nak buat semua , Kos tinggi jadi ambil yg bergejala je lah Dan kontak rapat.

Jadi dia kata kalau Ada yg bergejala buat swab test jgn tunggu atau diam² mcm Tu.. takut nanti lagi ramai yg dijangkiti. Wabak ni merebak cepat skrg ni..

Kesian sgt pd warga emas Dan kanak2.. imunisasi tak kuat.. mcm satu mak cik ni dah lama dah.. sbb dia Ada darah tinggi, kencing manis, pastu skrg demam, tadi berbual dgn dia , muka sedih je, dia ckp bila lah nak sihat ni.. dah tak tahan dah.. saya ckp dah mkn ubat demam, bagi yg positive je kat dia.. sabar ye mak cik. Ptg Tu bawa Naik ke ward utk pemantuan rapi.

Sekarang Kita Jaga diri Kita Dan keluarga Kita.. Kita belum menang 

Ya Allah yg Maha Memelihara Dan Maha Penyayang kurniakan lah Kami kesembuhan Dan lindungi lah kami semua ๐Ÿ˜. Aamiin YRA ๐Ÿคฒ๐Ÿป❤️


Khamis, 14 Januari 2021

Alhamdulillah.. Sujud Syukur Aku Kepada Mu Ya Allah❤️

 Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜Š..

Yg bertanya apa khabar yati Dan Nabil skrg..
Alhamdulillah syukur semakin sihat.๐Ÿฅฐ 
Alhamdulillah syukur teramat sangat, Hari ini Nabil dah boleh discaj.. pagi lagi dah wasap saya, mama Nabil dah boleh discaj doktor kata. Terperanjat juga dgr, mama dah jumpa doktor ke Tanya Nabil, saya pukul 8am baru doktor panggil , test oksigen Dan BP.. puan tak boleh discaj Masih belum stabil sgt. Iyelah dah warga emas ๐Ÿ˜ฌ

Tiada yg lebih menggembirakan seorang ibu apabila anaknya telah sembuh.. Nabil discaj Hari sabtu 9/1/2021.. tiga Hari aje dia Kuarantin.. bila tengok Surat discaj doktor Kira Dari tarikh dia demam cirit birit pada 31.12.2020. jadi dah 10 Hari.

Alhamdulillah syukur kepada Mu ya Allah yg telah memberi kesembuhan..





Selasa, 12 Januari 2021

Yati.. Macam Mana Boleh Kena Covid 19 ๐Ÿค”๐Ÿค”

 Assallamualaikum semua ๐Ÿ˜

Saya minta maaf tak dpt reply mesej semua๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿ™๐Ÿป

Terima Kasih atas keperihatinan semua๐Ÿฅฐ

Jadi saya reply diblog saja utk semua.

Sejujurnya saya tidak tahu bgmana boleh dijangkiti Covid 19. Segala SOP telah dipatuhi. Bagi saya ini adalah ujian bagi saya dan saya terima dgn redha. Semoga Allah SWT kurniakan kesabaran  dan kesembuhan buat kami yang dijangkiti Covid 19 ini.

Seperti kata  nurse sebelah katil saya ini, kak, Kami frontliner pun segala SOP telah dipatuhi, pakai baju PPE seluruh badan, kami dijangkiti juga, saya sejujurnya 2 Hari menangis, kenapa saya dijangkiti, pastu doktor pakar kata, dia pun dijangkiti, skrg satu unit hampir dijangkiti, Covid Kali ini cepat merebak. Jadi kita kena positif apabila dijangkiti, jihad utk kesembuhan. Org beriman apabila terima ujian ia akan berjihad. Terima dgn positif Dan redha.  Nasihat doktor kpdnya.

Ada juga yg bertanya.. apa simptom Ti kena Covid ye, saya sakit perut cirit birit, ingatkan Salah makan atau gastric. Ambil ubat juga, Lepas seminggu tak elok juga Tu yg refer hospital, sebelum Tu kena buat swab test Covid, bila tengok positive. Simptom setiap org berbeza, Ada yg demam, batuk, selsema, sesak nafas, sakit sendi, Salah satu lah..

Ada juga yg tidak bergejala seperti adik yg satu ward dgn saya, dia kata, kwn ofis Ada dijangkiti Covid, jadi satu jabatan kena buat swab test seramai 120, yg disahkan positive 7 orang termasuk saya katanya. Saya terkejut juga kak sbb tak bergejala, jadi satu keluarga kena swab test, suami Dan 1 seorg anak perempuan positive, yg 2 org nagetif. Suaminya kuarantin Di HKL anaknya Di  bangi sana.

Jadi kita jangan beranggapan Kita ini tidak dijangkiti sebab tidak bergejala. Saya dulu pun fikir mcm tu.. tak bergejala tak ada positive Covid. Sebab tak buat swab test kan๐Ÿ˜ฌ

Apa yg boleh diambil ikhtibar, positive selalu,  doa, usaha, istiqamah dahulu baru bertawakal, jgn bertawakal je.. kalau nak dijangkiti nak buat mcm mana .. tak boleh mcm Tu..  apa yg saya nmpk Kita patuhi SOP, pakai mask, cuci tangan, sebagainya bila keluar rumah tapi balik rumah kebersihan kendiri selalu terlupa, sepatutnya buang mask, terus mandi, pakaian hendaklah direndam dgn detol. Selepas itu baru Kita boleh bersama keluarga. Fikir-fikirkanlah๐Ÿค”๐Ÿค”

Allah Jaga Kita๐Ÿ’

Allah sayang kita❤️

Allah urus kita๐Ÿ’š

Allah SWT segalanya bagi kita๐Ÿ’–๐Ÿ’ž๐Ÿ’•❣️




Isnin, 11 Januari 2021

DiSahkan Positive Covid 19

 Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.



Pada Hari khamis 7.1.2021 pukul 5.30pm saya Dan Nabil diambil oleh ambulan utk dihantar ke hospital Sg Buloh. Pengalaman Kami berdua Naik ambulan. Sebelum ini lihat Di TV org dibawa positive Covid 19.. Hari ini Kami mengalami..๐Ÿ˜”

Perasaan saya pd mulanya mmg sedih.. sebab kita tak kemana-mana pun, tak ada lah pergi bercuti melancong ke.. tapi kena .. redha atas segalanya. Pada pagi saya dpt keputusan positive Covid 19, bagi tahu suami, dia pun terperanjat..  Lepas tu dia kata , ikutlah prosedur. 

Saya wasap kakak nabilah suruh packing barang2 mama dan Nabil. Nanti suruh bawa ke avisena sebab nak discaj Dan buat pembayaran.

Bagi tahu ahli keluarga adik beradik saya Di wasap group keluarga.. terkejut juga mereka.. saya juga ada balik kg buat tahlil tapi dah 14 Hari sudah. Saya kata siapa yg bergejala kena buat swab test Covid 19.


Perjalanan pun bermula, doktor Mathew yg incaj saya memberi kata-kata semangat kepada.. keep strong Yati.. l know U very strong ๐Ÿ‘๐Ÿ‘ think positive OK๐Ÿ‘ saya kata Thanks for everything.. Bye๐Ÿ‘‹๐Ÿ‘‹ sehingga Kami berlalu pergi doktor melambai...

Sampai Di hospital sg buloh pukul 6.30am, saya Di tempatkan Di PKKN E-post DEWAN MAKAN katil 31.. Nabil pula Di ward 30 PKKN katil 3. Tempatnya berasingan.. risau juga, alhamdulillah syukur ada handphone menghubungi kami.

Semoga Kami berdua dikurniakan kesembuhan yg segera Dan kembali kepada keluarga tersayang.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜




Sakit Perut

 Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya Dan didalam rahmat Allah SWT.๐Ÿ˜
Pada Hari rabu saya Dan Nabil kena refer hospital sebab dah seminggu sakit perut.


En suami hantar Di hospital Avisena , senang nak tengok katanya. Oleh kerana prosedur warded kena buat swab test Covid 19, jadi pagi Tu buatlah. Doktor kata keputusan 24 jam, jadi Kami kena kuarantin dibilik isolation Di Avisena Tu, oleh kerana nabil Masih kanak2 dia dihantar ke hospital kanak2 avisena. 

Malam Tu saya jalani juga prosedur utk buat endoscopy esok. Bila dah minum air utk bersihkan usus, dah ke tandaslah saya. Semalaman tak tido.. huhuhu..
Nak pukul 3 pagi baru terlena. Pukul 6.09am dengar azan subuh dari masjid negeri Shah Alam. Terus bangun Mandi Dan solat subuh..

Prosedur Akan dijalankan pukul 10 am . Jadi tunggulah doktor dtg utk terangkan prosedur endoscopy.

Dalam pukul 8.30am dpt call Dari hospital kanak2 avisena. Doktor kata results test Covid positive. Terkedu saya.. Allahuakhbar.. saya Tanya bgmana dgn results saya. Doktor kata boleh Telefon kaunter nurse. Saya pun call kaunter nurse, nurse kata sekejap lagi doktor jumpa. Pukul 9.00am doktor smpi dan bawa Surat pengesahan yg saya pun positive Covid 19.... ๐Ÿ˜”

Doktor kata Kami dah hubungi KKM Dan Akan dihantar ke hospital sg buloh...





Jumaat, 1 Januari 2021

BICARA HATI DI TAHUN 2021๐ŸŒน❤️๐Ÿ’


 BICARA HATI DI TAHUN  2021


Allahumma Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil, kami mohon kemaafan, keampunan dan taubat dariMu Ya Allah atas segala kesilapan, dosa-dosa kami, berhala dunia dan makhluq dalam hati kami, kotoran syirik dalam hati kami dan kerana kami mengikut bisikan syaitan sepanjang tahun 2020.


Ya Allah Ya Fattah Ya Haq Ya Barr Ya Karim Ya Quddus, jadikanlah tahun baru 2021, dimana kami sentiasa berada di atas kebenaran, kebaikan dan kemuliaan yang sempurna di sisiMu.


Allahumma Ya Qohhar Ya Sami’ Ya Quddus, jadikanlah kami di tahun baru ini hamba yang lebih tunduk dan taat kepadaMu dengan ketundukan dan ketaatan yang sempurna. 


Ya Allah Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin, kuatkan jiwa dan jasad kami utk meningkatkan ibadah kami kepadaMu. 


Allahu Ya Baa’its, bangkitkan kami di pagi-pagi hari untuk beribadah dan bermunajat kepadaMu dan merenung akan akhirat dan menangis di hadapanMu.


Allahumma Ya Baari’ Ya Haq Ya Barr Ya Karim, agendakan kami dalam tahun baru ini dengan agenda menegakkan kebenaranMu, agenda melaksanakan kerja-kerja kebajikan dan agenda-agenda dakwah dan perjuangan bagi meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. 


Ya Quddus Ya Jalil, sucikan hati-hati kami dari segala agenda-agenda peribadi, agenda dunia, dan agenda syaitan.


Allahumma Ya Aliy Ya Muta’ali Ya Roofi’, di tahun baru ini, angkatlah darjat kami setinggi-tinggi darjat disisiMu agar kami dapat menjadi khalifahMu yang sempurna. 


Allahu Ya Kabir Ya Mutakabbir, kurniakan kami jiwa yang besar untuk memimpin ummat. 


Ya Allah Ya Fattah, Ya Malik Ya Malikulmulk, bukalah jalan-jalan dakwah bagi kami, sesungguhnya Engkau pemilik hati-hati manusia dan Engkaulah Raja yang memiliki dan menguasai seluruh kerajaan langit dan bumi.


Allahumma Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Roshid, di tahun baru ini Ya Allah, curahlah kami dengan ilmu-ilmuMu yang mulia dan bermanfaat iaitu ilmu makrifatMu, ilmu Al Quran dan Hadis NabiMu dan ilmu-ilmu pengurusan hidup agar kami dapat melaksanakan tugas khalifah dengan sempurna. 


Ya Allah Ya Kholiq Ya Baari Ya Musowwir cipta aktiviti, program yang dapat menarik ramai sahabat mengenali dan mengesakanMu.


Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahab Ya Karim, datangkanlah kepada kami pembantu-pembantu yang ikhlas dan bersungguh-sungguh menjalankan amanah khalifah ini agar kami menjadi saf yang kuat dalam memperjuangkan agamaMu.


Allahumma Ya Maajid, Ya Hamid, Ya Latif, Ya Halim, Ya Syakur, Ya Sobur, kurniakan kami budipekerti mulia dan sifat-sifat terpuji seperti Rasul-rasulMu agar kami dapat melakukan kebaikan-kebaikan kepada ummah.


Allahumma Ya Mukmin Ya Baaqi Ya Quddus, di tahun mendatang ini ya Allah, jadikanlah kami mukmin yang sempurna dan kekalkan kami sebagai mukmin sempurna sehingga akhir hayat kami. 


Allahu Ya Fattah Ya Rozzaq Ya Karim, bukalah pintu syurga buat kami semua.


#FullOfColours2020

#AmazingMiracles2021